Selasa, 15 November 2011

Muzik Video Penuh Emma Risman - Kameo Cinta (Original Song)




MV Producer : HCombo Art
MV Director : Hasif Hamsyari
Editor : Hasif Hamsyari
Recording/Jamming/Editing Studio : HCombo Art Rooms
Copyright: HCombo Art


Salam!

Okey, akhirnya aku revealedkan jugak muzik video ni.

Aku perlu jelaskan 'kameo' maksudnya watak sampingan/tambahan yang tidak penting dalam sesuatu cereka seperti novel, cerpen, drama, filem dan seumpamanya. Watak ini tidak ada peranan dan tidak memberi kesan kepada jalan cerita. Maka, kameo dalam lagu ini merujuk kepada seorang gadis yang kecewa dan berasa terpinggir apabila kawan perempuannya ialah kekasih kepada kawan lelakinya, yang dicintainya dalam diam.

Aku pun dah terangkan. Instrumen yang aku guna ialah gitar, gitar elektrik, piano dan drum. Aku sengaja selitkan elemen rock untuk bagi feel pada lagu, lagi-lagi komen penonton Emma Risman yang berpendapat, Emma sesuai bawa lagu berentak slow rock.

Jadi, sebagai komposer, penulis lirik dan pengarah video amatur, aku cuma berharap agar korang terhibur dan kepada Emma Risman, terima kasih kerana sudi menyanyikan lagu ciptaan aku. ^^

Jadi, apalagi? Jom share dekat Facebook dengan klik LIKE kat bawah ni atau tekan butang 'SHARE' kat sebelah tajuk entri ni. Trimas!

0 angkasawan bersuara:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails