Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Jelajah: SMK Rahmat

11:39:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category : ,

10 April 2012 (Rabu) saya berkesempatan ke SMK Rahmat untuk program Sepagi Bersama Hasif Hamsyari. Program yang diadakan di perhimpunan pagi sekolah ini diadakan antara lain bersempena program NILAM sekolah mereka. Tujuan lain juga sebenarnya sebagai latihan untuk saya mempersiapkan diri ke Pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan.

Semua pelajar membawa buku NILAM ke perhimpunan sebagaimana diarahkan guru untuk menulis catatan NILAM mereka sepanjang sesi bual bicara itu berlangsung. Alhamdulillah. 

Sejujurnya, budaya dan suasana sekolah ini tidak jauh beza dengan sekolah saya, SMK Seri Tanjong sendiri. Jadi, saya agak selesa juga sebenarnya untuk berbual dengan pengendali majlis di atas pentas. Pengendali majlis iaitu Rozzita merupakan Tokoh NILAM sekolah ini.

Pada awalnya, pihak sekolah meminta untuk saya memberi ceramah tetapi saya meminta supaya diadakan sesi bual bicara yang mana saya boleh terus menjawab soalan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Tiada jualan buku pun sebenarnya tetapi ada juga yang datang ketika saya hendak meninggalkan sekolah ini, mendapatkannya daripada guru pembimbing saya. Cukup terharu sebenarnya! Bukan tidak mahu melakukan jualan buku dan sesi autograf, cuma saya faham bahawa ini adalah perhimpunan pagi dan tidak mahu mengambil masa terlalu lama takut mengganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mereka. Hihi.

Apapun, terima kasih kepada Pengetua SMK Rahmat, Tuan Haji Zulkapli bin Othman dan guru fasilitator NILAM saya, Puan Salmah yang merealisasikan program ini. Begitu juga untuk semua warga SMK Rahmat. Panjang umur, insya-ALLAH, kita jumpa lagi.

Terima kasih juga kepada Cikgu Siti Nordiana yang sentiasa sabar mengiringi saya ke mana-mana juga Cikgu Rosni Adom yang cukup memberikan saya motivasi untuk sentiasa melakukan yang terbaik.

MAHU SAYA KE SEKOLAH / UNIVERSITI / MAJLIS ANDA?
Setiap urusan mestilah melalui perantaraan guru perpustakaan (sekolah) dan ahli jawatankuasa berkaitan (selain sekolah). Emelkan surat dan butiran
ke hasifhamsyari@yahoo.com

Antara aktiviti yang boleh dibincang: bengkel penulisan, perkongsian pengalaman novelis muda dan Tokoh NILAM, sesi soal jawab, pelancaran majlis, jualan buku dan sesi autograf dan bergambar.  

RELATED POSTS

0 komen

Comment