Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

DIARI WIRA - 3

10:20:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :


 Lagu Tema: Tentang Kita
Lagu: Hasif Hamsyari
Lirik: Mohd Haniff Mohamad Yusoff 


Pilih Bab Pilihan:
1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15

 <<< Klik untuk baca DIARI WIRA - 2


Ahad, 7 April

FAMILI!



Familiku!
Keluarga aku meluangkan masa dengan aku hari ni. Yeah! Untuk seorang anak yang tak pernah tinggal berjauhan dengan famili, bukan senang nak biasakan diri.

Kelakar. Abah, Hamizan, Aiman dan Aidil ketawakan aku. Iyalah, adik-adik aku, ni pertama kali seumur hidup tengok abang dia orang yang selama ini antara anak yang paling cerah sekarang dah lagi gelap daripada dia orang. Bukan takat gelap, botak pula tu! Memanglah malu. Mungkin kau orang tak tau tapi sebagai abang, Aiman dan Aidil terutamanya memang takut dengan aku.

Err... Istilah takut macam melampau sangatlah pulak. Tapi di rumah, aku adalah seorang Angah yang garang. Haha.

Aku minta mak aku bawakan nasi dengan lauk istimewa kesukaan aku selain paprik - ikan tiga rasa. Fuh, selera betul aku makan. Lebih kurang dua jam juga aku menghabiskan masa dengan famili tengah hari itu.

Antara lain, keluarga aku turut bawakan makanan ringan dan peralatan-peralatan serta keperluan yang lain.

Tenang hati melihat semuanya ceria dan sihat sejahtera.

Petang itu, apalagi. Tidurlah. Haha.

Jumaat, 12 April

PARTI BRAVO & TSUNAMI

Beberapa hari lepas, istilah macam 'Parti Bravo' dan 'tsunami' dah berlaku. Parti Bravo secara sinikalnya adalah parti untuk menghukum ahli-ahli Bravo saja. Penganjurnya, tidak lain dan tidak bukan, Cikgu Sani, antara orang kuat lagi pembakar semangat bagi kompeni Bravo.

Manakala istilah 'tsunami' merujuk pada suasana dalam bilik dorm yang akan bertukar wajah seolah-olah ditimpa tsunami kerana tidak mengikut layout yang dinyatakan Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Alhamdulillah, setakat ini, katil aku masih terselamat lagi daripada 'bencana' yang pernah menggemparkan Acheh, Indonesia itu (konon).

Tapi dalam dorm aku, memang ada yang dah kena.

RAKAN DORM 32

Berdiri dari kiri: Efy, Amirul, Muresh, aku, Wan. Duduk dari kiri: Tuah, Mok, Bob, Shahrul, dan Azhar. Err... bawah itu Ketua Wira, AJ. Haha

Ouh, kau orang tak mungkin dah tahu nama-nama pelatih yang berkongsi Dorm 32 dengan aku selain aku dan Amirul.

Sebelah katil Amirul, adalah seorang remaja India yang cukup sporting. Kami kenalinya dengan nama Muresh. Depan Muresh ialah Wan, remaja yang boleh korang bayangkan sebagai suka memberontak, tapi sebenarnya sangat setiakawan dan hati suci. Konon. Haha. Gurau je ni Wan (andai kata kau bacalah).

Sebelah Wan ialah Ah Chan. Remaja Cina beragama Kristian yang berbadan agak besar, bercermin mata tapi baik hati. Ah Chan jenis yang tak cakap kuat dan dia suka menyenangkan orang sekeliling.

Dan seterusnya ialah budak hot dekat Facebook. Namanya Efy. Kali pertama dia masuk bilik ni, dengan keadaan belum berbotak waktu itu, aku percaya yang ramai perempuan boleh cair dengan muka dia ni. Efy rakan kamcing Wan dekat kem ini. Dan setakat yang aku kenal, Efy jenis happy-go-lucky dan ya, baik hati.

Sebelah Efy ialah Azhar. Berbadan agak besar juga, tapi lebih kurang besar daripada Ah Peng (?). Personalitinya suka melawak. Patutlah. Dia ada cita-cita nak masuk Raja Lawak. Serius tak tipu. Andai kata tercapailah impian kau nanti, jangan lupa aku. Kerana sesungguhnya kau kan baik hati. :)

Seterusnya ialah Bob. Kalau korang bayangkan sesiapa yang namanya Bob adalah adik-beradik ahli sumo atau Giant dalam Doraemon, korang salah. Yang ini orangnya comel sikit. Hihi. Susah nak gambarkan Bob yang baik hati ini tapi Bob adalah antara favourite aku dekat sini. Mukanya agak matang sebab tu kitorang gelar dia Orang Tua Bob. Haha. Mati-mati kitorang fikir dia pelatih yang tangguh bertahun-tahun lamanya.

