Ahad, 2 Oktober 2011

Kalau aku seorang komposer

PROMOTE JAP.

Okey. Apa yang aku nak ceritakan ni kaitannya dengan bidang yang aku minat sejak aku tadika lagi. Muzik.

Gambar profile bajet. haha

Lupakan kisah silam aku yang dahulunya aku seorang penyanyi atau 'singa' yang digeruni kat kampung aku. Sebab aku selalu menang pertandingan. Haha. Tapi aku dah tak berani lagi dah nak menyanyi sekarang sebab nanti setiap kali orang dengar akan tutup telinga. Akukan dah remaja sekarang. Faham-faham jela.

Secara asasnya, aku memang dah jadi komposer. Tapi komposer tak bertauliah. Dan rasanya, lepas ada kemudahan studio HCombo Art, aku rasa macam mula nak aktif balik dalam bidang penghasilan muzik ni. Ecece.. Tapi, studio aku adalah studio indie. Faham-faham jelah bahawasanya, kemudahannya sangat terhad.

DAN AKU DAH COMPOSE SATU LAGU. Penyanyinya pun aku dah dapat (surely bukan aku yang nyanyi jadi jangan risau. haha). Jadi, bila-bila masa aku akan revealkan lagu tu. Terus up-to-date di blog ni atau Facebook rasmi HCombo Art. KLIK SINI.

Kalau aku seorang komposer, aku tak kisah nak hasilkan lagu genre apa. Mungkin aku memang macam tu kot. Sukakan fleksibel dan variasi baik dalam dunia penulisan, mahupun muzik, atau mungkin cita-cita! Kalau aku seorang komposer jugak, aku nak jadikan beberapa orang ini sebagai idola aku.

Teddy Park
Aku nak jadi komposer sehebat Teddy, komposer terkenal dari Korea. Bagi aku, lagu-lagu Teddy ni ada signifikan dan keunikan tersendiri dan lagu-lagunya jugak bersifat addictive - satu asas penting bagi mewujudkan muzik yang berkualiti dan mesra pendengar. Aku cakap dari pemerhatian tentang perkembangan muzik pada hari ini.

Teddy atau nama sebenarnya Park Hong-jun pada mulanya adalah rapper bagi kumpulan 1TYM kat Korea tapi kemudian bergerak solo dan mula menjadi komposer untuk antara syarikat rakaman terunggul di Korea, YG Entertainment dan mencipta lagu untuk superstar Korea macam BigBang, 2NE1 dan Se7en.


Antara lagu yang pernah dihasilkan untuk 2NE1 ialah I Am The Best dan Ugly yang mendominasi carta lagu Korea di tangga pertama sebaik didedahkan. Manakala untuk BigBang, Teddy sumbang lagu Stupid Liar (komposer bersama G-Dragon). Teddy pernah jadi kameo dalam klip video Lil Wayne, Look at Me Now.

 G-Dragon. Gambar kanan adalah daripada lagu Heartbreaker.

Dan seterusnya, idola aku yang kedua ialah G-Dragon, salah seorang ahli kumpulan BigBang yang bakatnya bervariasi, bergaya hingga mendapat anugerah berkaitan peragaan dan fesyen ikon malah digelar fashionista. Vokal yang santai dan rap yang mencengkam dan style muzik yang outstanding!

G-Dragon atau Kwon Jiyoung pernah diramal antara bintang Hallyu (gelombang Korea) paling berpengaruh dan kontroversi yang pernah melanda menyatakan G-Dragon atau lebih senang digelar GD merupakan komposer paling kaya dan sukses di Korea!

Telinga kita tak mungkin boleh dengar semua lagu di dunia jadi apabila berlaku persamaan, kita sendiri tak tahu. Dan yang demikian, GD pernah dituduh memplagiat lagu FloRida, Right Round dan Oasis's, She's Electric yang dikatakan persamaan dengan lagu karya GD, masing-masing bertajuk Heartbreaker dan Butterfly. Walau bagaimanapun, Flo Rida sendiri menyatakan tiada persamaan antara lagu mereka.



