Selasa, 29 November 2011

Boring

Untuk suku cuti panjang ni, I've done nothing except reading, surfing the internet and composing songs. Ianya cukup untuk dipanggil hobi sebab hobi ialah perkara yang menjadi minat untuk kita lakukan di waktu lapang. Dalam kata lain, hobi itu pastilah menyeronokkan. Out of the three, compose lagu yang terseronok sekali.

Tapi, bila hobi yang sama diulang setiap saat, setiap minit, hobi itu boleh jadi bosan. Tambah sakit hati bila ramai pulak update status kat FB, kata bercuti ke Bukit Merah, Genting Highland, pulau itu, pulau ini. Aku cuma duduk kat dalam bilik, tolong sepupu buat persiapan kahwin pun kira aktiviti best waktu itu.

Read my face... Observe my room... And see how boring my life is...
Bila aku dah bosan, nilah jadinya. Ambik gambar selca (stand for self-camera). Hahaha. Dan aku mintak maaf sebab buat kawan-kawan aku risau dengan gambar muka toya gini. Tapi aku buat muka ni dengan hati suci penuh ikhlas (cheh). Aku betul-betul mengerah kudrat dan seluruh tenaga aku untuk mengekspresikan betapa bosannya hidup aku ketika ini.

Orang kata penulis novel kadang-kadang hidupnya macam orang gila, sebab suka hidup dalam dunianya sendiri. Tapi aku tetap orang biasa. Lebih tepat, remaja biasa. Tak adil nak kata aku gila sepenuhnya.

Argh. Dah lama aku tak sakit kepala. Bau minyak cap kapak dah bilik aku.

=,=' #huh... next year dah SPM.


p/s: Seorang kawan FB kata, muka aku dalam selca ni macam Richard Harmon. Aku cuba cari kat Google Image sebab aku tak kenal siapa Richard Harmon dan ini salah satu hasilnya. BHAHAHAHA....

0 angkasawan bersuara:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails