Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Bagaikan Mimpi 2: Srikandi Cintaku oleh Hasif Hamsyari

7:46:00 PG Hasif Hamsyari 3 Comments Category :


Dapatkan novel ini di kedai-kedai buku berhampiran atau KLIK SINI untuk beli secara online.

Novel ini juga boleh didapati dalam versi digital. KLIK SINI.

Judul: Bagaikan Mimpi: Srikandi Cintaku
Penerbit: KarnaDya Solutions
Muka Surat: 250
Tahun Mula Terbit: 2010

Blurb:

Kepulangan yang disangkanya dinantikan rupa-rupanya satu tragedi yang mengerikan. Kepulangan Dewa Sangkawala diramal akan membawa malapetaka dan bakal membunuh sang ayahanda. Justeru, Mahadewi Andika menggesa para tenteranya untuk memburu Dewa Sangkawala walaupun baginda sedar bahawa yang diburu itu ialah anakandanya.

Dalam pemburuan itu, Dewa Sangkawala dan adinda angkatnya, Sri Terawi telah terdampar ke Kayangan Nilam Sari iaitu kerajaan musuh Kayangan Sanggar Mustika. Sekali lagi mereka berdua menjadi buruan hingga akhirnya mencetuskan peperangan.

Dendam lama yang marak bernyala menghidupkan kembali satu kisah silam nan hitam. Seorang demi seorang terkorban hingga ke titik noktah peperangan, Dewa Sangkawala masih tetap dilanda kebingungan.

Srikandi Cintaku... permulaan kepada sebuah pengakhiran. Permulaan kepada satu peperangan. Permulaan kepada satu pencarian dan permulaan kepada dendam yang tidak pernah berkesudahan.

IDEA

Novel ini ialah kesinambungan daripada novel pertama saya iaitu Bagaikan Mimpi. Saya cuba menghidupkan sebuah dunia yang kuat dengan kepercayaan dan kebergantungan kepada tilikan bomoh dan pawang. Novel ini berjiwa remaja kerana watak utamanya, tapi isinya lebih daripada itu. Setidak-tidaknya, itulah yang saya harapkan.

CABARAN

Saya banyak menggunakan semula perkataan-perkataan Melayu lama yang telah saya keluarkan semasa dalam proses menyempurnakan novel pertama. Justeru, ia sebenarnya agak mudah. Yang menjadi sukar ialah novel kedua ini lebih berat elemen peperangan dan pertumpahan darah.

Muzik instrumental ternyata cukup membantu saya dalam cuba menghidupkan babak-babak yang penuh mendebarkan.

RELATED POSTS

3 komen

  1. semoga novel bagaikan mimpi, srikandi cintaku akan berjaya. semoga redha Allah sentiasa bersama kmu..

    BalasPadam
  2. Saya asyik dgn novel pertama
    Ia penuh debaran
    Thanks for sharing your great idea senior

    BalasPadam

Comment