Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

DIARI WIRA - 12

12:01:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :



Lagu Tema: Tentang Kita
Lagu: Hasif Hamsyari
Lirik: Mohd Haniff Mohamad Yusoff


Pilih Bab Pilihan:
1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15

<<< Klik untuk baca DIARI WIRA - 11

Rabu, 15 Mei

TEMBAK!

Dalam 4.20 pagi, semua ahli Dorm 32 kecuali Efy dan Wan bangun awal.

Almaklum, hari ni ditakdirkan kami bertugas untuk mengejutkan pelatih-pelatih lain supaya bangun tidur dan solat Subuh. Kami, terutama kompeni Bravo dan Delta, kena tunaikan solat Subuh dengan segera sebab hari ini, kami kena bertolak ke lapang sasar untuk menembak.

Dalam 6.30 pagi lepas melaporkan diri di Dataran Dewan Kuliah, kitorang bertolak ke Lapang Sasar Batu 3, Kluang, Johor. Rasa teruja buat aku jadi gementar. Iyalah, kali pertama pegang Colt M16 kot!

Ada perubahan saat-saat akhir untuk setiap detail sebab sembilan orang telah dikeluarkan termasuk Amirul. Jadi aku di Detail 13, Target ke-6.

Aku dan M16!

Rakan-rakan di detail yang sama.
Pengasuh yang terdiri daripada tentera-tentera berkaliber pada mulanya aku ingat garang, muka ketat dan tegas. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Sebelum melapor untuk mengambil kedudukan menembak, ada seorang pegawai siap sempat bergurau, berlindung daripada panas matahari menggunakan batang tubuh aku yang keding ini.

Kiri ialah ear plug, kanan ialah ear defender.
Bila dah baring, aku kenakan ear plug dan ditutup lagi dengan ear defender yang seakan-akan headphone warna kuning. Fuh, kedap bunyi dah telinga aku. Haha.

SAAT MENEMBAK

It's a great opportunity, really! Once in a lifetime. Momentum M16 kuat gila. Aku tak menggeletar takut ke apa tapi aku kan rabun jauh. Tambah pula dengan kekuatan tangan yang tidak seberapa. Maka aku dapat markah yang agak memalukan. Hahaha.

Sepuluh tambah enam. Tambah empat dan tambah enam tolak sepuluh. Tambah tiga dua kali dan tolak empat dan tambah tiga dengan satu. Haha. Harapan aku supaya korang pening mengira.

Nasib baiklah latihan menembak ni tak ada istilah gagal. Paling tidak pun, aku masih ada sikit markah untuk disumbangkan untuk markah kompeni Bravo aku. Haha.

Tapi walau apa sekali pun, hari ni adalah hari yang paling bersejarah.

PENGGANTI

Penghulu kami, Aliuddin atau senang disapa Ali kena sambung pelajaran ke Tingkatan Enam. Ramai yang kini membuat andaian dan senarai pendek untuk calon yang paling layak diangkat sebagai penghulu baharu.

AJ, calon paling besar kemungkinan ketika mana kebanyakannya masih belum boleh menerima hakikat bahawa AJ lah yang selalu mengganggu tidur mereka, setiap pagi. Haha.

Tambah mengejutkan, AJ dapat markah tertinggi setakat ini. 97! Dengan markah setinggi itu, AJ sekali gus dapat menebus maruah kaum wira yang kalah semalam dengan wirawati yang mendapat markah 96.

Jadi apa lagi alasan untuk menolak kemungkinan terbesar, AJ bakal penghulu baharu kami? Sungguh, aku sangat merasakan AJ lah yang paling layak.

Eh kejap. Ada seorang lagi wirawati mencabar dengan markah 98. Dari kompeni Delta. ERK.

Apabila semuanya sudah habis, kami dibawa balik ke kem. Memandangkan semua sudah penat berpanasan di bawah terik matahari, maka tidur dalam bas sudah macam percutian dalam hotel. Sangat selesa. Tambah-tambah dengan pendingin hawa yang menyenangkan segala deria. Woohoo!

