Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Kem Insaniah MASSCOMM 2015

11:06:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :



23 sampai 25 Oktober lepas, saya berkesempatan ke Kem Rimba Kalong, Ulu Yam untuk Kem Insaniah MASSCOMM anjuran Persatuan Pelajar Komunikasi MASSA.

Memandangkan saya ialah Exco MASSA, untuk kem ini saya ialah Ketua Biro Multimedia. Haha. Semester Tiga ni, banyak jawatan saya pegang adalah berkaitan multimedia, termasuklah Band of Spirit Shah Alam (BOSS).

Berbalik pasal kem ini, seramai 33 orang pelajar MASSCOMM Shah Alam daripada pelbagai jurusan dan semester mengikuti kem ni termasuk saya. Ada tiga orang pensyarah pengiring iaitu Mama Hariyati Ariffin dan Encik Najmi Nuji masing-masing sebagai Penasihat 1 dan 2 MASSA serta seorang lagi, Encik Hamzani yang merupakan bekas Presiden MASSA.

Saya memang suka dengan aktiviti-aktiviti lasak lagi-lagi yang melibatkan jungle trekking atau aktiviti-aktiviti air. Jadi kem ni memang satu peluang sebenarnya. Seronok gila dapat buat lagi jungle trekking, meredah sungai, sukan sungai dan macam-macam lagilah.

Apa yang lagi penting, kem ni berjaya menyatukan pelajar-pelajar MASSCOMM yang selama ni kalau dekat fakulti, nak tegur pun segan-segan sebab tak kenal. Haha. Banyak pengisian yang bagus-bagus dan cukup memberi kepuasan.

Alhamdulillah, tugas saya sebagai Biro Multimedia pun berjalan lancar. Kalau dah GoPro di tangan, mestilah kena tangkap banyak selfie. Haha.

Jom tengok video yang saya sediakan untuk laporan MASSA dalam tiga bahagian. Jangan lupa singgah blog MASSA sebab sayalah yang reka blog sekali gus menjadi adminnya! Layari uitmassa.blogspot.my .











RELATED POSTS

0 komen

Comment