Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Akhir Semester 1 MASSCOMM UiTM Shah Alam

7:44:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :

Okay.  Sebenarnya saya bukannya Semester 1 pun lagi. Dah nak masuk Semester 3 dah pun. Tapi bila dapat result malam tadi, kemudian ramai pula dikhabarkan berita gembira dapat masuk universiti lepas result UPU pun keluar, tertarik pula nak main throwback betapa havocnya kitorang budak Masscomm Part 1 masa hari terakhir peperiksaan. Haha.

Tema kami masa ni ialah 'Back to School' sebab masa kertas terakhir ni, adik-adik SK dan SMK dah mula masuk sekolah balik sementara kitorang dah mula bercuti! Sebab tu ramai budak part 1 Masscomm termasuk saya pakai kemeja putih.


Pilihlah yang mana satu. Hai di hari begini, kita menjamu mata....

Bonzer-bonzer Cik Hawa Rizwana. Haha.



Tak tau nak jelas kenapa Ahmad Barr dan Nurli Nasuha bergaya sopan gini.




Kesimpulannya, buat semua bakal pelajar Semester 1, terutama di UiTM Shah Alam, terutama jurusan Komunikasi dan Pengajian Media, selamat maju jaya! Manfaatkan peluang ini sebaiknya dan memang hari-hari korang akan jadi lebih tension dan mencabar, tapi harungi dekat tekad inilah kenangan akan kukenang di hari tua.

Ambil yang baik-baik sebagai panduan dan jadikan kesilapan sebagai pengajaran. Insya-ALLAH. All the best!

By the way, keputusan semester dua saya, Alhamdulillah. Dekan untuk kali kedua. Way to go! :)

p/s: Gambar-gambar adalah daripada kamera Ahmad Barr. hihi

RELATED POSTS

0 komen

Comment