Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Rumah Terbuka Raya 2013

11:17:00 PTG Hasif Hamsyari 3 Comments Category :

10 Ogos, rumah famili aku di Malim, Melaka mengadakan rumah terbuka. Alhamdulillah, semua berjalan dengan sangat lancar dan baik. Cuma penatnya jangan cakaplah. Tapi setahun sekali rasa penat begini, apa salahnya. Iya tak?

Membantu mencarik daging ayam.
Walaupun aku taklah membantu sangat untuk siapkan kerja-kerja dapur (mencarik daging ayam kira penting jugak tau), tapi bila tetamu-tetamu setat datang, akulah paling busy topup lauk-pauk. Ouh, menu special yang kami sediakan ialah mi sotong, ketupat soto (?), tauhu sumbat mulut.


Berminyak gila muka. Semua ni tak prepare awal2 punya pasal. -.-'
Ramai saudara-mara dan kawan-kawan sekolah dan tuisyen yang luangkan masa. Jadi, terima kasihlah sebab datang ya. Tahun depan datanglah lagi. Moga-moga lebih meriah lagi.

Eh, pastu nak cerita. Tak sangka tahun ni pun aku masih dapat duit raya. Boleh tahan jugak. Alhamdulillah... Muda lagi aku rupanya. Bhahaha.

Apapun, tahniah jugak kat Harimau Malaya. Pada aku, tewas 1-3 dengan Barcelona kira okey jugaklah. Tapi sangat tak berbaloi rasanya tak dapat tengok Lionel Messi main atas padang. Hampeh tol.

Jadi, esok aku akan balik kampus. Dan ini lagi satu perkara yang agak menghampehkan selain ketiadaan Lionel Messi tadi. Phew... =.=' Sekejapnya raya...

RELATED POSTS

3 komen

  1. Jarang anak lelaki nak buat kerja2 dapur.
    it was nice. Awk dpt ringankan tulang tlg carikkan isi ayam.

    Selamat hari raya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Sebab kerja tu senang. Apapun, terima kasih... :)

      Padam

Comment