BULETIN DALAM NEGERI
Tapi tak apa... Rasanya aku dah banyak kali ulang, aku memang tak jamin boleh menang tahun ni sebab aku tak terbitkan buku. Aku pun kurang keluar di akhbar, majalah dan TV malah kurang aktiviti ceramah penulisan di mana-mana. Jadi, tak apalah. Lagipun, aku pernah menang sewaktu anugerah ni kali pertama diperkenalkan (tahun lepas).
Aku rasa, Nurina Izzati juga calon paling layak untuk menang kalau dilihat dari profil cemerlangnya sepanjang 2011 ini. Dengan novel barunya, ceramah penulisan dan aktif di blog. Walau bagaimanapun, harus aku katakan, kesemua calon lain juga ada kehebatan tersendiri. Tahniah untuk kesemua mereka. ^^
Tapi, apa yang buat aku happy ialah, sokongan korang yang tak berbelah bahagi. Aku terima undian bukan setakat di Melaka, bahkan dari pelbagai negeri di Malaysia, bahkan dari Indonesia! Malah, ada rakan-rakan yang mempromosikan aku untuk diundi oleh kawan-kawan mereka di Facebook.
Oh, komon... aku tachin gila bila korang buat macam ni... HUWARGH!!
Aku cuma harap, sokongan korang akan berterusan. Insya-ALLAH, kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur, kita bertemu untuk Anugerah Novelis Pilihan 2012 pulak, ya?
BULETIN BISNES
Aku sedih sebab kereta yang selama ni membesarkan aku dah masuk kedai buat selama-lamanya... Susah kau kumau tinggalkan. Tapi di mana ada pertemuan di situ ada pengakhiran. Sampailah masanya kau hentikan khidmat, dan kita putus hubungan. Untuk terakhir kali, kuhadiahkan kau dengan sebuah kucupan. Terima kasih, keretaku... sob sob T,T
Dan famili aku pun terima kereta baru. Yahu!! Saga FLX saja kawan-kawan. Jangan ingat aku beli Lamborghini atau Ferrari, alang Alphard pun aku masih idamkan lagi. Insya-ALLAH, satu hari nanti.
AMIN... AMIN... AMIIIIN.... Amin ramai-ramai!!!!
BERITA SENTRAL
Hari jadi adik lelaki aku yang paling bongsu, Aidil. Dialah hero dalam video yang pernah meletup sekejap dulu. haha.
Dan sempena hari jadinya yang ke-4 pada 21 Disember 2012 (211212* tarikh nak shemart), aku hadiahkan korang dengan video solo Aidil, birthday special. Aku main dam dengan budak baru 4 tahun. hihi
KLIK SINI untuk tonton. =D
Moga terus membesar dan dipanjang umur, sebagai orang yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara...

0 angkasawan bersuara:
Catat Ulasan