Kalau masih ada, korang boleh baca di Facebook Ain Maisarah. KLIK SINI
Semalam petang, aku dengan spontan waktu jamming dapat ilham lagu. Tapi aku tak ada lirik. Jadi, aku bukak Facebook, nak cari idea lah ni. Hahaha
Dan aku kagum dengan peminat-peminat Kak Ain Maisarah yang sporting. Mereka menukar lirik lagu popular dengan sesuatu berkenaan Kak Ain Maisarah!
Dari situ, aku mula soal pada diri, apa salahnya aku mencuba jugak? Lagipun, Kak Ain Maisarah bolehlah dikira antara senior novel yang aku rapat jugak. Aku dah beberapa kali jumpa Kak Ain dan percayalah, sesiapa pun akan tertarik dengan personalitinya yang sangat ramah, down-to-earth dan sebagainya.
![]() |
| Kenangan masa dekat Kampung Buku, Ayer Keroh, Melaka. ^^ |
Dan aku pun ciptalah lirik berdasarkan Kak Ain Maisarah. Ini macam tribute pulak. Hihihi... Apapun, dengan gelaran sebagai Novelis Idola Remaja Malaysia, aku rasa Kak Ain memang sudah layak untuk menerima lagu khas daripada peminatnya - iaitu aku. =D
Aku jamming seorang diri, sambil menukilkan lirik, lagu dalam empat ke lima jam, siaplah lagu ni. Lagu ni simple, tapi instrumen yang aku pakai memang meriah. Piano, gitar bass, gitar elektrik, gitar, drum. Alhamdulillah, rata-rata suka dengan lagu ni lagi-lagi bila Kak Ain sendiri promosikan di Facebook Page nya - OMG! Macam tak percaya!
Kak Ain Maisarah antara novelis terkenal Malaysia! Dengan pengaruh novelnya, dia memiliki lebih 60 ribu peminat di Facebook!
Jadi, apa pulak pendapat korang? Kalau suka, klik LIKE dan SHARE jom! hihi


Oh, dapat ilham daripada kami punya pertandinganlah ini =D.. Terima kasih daun keladi, Nanti buatlah lagi =D
BalasPadamHaha.. Kalau boleh buat lagu banyak lagi.. Manalah tahu nanti Kak Ain jadikan album ke :P
BalasPadamKalau boleh buat lagu mengenai watak novelnya pula.. Manalah tahu Kak Ain ambil lagunya untuk dijadikan album :P
BalasPadam