Khamis, 19 Januari 2012

HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II

Salam!

Anyeonghasaeyo! Dah dua minggu sekolah, esok dah SPM. (WHAT?! Hiperbola melampau. =.=) Update tentang apa yang terjadi kat sekolah aku, aku akan cerita nanti. Jadual aku memang hectic gila! Biasalah budak nak ambil SPM.... ...  ....

HafizZainal, blogger, K-Pop fanboy (sama macam aku) dan dentist-to-be buat kontes Senyuman Mahal II. Kalau korang nak join, klik je banner kontes ni dan ikut langkah macam aku buat. Ni kali kedua aku join kontes. Saja mencuba tak salah kot. keke. XD

1) Buat satu entry yg bertajuk "HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II " -BERES-

2) Letak banner contest ni dalam entry korang dan make sure link kan terus ke entry contest ni. -BERES-



3) The most important thing is korang kene letak laa pic korang SENYUM. tak kesah nak letak berapa bnyk gamba pun. Hfz akan pilih 1 yg terbaik :)


4) Jawab soalan nie dengan ringkas. Simple2 je. Nak buat 1 ayat pun boleh jugak. Jangan buat karangan  panjang2 smpai boleh buat novel sudaa. HAHA 

i- Ceritakan kenapa anda rasa gambar senyuman anda ini adalah senyuman mahal ?
Sebab gambar ni gambar senyuman aku yang terakhir sebelum 2011 berakhir, juga antara gambar terawal yang mana aku mengubah hairstyle aku. Inilah warm smile untuk sambut tahun baru aku! Senyuman tu pun agaklah mahal sebab aku cuba kikis tanggapan orang yang aku selalu skema/serious macam profesor bila bergambar. keke XD (gambar diambil dari entri ni)

ii- Kenapa anda berminat utk join contest nie ?
Senyum... tak perlu kata apa-apa. Senyum tu sedekah tanpa diminta, sedekah yang tak pernah memudaratkan kita. Aku suka senyum sebab aku dah selalu bercakap, penat (konon). keke Lagipun, kontes ni antara yang menarik jadi aku pun rasa cam best je kalau aku boleh try. ^.^

 iii- Apa 1st impression korang terhadap org yg pakai braces ?
Great! Boleh bina keyakinan diri. Sebab aku pun insya-ALLAH akan pakai braces tak lama lagi. 

5) Sebagai yuran contest nie, kene la follow my blog and "like" my fanpage utk sentiasa update dengan perkembangan contest nie. -BERES-

TWITTER beliau:  Hafizza1nal  
YOUTUBE beliau:  yohafiz92 

6) Jangan lupa utk letakkan link entry korang dekat ruangan comment entry nie, so senang la Hfz nak menilai entries korang yg sudi join =) -HAMPIR BERES-

7) Lastly, just tag 3 org rakan bloggers korang and make sure dorang taw yg dorang telah ditag ok. Barulah meriah. hehe :) -BERES-
Athira Syafika
Eqma Risman
Atiah Zainal 

Isnin, 9 Januari 2012

Pictures Of The Year 2011 Contest


Aku baru terjumpa kontes ni dan aku rasa macam menarik betul ni! Memandangkan aku tak pernah join mana-mana kontes, aku pun nak testlah masuk kontes. keke. Kalau korang nak join gak, klik banner atas, wajah tuan penganjur kontes ni. ^^ 

Gambar ni diambil dari album Before the December End aku. kat sini

Memandangkan gambar ni jadi perhatian geng kat FB, aku isytihar gambar innocent ni sebagai Picture of The Year 2011 aku. Tapi aku tak taulah pada juri kontes ini. Jom terjah blog blogger dari Moscow ni: KLIK SINI. keke.

Read my face. Observe my shirt. Simply innocence, when him actually nerd. =P

I tagged:
Athira Syafika
Eqma Risman
Atiah Zainal

p/s: Kali pertama join kontes. keke. -.-

Ahad, 1 Januari 2012

Happy New Year 2012!

Photo taken at 21:57, Satuday. So, officially the last pic in my 16y/o life. =.=



Macam yang korang baca pada deskripsi gambar, maka tahun baru kali ni aku tak sambut mana-mana. Kat bilik jek. Hahaha.

