Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Kem Kepimpinan Pengawas SMKST 2011

6:33:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :

I'm 2nd from right
4-5 Mac 2011 bersamaan dua hari satu malam di Kem Modal Insan, Homestay Kampung Parit Penghulu, Melaka pada mulanya rasa malas gila-gila nak pergi. Alasan malas tu ketara sangatlah mazmumahnya, jadi faktor yang lebih relevan dan boleh diterima logik akal ialah - minggu depan dah ujian!

Almaklumlah, ujian pertama sejak menjadi pelajar kelas atasan senior =P. Sure-surelah kita nak buat yang terbaik.

Tambah-tambah bila dapat fasilitator (fasi) yang comel dan hensem, tapi (maaf cakap) panas baran kecuali yang perempuan. Tapi kena akurlah, kat hujung kem ni, dia orang semua sporting jek. At last kita saling minta maaf gak. 

Aryll, Me and Hamzah
 I spent most of time with my friend, Hamzah, Amirul and up and coming top Malaysian young male model, Aryll, the Form 3 student. Cair tak? Haha.. Memang tak terkiralah nak cerita semuanya. Tapi kalau sikit-sikit, bolehlah cerita dalam beberapa ayat saja.

Gajet peribadi macam telefon bimbit, kamera dan PSP anda adalah barang haram macam dua ekor binatang yang haram dalam Islam sepanjang tempoh dua hari satu malam ni.

Barang jagaan adalah dalam bentuk gula-gula dan sehelai reben ikut warna kumpulan masing-masing. (Hati kami pun patut letak dalam senarai barang jagaan gak oleh para fasi. hehe. gurau) 

3rd from right is me. Beside Aryll n Hamzah.
Lightning tak consistent. Sorry for the inconvenience since there's a model there. I mean the middle one. *Serious!
Dan sebelum kisah belut, lumpur dan saya dimulakan, mukadimah ceritanya cukup ringkas. Entri kali ni tak lain adalah tentang kursus kepimpinan pengawas yang mewajibkan saya hadiri sebagai AJK Tingkatan 4 Pusat Sumber Sekolah. Grand tak? Applause... *tiba-tiba. 

UNBELIEVABLE!!! Hadir ke kem ni bawak balik memori darjah enam waktu saya, Hafiz (aka Apek) dan Amir pernah pergi sini untuk kem sains. Memang melekat gaya gam gajah betullah kat kepala ni. Sebab? Sebab kat sinilah budak innocent macam kitorang dah terkena cinta pandang pertama. Hahaha... Tutup cerita lama. Tipu je semua tu. Jangan percaya. Berdosa.

Bukak kitab baru... Okey. Kita mula cerita pasal belut, lumpur dan saya. Keseronokan maksima hanya terasa separuh masa kedua. Aiseyh. Tiba-tiba mood berada di arena bola sepak.

Explorace memanglah mantap. Saya kumpulan dua. Dan Aryll tadi kumpulan 6. Hamzah kumpulan 7 tak silap. Kumpulan 2 dan 6 bergerak dalam route yang sama. Jadi, tercetuslah battle antara kami. (sound effect: guruh)

Checkpoint 1, saya cetus memori paling meloyakan. Menoreh getah! Tak ada benda-benda huduh dan kotor pun cuma baunya busuk... boleh kira macam makan petai, nanti baunya melekat dalam mulut. Cuma dalam konteks ni, baunya melekat di tangan. Bayangkan, getah skrap diperah oleh tangan kami sendiri macam spangebob

Checkpoint 2, check point paling bakar darah. Kupas kepala kelapa dengan bare hand dan cari inisiatif sendiri. Waktu nilah terasa betapa bergunanya seekor beruk. Hingga terfikir, kalaulah tahu ada tugasan separuh mati macam ni, mintak sewa seekor anak beruk pun jadilah. (Di sini sebenarnya banyak terdapat beruk. Di kem kami ada seekor, dan waktu kami tanya seorang pemandu kereta, dalam keretanya sendiri memang ada seekor beruk. Disiplin betul beruk-beruk kat sini! Duduk belakang uncle driver rilek je. Cayalah! Tabik!)


Checkpoint 3, checkpoint suku geli, selebihnya best! Alihkan seekor belut. Senang kan? Ya! Sangat senang! Belut memang licin dan berlendir tapi bila pegang dia, terasa tak ubah macam pegang patung. Cuba patung tu di bawah kepalanya bergerak-gerak dan berlendir. Tu aje. Kalau soal gigit, jangan tanya sebab tak seorang pun yang digigit belut. Tak adil puji beruk je. Belut-belut kat sini pun sangat considerate dengan kitorang. Checkpoint nilah jugak ada beberapa orang tersangkut. Geli punya pasal tapi kumpulan kitorang berjaya gak akhirnya...

Dan pulak kenalah facial muka dengan lendirnya. Hmm...

Checkpoint 4, kolam ikan Encik Hardi. Ini lagi satu checkpoint paling duga iman. Fikir nak tangkap ikan ke apa tapi rupanya penuhkan rebung yang berlubang-lubang dengan air. Haisy. Kat sini, dimaklumkan semua kumpulan dapat taraf ni.  

EXPERT GAGAL
dan second layer facial muka lepas lendir belut, semestinya lumpur. =.='

Kumpulan kami tak sempat selesaikan checkpoint terakhir (kelima). Oleh sebab kumpulan 2 dan 6 sama gerak, jadi sama-samalah kami menjadi pasangan sehidup semati. Haha
Waktu melelong henset.
Dan bila nak balik, gajet-gajet haram tadi dipulangkan semula. Mulalah semua balas dendam. Baca mesej, buang mesej, tulis mesej. Tangkap gambar segala. Pergh..

It's Mimi beside me!

Carilah sendiri...

Dapatlah disimpulkan, kem ni sangat menarik dan menyeronokkan. Kat sinilah kami dapat kenal diri masing-masing dan tambah kenalan yang selama ni macam dunno je bila jumpa kat sekolah. Haha

Sebelum tutup, minta tolong doakan saya sukses ujian satu ni. Aduh... STRES!

Kredit gambar: Facebook Aryll, Google Images

RELATED POSTS

0 komen

Comment