Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Tamat Menjalani PLKN!

7:37:00 PG Hasif Hamsyari 1 Comments Category :



Rasanya semua dah sedia maklum yang sejak 31 Mac yang lepas, aku telah mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem PLKN Nasuha Ladang Rempah Ratus Herba, Pagoh, Johor. Kalau mengikut perancangan awal, aku dijadualkan menamatkan latihan pada 21 Jun 2013.

Walau bagaimanapun, atas sebab sambung pelajaran, maka aku antara ribuan pelatih PLKN yang diberikan pelepasan awal, yang bermaksud, aku menamatkan latihan lebih awal daripada yang sepatutnya. Alhamdulillah, aku telah berjaya menyambung pengajian di UiTM Alor Dajah, Melaka dalam Asasi TESL. Aku akan mendaftar pada 2 Jun 2013.

Berbalik kepada PLKN. Kalau ikutkan, pelepasan awal diberi hanya kepada yang balik pada atau selepas 26 Mei. Ceritanya, Komandan Kem kami (pelatih di Kem Nasuha) diberi cuti tiga hari lebih awal.

Walaupun ada banyak juga aktiviti yang menjadi highlights di PLKN tak sempat aku jalankan seperti Wira Jaya, Khidmat Komuniti dan Renang, tapi sepanjang aku berada di sana sebenarnya terlalu banyak yang menarik mahupun tidak menarik telah aku alami. Aku dah berbincang secara santai dengan Timbalan Komandan Latihan, Ketua Jurulatih dan jurulatih-jurulatih di situ juga mengenali aku sebagai penulis. Maka, insya-ALLAH, aku akan membukukan pengalaman aku sepanjang berada di sana. Ini juga sebagai hadiah untuk korang yang mahu tahu lebih lanjut bagaimana keadaan aku dalam PLKN yang selama ini digambar masyarakat sebagai program yang menyeksakan ala komando.

Aku akan maklumkan dari semasa ke semasa. Walau apapun, aku jangka akan diterbitkan sekitar hujung Julai atau awal Ogos nanti. Harap korang semua tak sabar-sabar menantikannya. Sungguh, ada banyak cerita menarik yang aku ingin kongsikan sepanjang kat sana!

RELATED POSTS

1 komen

Comment