Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

[RADIO DRAMA] The Deathly Vow

10:22:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :


Sinopsis: Setelah bertahun-tahun terpisah, lima sahabat; Hasif, Ehsan, Azeem, Qina dan Alex dipertemukan semula di bawah institut pengajian yang sama, Lendu University. Semua berjalan seperti biasa sehinggalah satu kes kematian pelajar bernama Ryan mencetuskan tanda tanya. Qina, yang menjadi saksi kejadian itu berdiam diri untuk menyelamatkan diri. Dia tahu, pembunuh itu adalah salah seorang daripada mereka dan mencuba menyelamatkan rakan-rakannya yang lain tanpa terlalu ketara, supaya dia tidak menjadi mangsa seterusnya. Namun, selepas itu, setiap antara mereka mati kecuali seorang.

Hasil kreativiti Zaril Afiq dari Cryptic Studio.

Ini sebenarnya projek assignment saya dan kumpulan untuk TSL092 Drama. Kami diarah menyiapkan satu drama radio di bawah produksi setiap kumpulan. Produksi kami diberi nama Last Minute Production.
Memandangkan ia adalah subjek TESL (Teaching English as Second Language), maka assignment ini perlu disiapkan sebagai drama radio berbahasa Inggeris. Mengisahkan tentang kisah cinta yang membawa pertumpahan darah. Ceritanya agak klise, tapi pada saya, ia menarik sebab kami cuba mengolah cerita menjadi lebih dramatik dan saspens.

Kami bukanlah pembikin drama radio profesional. Maka, janganlah mengharapkan kesempurnaan untuk produk pertama (dan mungkin juga terakhir) kami ini. Haha.

Ini pun antara assignment terakhir kami sebagai pelajaran semester akhir Asasi TESL UiTM Lendu. Yang penting kami semua enjoy, walaupun sampai luka tangan, tak tidur malam, banyak NG dan bloopers tapi kami seronok.

TRIVIA
Tahukah anda? Keseluruhan rakaman ini bukan dirakam dalam studio. Sebaliknya, ada tiga lokasi yang kami gunakan. Satu, di bangunan kuliah. Dua, tepi tasik! Tiga, dalam dorm saya sendiri.

90 peratus scene adalah dirakamkan pada waktu malam.

Skrip diolah semula supaya cerita menjadi lebih kemas sedangkan skrip lama sudahpun siap dirakamkan (cuma belum edit). Justeru, babak awal dirakam semula dan walaupun penat, saya sebagai juruaudio kira berpuas hati dengan hasilnya. Thanks to scriptwriterslah.

Telapak tangan saya terkoyak sedikit sewaktu merakamkan bunyi hentakan batu tapi malangnya bunyi ketukan batu itu tidak kedengaran jelas dalam hasil akhirnya.

Tak terkira rasanya berapa kali NGs dan bloopers yang kami lakukan. Tapi semua macam tak penat. Happy sepanjang rakaman.Haha.

Kami memulakan rakaman dalam seminggu sebelum, yang sebenarnya bukan 'Last Minute Production' sangat. Tapi kami cuba hasilkan yang terbaik.

Kami tidak terlalu bergantung pada skrip sebaliknya menambah beberapa dialog secara spontan supaya kedengaran realistik. In fact, scene di mana Azeem cuba memujuk Ehsan, adalah tanpa skrip! Hebat betul diorang ni...

100 peratus rakaman adalah dirakam menggunakan kamera DSLR.

Apapun kesulitan yang kami hadapi, ini adalah pengalaman manis bagi kami. Tak berlaku apa-apa perkara tidak diingini dan persefahaman antara kami juga saya kira hebat!
Dari kiri: Alex, Ehsan, aku, Qina dan Azeem
Terima kasih Ehsan Manan, Syauqina Baharum, Muhamad Azeem Sayuti dan Alexander Japeni Sator. Oh, tak lupa Zaril Afiq dari Cryptic Studio atas rekaan kaver. Haha. Tiba-tiba jadi penghias kaver pulak, malunya.

So apa tunggu lagi, meh klik PLAY kat sini:

The Deathly Vow (Full Version) - TESL Radio DramaThe Deathly Vow (full version)! Tara... Inilah hasil kerja tak seberapa kami. Maafkanlah ketidaksempurnaan khususnya pada part saya. haha. Semoga terhibur. Untuk pendengaran lebih gempak, digalak memakai headphone dengan volume terkawal, ya!
Posted by Hasif Hamsyari Novelis on Sunday, March 16, 2014


Harap korang pun enjoy! Drop your comment, ya! :)

RELATED POSTS

0 komen

Comment