Tuah GD, dia membuktikan muziknya adalah asli apabila lagu yang dihasilkan untuk kumpulannya, BigBang memonopoli carta lagu dengan tajuk seperti Tonight, Love Song dan Stupid Liar, antara lagu paling sukses pernah dihasilkannya.

Pada usia baru 23 tahun, gelaran yang diterima bukan sikit. Antaranya, genius singer-songwriter (Korea Times), most-fashionable artist, most influential men (2008 - Arena Magazine), musician whose future they anticipate the most, most-godlike rapper (Japan), Most Hardworking Idol (Forbes) dan banyak lagi.

Dan kalau aku seorang komposer gak, aku idamkan studio aku sendiri. Lebih baik, aku mahu adakan label aku sendiri - memperluas empayar HCombo Art. Dan aku mahukan studio seperti YG Entertainment - studio paling canggih dan urban di dunia pada aku.

Sneak peek sikit dalam pejabat YG Ent kat Korea ni. (Sumber allkpop)


Untuk sebuah syarikat rakaman, aku rasa YG adalah yang terbaik sebab sediakan infrastruktur yang bukan je urban bahkan lebih daripada cukup. Studio rakaman, gym, studio tarian, pentadbiran, semuanya. Pemuzik Hollywood sendiri memang puji habis-habisan dengan YG ni antaranya Will.I.Am dan Ludacris. Dan aku memang dah tengok menerusi 2NE1 TV kat YouTube.

Dan YG sendiri ada kaedah tersendiri untuk melariskan produk/muzik mereka. Strategi pemasaran YG aku rasa paling kukuh di Korea sebab konsisten dan komited setiap pekerjanya termasuk artis-artisnya. Malah, penghasilan muzik video artis rakamannya macam BigBang, 2NE1, Se7en menelan belanja jutaan ringgit termasuk kereta mewah dan pakaian eksklusif yang ditaja oleh pereka ternama.

Aku bukan mengagungkan muzik Korea. Tapi ini realitinya. Kalau di Malaysia, tak banyak yang aku boleh sebutkan kat sini. Tapi, kalau ditanya komposer Malaysia, aku pilih Audi Mok. Kalau singer-songwiter, aku pilih Najwa Latif. Kalau penulis lirik, selamanya Habsah Hassan! ^^

Lagi satu, apa yang aku lihat, pengkarya di Malaysia tidak diuar-uarkan kehebatannya sepertimana di Korea. Komposer di Malaysia hanya mencipta muzik dan sekiranya diterima, baguslah. Itupun bukan untuk jangka masa yang lama. Kalau yang malar segar pun, tak banyak.

Berbanding Korea, penulis lirik dan komposernya juga dikenali atas bakat mereka. Malah kalau tonton muzik video mereka di YouTube yang mencecah jutaan atau puluhan juta penonton, ruangan komen tak pernah henti dengan komen setiap hari, sekaligus menaikkan rating video tu.

Bagi aku, lagu Malaysia pun ada kekuatan tapi apabila kurang publisiti dan promosi secara besar-besaran, inilah jadinya. Aku nak lihat, muzik Malaysia mampu bersaing sihat sekurang-kurangnya di peringkat Asia. Ini kalau nak harapkan Datuk Siti Nurhaliza semata je macam mana? Satu ketika lebih ramai bintang akan muncul dan Datuk Siti terpaksa sendirian mengukuhkan kedudukan sebagai bintang ternama negara yang wakil sulung dalam The Biggest Asian Artis (kedudukan kedua di belakang Jay Chou dari Taiwan). Itupun berdasarkan carta Channel V tahun 2004!

p/s: aku bukak topik ni bukan suka-suka. jadi, nantikan saja...

0 angkasawan bersuara:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails