Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Anugerah Tokoh Anak Merdeka SMKST 2012

7:32:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category : ,


14 September 2012 tersenarai dalam sejarah hidup saya apabila dinobatkan Tokoh Anak Merdeka 2012 oleh sekolah saya, SMK Seri Tanjong (SMKST). Secara peribadi, ini antara pengiktirafan terbesar yang saya terima daripada sekolah saya sepanjang saya bersekolah di sini.


Pada majlis yang berkenaan, saya telah dipakaikan selempang ala model gitu. Haha. Saya juga diberi penghormatan untuk melaungkan 'MERDEKA!' sebanyak tujuh kali memandangkan Malaysia masih dalam mood sambutan Hari Merdeka. Part melaungkan 'MERDEKA' itu ialah cukup mengejutkan saya sendiri yang tak sedia apa-apa. Guru pembimbing saya sendiri, Cikgu Nordiana merahsiakannya daripada saya, bahkan tiada pun semasa sound-check dan rehearsal. Haha.

Cikgu Nordiana memang cukup faham saya. Kalau diberitahu lebih awal, barangkali saya takkan buat laungan itu sebab saya bukan jenis yang suka melaung-laung ni. Jadi sebab nak paksa saya buat, dia lakukan secara mengejut. Memandangkan emcee dah sebut mana boleh saya tak buat. Kelakar sungguh!

Nasib baik laungan saya diikuti oleh semua pelajar SMKST dengan jayanya. Haha.

Majlis ini diadakan sempena Penutupan Bulan Membaca dan Bulan Kemerdekaan. YDP PIBG En Rahman Mat yang memang selama ini telah banyak menyokong saya dari belakang telah melancarkan majlis ini. Jadi, apalagi berhak saya katakan selain terima kasih daun keladi.

Barangkali saya merasakan ini seolah-olah anugerah perpisahan sementelah inilah tahun terakhir saya menghabiskan zaman persekolahan saya di sini. Untuk sebuah kenangan manis yang tak mungkin saya lupakan seumur hidup, saya ucapkan terima kasih kepada semua warga SMKST.

Terima kasih kepada pengetua juga guru-guru perpustakaan terutama Cikgu Diana, Cikgu Amelia, Cikgu Fazlina, Cikgu Fatimah yang sebenarnya banyak membantu dalam melancarkan setiap urusan saya dalam dan luar sekolah. Saya cukup terhutang budi sebenarnya.

Tak lupa kepada Cikgu Sharifah Nawirah yang meminjamkan suaranya untuk montaj saya, warga SERI dan semua yang terlibat. Montaj ini ditayangkan memerihalkan kehidupan saya sejak saya kecik sampailah besar panjang ni ha. Boleh klik butang PLAY untuk melihat montaj ini.


Insya-ALLAH, dengan anugerah ini saya akan cuba untuk terus melaksanakan tanggungjawab saya membawa SMKST ke peringkat lebih tinggi. Amin.

RELATED POSTS

0 komen

Comment