Beberapa hari lepas, aku dimaklumkan oleh wartaweb UTW, Kak Ida tentang Anugerah Novelis Pilihan UTW (ANP) akan diteruskan untuk tahun kedua. Ini salah satu inisiatif untuk menghargai dan mengiktiraf bakat-bakat muda Malaysia dengan hasil sokongan pembaca dan peminat.Sebelum tu, korang ingat lagi UTW tu apa? UTW ialah Urban Teen Writer, blog yang menghimpunkan berita dan informasi tentang penulis-penulis novel muda di bawah umur 18 tahun!
Kalau sesiapa masih ingat, aku pernah memenangi anugerah ini pada tahun lepas, ANP 2010 yang julung kali diadakan. Waktu tu, aku bersaing dengan tiga orang lagi penulis muda.
Tahun ni, aku bersaing dengan tujuh orang lagi penulis. WOW. Jumlahnya mendadak naik! Mereka ialah:
- Kak Farissa Hany
- Kak Haruno Hana
- Izzah Haneefa
- Kak Mira Muskam
- Nurina Izzati
- Riha J
- Shah Bakri
Undian akan berjalan pada 17, 18 dan 19 Disember ni. Jadi, aku jemput dengan penuh rendah diri, untuk korang mengundi aku atau rakan novelis aku yang lain.
Profil saya boleh baca KAT SINI.
KLIK SINI untuk mengundi!

0 angkasawan bersuara:
Catat Ulasan