Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Jelajah: SMKA Sharifah Rodziah

9:05:00 PTG Hasif Hamsyari 3 Comments Category : ,

20 April 2012 (Jumaat), saya berkesempatan memenuhi jemputan untuk program Sepetang bersama Hasif Hamsyari. Program yang dianjurkan Unit Perpustakaan SMK(A) Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka ini melibatkan dua orang guru dan lebih seratus pelajar.



SMK(A) Sharifah Rodziah antara sekolah paling berprestij di Melaka. Sekolah perempuan ini telah pun dikategorikan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Selain memenuhi jemputan sebagai penceramah, program ini juga sebenarnya satu latihan untuk mempersiapkan saya ke Pertandingan Tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan.

Saya sangat menikmati masa-masa saya dekat sekolah ni. Walaupun waktu petang, semua mereka rata-rata sangat responsif. Sesi soal jawab juga sangat menyeronokkan. Semuanya berjalan sangat lancar. Antara lain, saya berkongsi tips penulisan dan pengalaman penulis muda.

Paling saya terkejut ialah sewaktu tamat program dan sedang berbual dengan guru perpustakaan Cikgu Nadiah, seorang demi seorang mula mengerumuni saya. Malu saya dibuatnya. Haha. Selain menurunkan tandatangan ke atas novel saya sendiri, ada juga yang meminta saya menurunkan tanda tangan di dalam buku diari dan cerpen tulisan mereka sendiri. Terharu!

Saya lebih terharu apabila dimaklumkan ada yang sanggup berlari ke dorm untuk ambil duit beli novel saya. Hal ini dimaklumkan guru pembimbing saya, Cikgu Siti Nordiana.

Apapun, sekolah yang masyhurnya dipanggil SHARODZ ini memang cantik betul ni! Terima kasih kepada Cikgu Nadiah binti Sulaiman yang telah menjemput saya. Cikgu Nadiah ni seorang guru cemerlang yang merupakan fasilitator saya untuk Program Memperkasa Tokoh NILAM Melaka.
As-Syarifah (gelaran untuk pelajar-pelajarnya), anda terbaik!

MAHU SAYA KE SEKOLAH / UNIVERSITI / MAJLIS ANDA?
Setiap urusan mestilah melalui perantaraan guru perpustakaan (sekolah) dan ahli jawatankuasa berkaitan (selain sekolah). Emelkan surat dan butiran
ke hasifhamsyari@yahoo.com

Antara aktiviti yang boleh dibincang: bengkel penulisan, perkongsian pengalaman novelis muda dan Tokoh NILAM, sesi soal jawab, pelancaran majlis, jualan buku dan sesi autograf dan bergambar.  

RELATED POSTS

3 komen

  1. bilalah Hasif nak turun Jasin ni? hehehe ^^

    BalasPadam
  2. untunglaaa Hasif Hamsyari dtg skola sayaa :D

    BalasPadam
  3. Terima kasih sudi melwat kami warga As-sharifah :)

    BalasPadam

Comment