Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Iftar dan Terawih 5 Sains 1

9:30:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :

Batch kitorang betul-betul lebih hangat daripada biasa. Hahaha. Sejak kitorang Tingkatan Dua lagi, kitorang ada banyak event yang kitorang laksanakan sendiri. Aku rasa macam baru semalam je aku dan kawan-kawan kelas aku beraya sakan, naik bas Patt Hup segerombolan macam nak pinang orang. Habis rumah kawan-kawan dan cikgu-cikgu kitorang sapu. Licin!
Tingkatan Tiga jangan cakap. Sampai bercuti sakan kat Pulau Pangkor. Yang specialnya, trip ni hanya untuk kelas kitorang aje!

Sekarang, Tingkatan Lima pulak. Memandangkan kitorang semua sebagai calon SPM tahun ni, raya akan jadi macam hari berkabung. Jadi, kitorang semua pun rancang untuk sambutnya dengan cara sederhana sebelum raya. Sebab tu kitorang semua rancang nak buka puasa dan solat terawih sama-sama.

14 Ogos dipilih. Hari Selasa, malam Rabu. Sehari sebelum sekolah aku cuti sempena raya. Tempat hanya kat sekolah aku aje.


Memikirkan kemungkinan ini adalah satu-satunya masa untuk kitorang mempamerkan perangai gila-gila, maka semua pun mulalah terkejal bergaya ala-ala model ternama. (Aku pun) Hahaha. Iyalah, lepas ni masing-masing dah sibuk nak kejar target 9A+. Harap-harap dapat pecah tradisi macam yang kami buat masa PMR dulu.



Apapun, kitorang sangat berterima kasih kepada guru kelas kami, Cikgu Rosiah Haron yang telah banyak membantu kelancaran majlis tak formal ini, termasuk familinya yang datang, pengetua, Cik Hajah Jamilah binti Ismail yang sangat prihatin dengan kami, guru Bahasa Inggeris, Cik Hajah Jamilah binti Ahmad, pembantu makmal, Encik Talib yang sediakan juadah berbuka dan mengimamkan solat terawih, juga Kak Yana yang sudi luang masa dan semua yang terlibat.

Seronok betul tak tergambar dah. Bacalah ekspresi muka kitorang kat sini.

RELATED POSTS

0 komen

Comment