JURULATIH 'LAWAN' PELATIH

Kami dibenarkan rehat. Ramai yang manfaatkan masa ini untuk tidur. Aku? Aku ambil kesempatan untuk basuh baju dan solat. Tapi tak lama lepas tu, ada perlawanan bola tampar antara jurulatih dengan pelatih. Sangat menyeronokkan sebenarnya tengok jurulatih-jurulatih ini beraksi termasuk Timbalan Komandan Latihan yang sangat sporting. Sungguh, pertandingan macam ini boleh dijadikan peluang untuk 'membuli' jurulatih yang selama ini 'membuli' kitorang. Haha.
Apapun, pelatih kalah...

DEMAM

Memandangkan hari ini hari Rabu, maka malam kerohanian diserikan dengan cikgu baru namanya Cikgu Fairuz. Cikgu Harun sudah target aku untuk bacakan makna al-Fatihah. Dia begitu sejak aku kena ujian Smart Solat dengan dia. Tapi nampaknya terpaksa ditunda. Aku memang dah buat persiapan dari awal dah. :)

Dan malam itu, Dorm 32 dilanda demam. Efy, Shah, Azhar, Wan, Amirul dan Muresh. Mok pulak sudah kena ruam pada badannya. Aku dan Bob muka dah berbelang lain macam. Sebelah gelap, sebelah lagi cerah. Haha.

Dan malam itu, dalam demam-demamnya pun, Amirul sempat sambung baca novel Kopi Manis pada Bab 7. Hihi.

Khamis, 16 Mei


Gemuruh tunggu keputusan UPU.  Kalau ditakdirkan aku dapat, maka aku dijangka akan mendapat pelepasan awal, sama seperti pelatih-pelatih yang mendapat tawaran ke matrikulasi dan Tingkatan Enam.

Pagi ini, hujan lebat. Lapor lepas solat Subuh pun bukan di Dataran Dewan Kuliah seperti kebiasaan. Tapi di Dewan Makan. Maka, latihan fizikal yang menjadi aktivti wajib setiap pagi dimansuhkan hari ini. Lepas sarapan, balik bilik dan tidur setengah jam.

Baru semua orang teruja mahu laksanakan aktiviti tali tinggi minggu depan, kami dikejutkan dengan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Komandan Latihan kami.

Menurut beliau, tali tinggi pada tarikh yang disebutkan mungkin akan ditunda ke satu tarikh yang lain gara-gara pertambahan mendadak pelatih yang sakit di medik. Huh...

Modul Kenegaraan berjalan dengan lancar. Not bad. Tapi masih mengharapkan sesuatu yang lebih best esok. Diari kehidupan, Sahabatku Sayang dan Foto Segera antara aktiviti yang ada dalam silibus hari ini.

Sudah lama tak jumpa dengan seorang cikgu ni. Setiap kali jumpa, ada sahaja yang dia tidak puas hati dengan kami. Termasuk kekalahan kami dalam bola tampar dengan mendapat tempat kedua (aku tak rasa itu sebagai kalah) dan A-Frame pula di tempat ketiga.

Disebabkan dia tidak boleh menerima kekalahan itu, maka dapatlah push up lima kali tengah bawah terik matahari, dan atas panas menggila tar. Aduh!

PERSEDIAAN KEMBARA HALANGAN

Petang itu ada pengenalan Kembara Halangan. Katanya, aktiviti sebenar akan dijalankan minggu depan. Kami juga diberi peluang menjalani latihan tali rendah.

ANEKA

Aku dengar ceramah Ustaz Alwi malam ini dengan segar-bugar! Hebat! Ada banyak perkara yang akan berlaku minggu ini dan minggu depan. Jadi aku kena sentiasa peka.

Malam itu juga, Wan ceritakan yang sebenarnya malam tadi, ada 'sesuatu' telah mengganggu dia. Shah juga.

Dalam hati, tidak putus-putus aku berdoa dijauhkan daripada segala benda paranormal itu semua.

Penakut? Indeed. Lol.

