Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Kopi Manis by Hasif Hamsyari

1:12:00 PTG Hasif Hamsyari 1 Comments Category :


Dapatkan novel ini di kedai-kedai buku berhampiran atau beli online KLIK SINI!
Novel ini juga boleh didapati dalam versi digital. KLIK SINI.

Judul: Kopi Manis
Penerbit: KarnaDya Solutions
Muka Surat: 160
Tahun Mula Terbit: 2012

Blurb:

Badan Fayyadh sudah bergerak-gerak. Remaja lelaki itu menggosok kedua-dua belah matanya. Dari pembaringan itu, dia duduk diam seketika, menghilangkan mamai selepas tidur sebelum menghantar pandangan pada Kopi yang mengiau nyaring. Ketika memandang hadapannya, mata Fayyadh terbuntang dan dia serentak terdorong ke belakang. Dia memerhatikan keadaannya sendiri yang tidak berbaju. Gebar katil lekas ditarik lalu ditutup tubuhnya dengan gebar itu. Kirana waktu itu sudah hilang ikhtiar. Dia terkaku. “Kau tunggu apa lagi?! Keluar!!!”

Kematian ibu bapanya menyebabkan Kirana menetap di bawah satu bumbung dengan musuh seteru yang merupakan sepupunya, Fayyadh yang dipanggilnya ‘serama’. Bagaimana sepupunya yang ‘kejam’ itu berubah menjadi seorang pendiam dan suka menyendiri?

“Sekeras-keras hati saya pun terhadap awak, saya tetap akan mengakui awak sebagai sepupu saya.” - Kirana.

IDEA

Seorang guru Bahasa Melayu saya pernah bercerita tentang seekor kucing yang dinamakannya Kopi. Ini adalah pencetus idea yang kemudian makin bercambah sehingga akhirnya menjadi naskhah novel. Walaupun saya tidak membela kucing, saya mempunyai minat mendalam terhadap binatang comel itu. Sebab itu saya abadikan minat itu dalam novel cukup istimewa ini.

Tapi, kalau bercerita tentang kucing sudah nampak pelik pula. Saya wujudkan cerita utama tentang Fayyadh dan Kirana yang bagaikan anjing dengan kucing. Saya turut menyentuh sisi seekor kucing peliharaan yang dikatakan bertelepati dan menyelami jiwa tuannya. Bahkan, saya turut mewujudkan konflik betapa Kirana trauma dengan cakaran kucing.

Kopi Manis membawa mesej kekeluargaan, motivasi dan persahabatan yang jelas. Malah, melalui watak antagonis Puan Nouryna, saya pamerkan sikap tamak segelintir manusia yang materialistik. Kopi Manis lebih daripada sekadar komedi ringan jika diteliti makna, simbolik dan mesej tersirat di sebaliknya.

CABARAN

Antara tiga novel setakat ini (sebelumnya Bagaikan Mimpi dan Bagaikan Mimpi: Srikandi Cintaku), novel Kopi Manis adalah yang paling cepat penghasilannya iaitu kira-kira tiga bulan. Mungkin novel ini lebih nipis dan lebih santai, bahkan ceritanya juga banyak melibatkan adegan-adegan melucukan.

Besar harapan semoga naskhah ini mampu diterima baik oleh pembaca sekalian. Mudah-mudahan.


TRIVIA

Ilustrasi-ilustrasi dalam novel ini adalah dilukis oleh saya sendiri.

PROMOSI

Sebelum mula dijual di kedai-kedai buku, novel ini telah terlebih dahulu diberikan promosi menerusi iklan ala drama radio. Jemputlah mendengar!


RELATED POSTS

1 komen

  1. nak kena beli ni.. heheh.. tapi takde masa nak membaca.. minggu ni ade exam. skang dah beli 3 novel thriller. memang tunggu turn je ni... hhahah

    BalasPadam

Comment