Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Terima kasih, Auntie Rose Harissa aka Nora Ismail!

1:46:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :

*Ini ialah versi komen penuh Auntie Rose Harissa daripada page Kata Mereka Tentang Hasif.
 ________________

Assalamualaikum, semua.

Nama Auntie Rose Harissa bukan nama yang calang-calang dalam industri penulisan. Selain nama pena 'Rose Harissa', Auntie Rose juga dikenali dengan nama Nora Ismail.

Buah tangan terbaru Auntie Nora, ...dan Cinta Pun Tersenyum. =)

Dah banyak novel-novel Auntie Rose yang masuk carta top 5 best seller Malaysia! Malah, saya sendiri ada banyak koleksi auntie Rose macam Cinta Mekar di Hati dan Mulanya Satu Cinta. Memang best tahap dewa novel-novel auntie Rose! Tak mustahil novel-novelnya sangat dinanti-nantikan oleh peminat-peminat novel macam saya. Apatah lagi, Auntie Rose memang seorang yang peramah!

Blog Auntie Rose ialah:  

Kalau anda nak dapatkan update secara terus daripada Auntie Rose, bolehlah klik 'LIKE' page Auntie Rose dekat Facebook: 
http://www.facebook.com/pages/Rose-Harissa/185426581475826

Menerima komen dan ulasan tentang saya daripada Auntie Rose satu penghormatan paling besar buat diri saya. Terima kasih, Auntie Rose kerana sudi memberikan pendapat dan ulasan tentang saya. (^_^)

Berikut komen dan ulasan penuh daripada Auntie Rose Harissa.

--------------------------------------------

Assalamualaikum Hasif...

Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu hendaknya.

Mula-mula kenal Hasif di alam maya, auntie rasa kagum sebab Hasif masih muda, sangat muda dan masih bersekolah tapi dah menghasilkan novel! Syabas!

Walaupun auntie belum sempat membaca siri Bagaikan Mimpi karya Hasif itu tetapi apabila membaca Xarine di Rumah Fantasi, sekali lagi auntie rasa kagum sebab gaya penulisan Hasif yang dapat menjiwai watak dewasa sedangkan Hasif baru 16 tahun. Sekali lagi syabas kerana itu menandakan Hasif memang berkebolehan.

Apalagi Hasif sudah memenangi hadiah dalam dunia sastera. Hadiah Galakan Penulis Remaja di Anugerah Sastera Negeri Melaka 2009  dan Novelis Remaja Pilihan 2010 diharap dapat memberikan semangat untuk Hasif terus menulis dan menulis. Manalah tahu boleh menjadi seperti Dr. Faisal Tehrani suatu hari nanti! Amin!

Susah rasanya auntie nak jumpa penulis remaja yang serba boleh macam Hasif boleh menyanyi dan mencipta lagu jugak! :)

Tapi satu nasihat auntie setelah bertemu dengan Hasif di The Mall tahun lepas dalam perjumpaan Rumah Fantasi, nampaknya Hasif seorang yang pemalu dan berbudi bahasa. Kekalkan sifat begitu. Kerana mahu disayangi di dalam dunia penulisan ini, sifat-sifat ramah, mesra, rendah diri dan tidak berlagak akan buat orang sekeliling akan terus menyenangi Hasif.

Di sini juga auntie nak ucapkan tahniah di atas kejayaan cemerlang Hasif memperolehi 8A dalam PMR! Hasif memang penulis berbakat dan bijak, yang harus dijaga oleh pihak-pihak berkenaan dalam dunia sastera jika mahu melihat satu lagi permata, berkembang menjadi penulis berkaliber.

Sekian, pendapat 'dua sen' auntie Rose... (^_^)v

Rose Harissa

http://roseharissa.blogspot.com/ 
 --------------------------------------

Saya ambil kata-kata dan nasihat auntie sebagai perangsang dan galakan kepada saya. Insya-ALLAH, saya akan lakukan yang terbaik untuk menjadi penulis yang dikagumi seperti auntie. Terima kasih, auntie.

RELATED POSTS

0 komen

Comment