Jumaat, 17 Mei

KEPUTUSAN UPU

Semua berjalan macam biasa. Semasa dalam kelas Kenegaraan, waktu aktiviti lakonan, kumpulan aku, 1Padu dapat nombor satu. Secara tidak langsung, kami dihadiahkan dengan shower cap dengan corak bunga-bunga daripada Cikgu Sya. Haha!

Balik kelas, kerana Amirul sudah terkehadapan, Iqbal pula ajak aku untuk menyemak keputusan UPU lebih kurang pukul 12 tengah hari di pejabat.

Alhamdulillah! Aku dapat program Asasi TESL! Ini bermakna, temuduga aku tempoh hari sukses! Dan ini juga bermakna bahawa aku juga akan mendapat pelepasan awal.
Iqbal mendapat program Asasi Sains di UiTM Shah Alam.

Disebabkan teruja, aku sanggup tidak makan tengah hari itu. Aku tidak ke dewan makan tapi terus ke dorm untuk salin baju dan tukar selipar sebab masa sudah tidak sempat. Waktu hendak bergerak menunaikan solat Jumaat barulah terasa lapar.

Semasa dalam bas, ada pengumuman dibuat oleh pengacara radio mengenai keputusan UPU sudah boleh disemak bermula jam 12 tengah hari tadi. Ini bermakna, aku dan Iqbal antara yang terawal menyemak keputusan kami. Hehehe...

MENTOR MENTEE

Cikgu Azmah tiada dan diganti dengan Cikgu Sukma. Aku agak terkilan sebab ini mungkin hari terakhir untuk program Mentor Mentee aku di sini dan mentor aku pula tiada. Tapi aku faham, pasti ada hal penting yang tidak dapat Cikgu Azmah elakkan.

Sebelum tamat program itu, Cikgu Sya memeriahkan suasana dengan senamrobik. Mungkin ini antara peluang untuk pelatih-pelatih pelepasan awal untuk bergembira dengan kawan-kawan sementara masih ada masa.

CIKGU YANG BAIK

Berita yang agak panas tersebar dengan cepat mengenai dua dorm Bravo yang telah membuat laporan tatatertib ke atas seorang cikgu. Hal ini katanya kerana mereka tidak boleh menerima perbuatan yang disuruh oleh cikgu tersebut. Selain tidak sihat, perkara itu juga katanya menjijikkan. Namun, mereka tiada pilihan selain menurut kata cikgu tersebut atas rasa hormat.

Dan disebabkan laporan itu, ada ura-ura mengatakan bahawa cikgu tersebut sudah merajuk. Tambah gempar, berita itu juga telah sampai ke pengetahuan Kem Komandan dan jurulatih-jurulatih lain di sini.

Termasuk Cikgu Zack yang berjumpa dengan kami, ahli-ahli Bravo sebaik tamat solat Isyak di surau.

Aku boleh katakan yang Cikgu Zack adalah cikgu terbaik di sini. Dia tidak menyebelahi sesiapa dan dia juga berfikir dengan rasional dan positif. Dia menasihatkan kami agar mencari jalan terbaik supaya terhasil sebuah situasi 'menang-menang' antara kami dengan cikgu tersebut. 

Ada satu prinsip yang mahu aku nyatakan. Apabila kita menghormati orang lain, maka kita juga layak mendapat hormat daripada orang itu, bukan? Hmm...

----------------------------TIPS-------
TIPS!
Jika ada jurulatih berkelakuan atau memberi layanan yang tidak menyenangkan, adalah hak kita untuk membuat laporan ke disiplin. Terima atau tidak, itu belakang kira. Cuma sebelum buat laporan, bincanglah jika melibatkan satu kumpulan atau minta pendapat orang dipercayai jika secara individu. Kadang-kadang, jurulatih sebenarnya berniat baik cuma caranya agak tidak kena. Jadi, bertimbang rasa dan bertoleransilah selagi terdaya. Baik jurulatih, mahupun pelatih. :)


RELATED POSTS

0 komen

Comment