Depan Bob ialah Syamil atau dipanggil juga Mok. Mok jenis peramah dan senang dibawa berkawan. Dia juga seorang yang baik hati.

Seterusnya ialah Tuah. Yang katilnya ialah sebelah kiri katil aku. Tuah suka menyanyi. Dan dia jenis yang cukup menghormati, merendah diri dan baik hati.

Kesimpulannya, budak-budak dalam Dorm 32 (termasuk aku, konon) semuanya baik hati. Hahaha. Aku tak rasa aku menipu tapi aku rasa kelakar. XD

Rabu, 14 April

THE WORST EVER

Timbalan Ketua Latihan sifatkan pengambilan (intake) kali ni sebagai the worst ever. Perkara ni agak menyinggung perasaan kami walaupun mungkin betul, sehingga hari ini, kes-kes di badan disiplin makin berlambakan atas pelbagai kesalahan terutama rokok.

Ya, merokok adalah satu kesalahan serius jika anda masuk ke kem PLKN. Isy... Isy...

Isnin, 15 April

Kelas Pembinaan Character (Character Building) CB3 hari ni aku belajar satu permainan baharu yang aku tak rasa aku akan mahir. Haha. Nama aktiviti permainan itu ialah menjugel. Ini adalah untuk Modul 2: Menampilkan Yang Terbaik dalam Diri Orang Lain sebab Modul 1: Menampilkan Yang Terbaik dalam Diri Sendiri.

Apa kaitan dengan jugel? Hmm... Dalam modul ni, korang akan dapat seorang partner yang dipanggil buddy. Setiap pasangan kena saling mengajar rakannya sampai mahir menjugel.
Memanglah seronok tapi susah tau!

Kira syukurlah juga sebab hari pertama, aku dah sampai langkah keempat. Permulaan yang agak bagus. :)

Jumaat, 19 April

TUKAR CIKGU

Modul 1, 2 dan 3 aku dalam kelas CB3 diajar oleh Cikgu Zaidi yang selesa menggelarkan dirinya Cikgu Zack. Selain itu, aku diajar oleh Cikgu Lia dan Cikgu Taufiq.

Mula-mula, aku akui yang kelas ni agak membosankan dan aku tak boleh nafikan yang aku banyak kali tertidur. Tapi perlahan-lahan, aku makin seronok. Terima kasih kepada trio yang aku sebutkan tadi, kelas ini menjadi semakin meriah.

Modul 3 dijangka semua cikgu di setiap kelas akan bertukar kelas jagaan. Jadi perkara ini agak menyedihkan sebab Cikgu Zack, Cikgu Lia dan Cikgu Taufiq adalah antara cikgu terbaik pernah aku jumpa dekat kem ini. Bangga pun ada sebab menurut Cikgu Zack, CB3 adalah kelas terbaik pernah dia ajar selama menjadi jurulatih.

Tapi yang aku dengar, rata-rata setiap kelas punya jurulatih akan cakap benda yang sama. Ini dalam skrip atau ikhlas daripada hati... err... Tak layaklah aku hendak jawab. Haha.

ORANG PENTING

Solat Jumaat dikatakan akan mengalami perubahan laluan. Maka sebelum kami naik bas, Cikgu Harun memberi gambaran peta yang wajar kami ikuti. Kalau sebelum ini kami selalunya ambil wuduk di tempat ambil wuduk perempuan (memandangkan hari Jumaat), kali ini kami kena ambil di tempat wuduk lelaki.

Kenapa dan apa perlunya semua ini? Sebab hari ini, seorang ahli politik yang disegani dijangka hadir menunaikan solat Jumaat bersama-sama.

Mungkin disebabkan terikat dengan jadual yang padat justeru terpaksa bersolat di tempat lain, maka beliau tidak dapat bersama-sama dengan kami. Perancangan dan perubahan yang dibuat sedikit sebanyak hanyalah sia-sia.

PROGRAM MENTOR MENTEE

Untuk Program Mentor-Mentee yang dijadualkan petang itu, aku mendapat mentor bernama Puan Noor Azmah. I'm really looking forward to her. Hal ini disebabkan perwatakan beliau yang tegas.

Kami diminta menyuarakan sebarang masalah dalam sehelai kertas yang akan dijamin dan disimpan sebagai rahsia antara kami, mentee dan mentor masing-masing sahaja.

Jadi bila sebut rahsia, rasanya tidak manis pula kalau aku kongsikan dekat sini pula, bukan?

RELATED POSTS

0 komen

Comment