Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Pertemuan dengan Ain Maisarah!

9:48:00 PG Hasif Hamsyari 1 Comments Category :

Semalam (Sabtu, 11 Februari), jadual aku memang hectic gila! Selain sekolah ganti, aku ada banyak urusan yang perlu dibereskan kat sekolah. Balik saja sekolah, aku sepatutnya terus sambung ke tuisyen sampai 7 petang.

Tapi malam sebelumnya, aku menerima undangan daripada Kak Ain untuk bersua muka memandangkan Kak Ain sedang berada di Melaka sejak Selasa. Dan seperti yang dirancang, Alhamdulillah, satu pertemuan antara aku dengan Kak Ain telah berjalan dengan sangat baik di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.

Berbincang dengan Kak Ain (gambar ihsan Facebook AinMaisarah Novelis)
Kak Ain di sana bersempena Karnival PIBG Parlimen Bukit Katil. Dari Seri Tanjong aku terus ke sana, dan kemudian ke Bukit Rambai untuk tuisyen. Fuh..

Apa-apapun, aku puas hati dapat jumpa Kak Ain. Kak Ain undang aku untuk beri saguhati memandangkan kalau korang belum tahu, aku pernah cipta lagu khas untuk Kak Ain. Nah dengar!

Sebelum balik, kami sempat merakamkan gambar kenang-kenangan. Moga terlaksana apa yang dirancangkan tahun depan. Amiin.. Mudah-mudahan. Huhu...


Berbincang dengan Kak Ain (gambar ihsan Facebook AinMaisarah Novelis)

RELATED POSTS

1 komen

Comment