Apapun, aku nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Tahun Baru untuk korang semua! Moga tahun baru 2012 ini menjanjikan perkara-perkara manis yang mampu dikenang untuk selebihnya baki hidup kita. Tahun naga lagi. Kekeke

Azam tahun 2012? Aku cuma nak dapatkan keputusan cemerlang untuk SPM, mencipta kejayaan demi kejayaan demi kebanggaan semua pihak, melakukan yang terbaik dalam semua perkara. Insya-ALLAH. Harap korang jugak dapat capai azam korang, okey?

Aku tak ada perancangan masa panjang tapi buat masa terdekat ni, aku sedang menunggu novel ketiga aku masuk pasaran. Dalam bulan Mac atau April, selain pesta buku, aku pun akan terlibat dengan Pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan 2011. Dan penghujung tahun, aku akan duduki SPM.

Itu jelah yang aku tau. Seram betul. =.=

2011... in memory. Rest in peace.... I'll never forget you. T.T

Jumaat, 30 Disember 2011

Album: Before the December Ends...

This collection is to be remembered as 16 years old's memory....


For a young fella who will turn into 17 years old next year


His masculine side which shows his mature...


And his passion that will never dissapear...

Entah apa aku merepek. PFF =.=

Some thought I'm the 5th member of EXO (newly fresh kpop group). Tapi diorang memang gila awesome + gempak! Belum keluar official lagu debut, video teaser semua dah dekat 2 juta penonton. *SYOK SENDIRI!

Gasaklah. Masing-masing punya pendapat. Kekekeke

Nah! Photoshoot tertutup. keke XD





Ahad, 25 Disember 2011

Good News despite the Bad News ;)

Aidil dan aku.
Apa sebenarnya yang aku nak kongsikan kali ni?

BULETIN DALAM NEGERI

Okey. Dukacita aku maklumkan, aku gagal mempertahankan takhta (cewah) Anugerah Novelis Pilihan 2011. Aku terpaksa akur pada kemenangan novelis Nurina Soib. 

Tapi tak apa... Rasanya aku dah banyak kali ulang, aku memang tak jamin boleh menang tahun ni sebab aku tak terbitkan buku. Aku pun kurang keluar di akhbar, majalah dan TV malah kurang aktiviti ceramah penulisan di mana-mana. Jadi, tak apalah. Lagipun, aku pernah menang sewaktu anugerah ni kali pertama diperkenalkan (tahun lepas).

Aku rasa, Nurina Izzati juga calon paling layak untuk menang kalau dilihat dari profil cemerlangnya sepanjang 2011 ini. Dengan novel barunya, ceramah penulisan dan aktif di blog. Walau bagaimanapun, harus aku katakan, kesemua calon lain juga ada kehebatan tersendiri. Tahniah untuk kesemua mereka. ^^


Tapi, apa yang buat aku happy ialah, sokongan korang yang tak berbelah bahagi. Aku terima undian bukan setakat di Melaka, bahkan dari pelbagai negeri di Malaysia, bahkan dari Indonesia! Malah, ada rakan-rakan yang mempromosikan aku untuk diundi oleh kawan-kawan mereka di Facebook.

Oh, komon... aku tachin gila bila korang buat macam ni... HUWARGH!!

Aku cuma harap, sokongan korang akan berterusan. Insya-ALLAH, kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur, kita bertemu untuk Anugerah Novelis Pilihan 2012 pulak, ya?


BULETIN BISNES


Aku sedih sebab kereta yang selama ni membesarkan aku dah masuk kedai buat selama-lamanya...  Susah kau kumau tinggalkan. Tapi di mana ada pertemuan di situ ada pengakhiran. Sampailah masanya kau hentikan khidmat, dan kita putus hubungan. Untuk terakhir kali, kuhadiahkan kau dengan sebuah kucupan. Terima kasih, keretaku... sob sob T,T


Dan famili aku pun terima kereta baru. Yahu!! Saga FLX saja kawan-kawan. Jangan ingat aku beli Lamborghini atau Ferrari, alang Alphard pun aku masih idamkan lagi. Insya-ALLAH, satu hari nanti.


AMIN... AMIN... AMIIIIN.... Amin ramai-ramai!!!!


BERITA SENTRAL 

Hari jadi adik lelaki aku yang paling bongsu, Aidil. Dialah hero dalam video yang pernah meletup sekejap dulu. haha.

Dan sempena hari jadinya yang ke-4 pada 21 Disember 2012 (211212* tarikh nak shemart), aku hadiahkan korang dengan video solo Aidil, birthday special. Aku main dam dengan budak baru 4 tahun. hihi

KLIK SINI untuk tonton. =D


Moga terus membesar dan dipanjang umur, sebagai orang yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails