Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

ASEAN Children and Youth Workshop on Media Literacy

12:27:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :



Lama sebenarnya saya ambil masa untuk memikirkan sama ada patut atau tidak saya sertai bengkel ini. Bukan apa, bengkel ini diadakan pada minggu terakhir kuliah yang, biasalah, penuh dengan ujian-ujian dan presentation. Jadi risau juga terjejas pelajaran.

Tapi, selepas menimbang balik semuanya mengambil nasihat keluarga, pensyarah dan rakan-rakan, jadi saya putuskan untuk tak melepaskan peluang yang ramai sifatkan sebagai antara sekali seumur hidup ini. Ya, mula-mula tu banyak juga cabarannya tapi akhirnya semuanya dipermudahkan dan ramai yang menyokong termasuk para pensyarah, koordinator dan juga dekan. Alhamdulillah.

16 DISEMBER 2015

Maka, pada 16 Disember 2015 (Rabu), saya pun berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muaeng, Bangkok. Perjalanannya dalam dua jam lebih saja.

Oh, sebelum tu, saya berkenal-kenalan dengan empat orang lagi delegasi Malaysia. Di KLIA 2, kami cuma berkenalan ringkas saja. Yang pertama merangkap ketua delegasi saya ialah Lizza Imelia M. Sulanah daripada Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Seterusnya ialah Nuralif Affandi Rahmat, seorang Ahli Parlimen Belia Selangor yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknikal Melaka (UTeM). Turut terlibat ialah Denielle Leong Pui Ee, seorang bekas penyampai radio dan juga pelajar tahun akhir di Universiti HELP dan jurusan komunikasi. Yang terakhir ialah Fatin Nur Izzati Ab Rahman, juga merupakan belia wakil KBS dan jurugambar.

Dalam pukul 12.15 waktu Malaysia, kami pun tiba di Don Muaeng. Barangkali ada masalah komunikasi, Liason Officer (LO) kami gagal ditemui. Kami terpaksa menunggu lebih sejam setengah sebelum akhirnya kami dibawa ke hotel penginapan kami iaitu Hotel Ambassador yang terletak di tengah-tengah Bangkok.

Selepas selesai check-in dan pendaftaran, kami dimaklumkan bahawa jadual kami hari ini adalah bebas kecuali pada pukul enam petang, ada makan malam. Jadi, apalagi. Terus kami berempat (waktu ini Denielle belum sampai) berjalan-jalan sekitar kawasan hotel. Di sini sebenarnya tak susah sangat mahu mencari makanan halal tapi yang menjadi penghalang ialah bajetnya yang barangkali agak mahal. Justeru, kami makan di Subway. Makanan segera pilihan terbaik. Lagipun, kami akan makan berat untuk makan malam nanti.


Sempatlah jalan-jalan melihat barangan dan bergambar. Lepas makan malam, kami pun ambil keputusan untuk rehatkan diri sebab esok bakal bermula program ini secara rasminya.


17 DISEMBER 2015

Kami bangun seawal 6.30 pagi dan bersiap untuk bersarapan di AMCafe, Hotel Ambassador.

Dari kiri ialah saya, Nuralif Affandi, Fatin Nur Izzati, Denielle dan Miss Liza Imelia.


Kami bergambar bersama delegasi kanak-kanak Malaysia daripada St. George's Girls' School, Penang dan St. Joseph Secondary School, Papar, Sabah.

Program berikutnya ialah sesi taklimat mengenai bengkel itu sebelum kuliah daripada Dr. Nudee Nupairoj, pensyarah daripada Universiti Chulalongkorn dengan tajuk "Media Literacy for Children and Youth". Ia diadakan di Dewan Cattleya 2, Hotel Ambassador. Melalui kuliah ini, Dr Nudee menjelaskan kepentingan celik media dalam teknologi maklumat hari ini khususnya kepada golongan sasaran iaitu kanak-kanak dan belia.

Bersama Dr Nudee yang cukup ramah dan sporting!
Seterusnya, kami diberikan ucapan alu-aluan daripada Mrs. Supatcha Suttipol, Timbalan Pengarah Bahagian Kanak-Kanak dan Belia, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Penduduk Thailand. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan mengharapkan agar peserta daripada negara-negara ASEAN ini memperoleh pengetahuan berguna.

Bersama Mrs. Supatcha Suttipol.
Semua peserta kemudian dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kanak-kanak dan belia. Mestilah saya dalam kategori belia. Haha. Dalam bengkel berasingan ini, kategori belia dipimpin oleh Encik Weera Suwannachot, Penyelaras ASEAN Children and Youth News Centre. Dalam kuliah ini pula, kami diberi tugasan untuk menyiapkan sebuah video berkaitan media literasi.

Sungguh, di sinilah saya dapat berkenal-kenalan dengan belia daripada negara-negara ASEAN yang lain. Walaupun adakalanya berlaku kesukaran kerana keterbatasan bahasa, semuanya tak lagi menjadi masalah selepas kami memerah otak untuk menyiapkan video berkenaan.

Baru saya tahu, untuk bengkel kali ini, kesemua negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja, Vietnam dan Laos terlibat kecuali Brunei yang tak menghantar penyertaan.

Selebih masa yang ada, kami banyak menyiapkan video berkenaan. Sebelah malam dalam pukul 11, saya bersama Kak JJ (Lizza Imelia) dan Denielle berjalan-jalan untuk merasai sendiri suasana malam kota Bangkok. Akhirnya, kami cuma singgah di McDonald saja.

18 DISEMBER 2015

Ini adalah hari yang juga dikira sangat penting.

Dalam pukul 6.30 pagi, kami turun bersarapan dan menyertai raptai majlis perasmian 'ASEAN Children and Youth News Centre Project' di Dewan Konvensyen C, Hotel Ambassador. Masa yang terluang juga kami manfaatkan untuk menyiapkan video. Terus terang cakap, videonya berdurasi kurang tiga minit saja pun, tapi nak siapkannya cukup rumit. Haha.

Dalam pukul 12.30 tengah hari, kami menukar pakaian ke busana tradisional. Saya dan Alif berbaju Melayu manakala yang perempuan berkebaya dan berbaju kurung.

Dalam pukul 1.30 tengah hari, majlis bermula. Majlis itu telah dilancarkan oleh Tuan Maitri Inthusut, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Penduduk Thailand. Macam biasa, ada sesi ucapan, pemberian sijil penyertaan kepada setiap delegasi dan persembahan. Yang paling mengujakan kami sebagai peserta dan delegasi-delegasi yang terlibat ialah tayangan video yang kami siapkan dalam tempoh kurang 24 jam.

Cenderahati Malaysia buat Tuan Maitri Inthusut. - kredit Mr. William Chong.

Delegasi-delegasi negara ASEAN bergambar kenangan bersama Tuan Maitri Inthusut. - kredit Mr William Chong.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sebelum Tuan Maitri Inthusut meninggalkan Hotel Ambassador, saya telah diberi mandat untuk menjelaskan projek video yang kami persembahkan. Sejujurnya, saya cukup berbangga dan berterima kasih atas peluang ini.


Kami tak dimaklumkan bahawa kami akan terus ke aktiviti seterusnya maka kami tak sempat nak salin baju. Justeru, kami terus menaiki bas yang disediakan dan bersedia untuk menuju ke lawatan rasmi ke Fakulti Seni Komunikasi, Universiti Chulalongkorn.

Universiti Chulalongkorn adalah universiti tertua dan terbaik di Thailand. Justeru, saya sebenarnya sangat teruja untuk melihat sendiri universiti ini secara lebih dekat. Tambahan pula, fakulti yang bakal kami singgah adalah fakulti yang boleh dikatakan setaraf MASSCOMM di UiTM Shah Alam.
Mr. Meetha (pensyarah Universiti Chulalongkorn, tiga dari kanan) bergambar bersama delegasi belia ASEAN.



Sebagai pelajar MASSCOMM, pastilah saya juga banyak bertanya berkenaan fakulti ini. Kalau diikutkan, sebelum pergi ke program ini lagi, fakulti saya melalui Persatuan Pelajar Masscomm (MASSA), dah merancang nak melakukan lawatan akademik ke sini tahun depan. Barangkali rezeki, saya sampai dulu. Alhamdulillah. Haha. Serba sedikit pengetahuan yang saya tahu boleh saya kongsi di fakulti nanti.

Dalam enam, kami bergerak ke Siam Paragon, lokasi pelancongan beli-belah terkemuka di Thailand. Taraf barangan dan lokasinya ala-ala KLCC, sangat mahal dan eksklusif. Kebetulan pada waktu itu sedang berlangsung pameran patung gajah hasil seni pelajar, pelukis dan selebriti Thailand.

Di sinilah detik yang tak akan saya lupa. Bayangkan, di tengah keriuhan Siam Paragon itu, kami berlima masih dalam baju tradisional! Patriotik sungguh! Di kala kebanyakan orang berbaju santai dan kasual dan ada pula yang memperaga pakaian moden dan ala-ala anime, kami memakai baju kebangsaan. Bangga itu ada sebab ramai yang memandang tapi kejanggalan itu masih terasa. Haha.



Ditakdirkan juga, kami terserempak dengan seorang jejaka Thailand yang tiba-tiba dikerumun. Kami syak mesti artis punya. Jadi, Kak JJ enggan lepaskan peluang. Tanpa kenal nama pun, Kak JJ bergambar dahulu sebelum kami pun turut sama bergambar. Haha.

Ha, sesiapa kenal tinggalkan nama di ruangan komen ya. haha

Kami pulang ke hotel dalam pukul 10.30 malam dan tukar pakaian dan berjalan lagi sekitar kawasan hotel. Kali ini, kami perlu habiskan duit membeli buah tangan sebab esok kami kena kembali semula ke Malaysia.

19 DISEMBER 2015

Kami berjalan lagi pagi itu lepas bersarapan dalam pukul sembilan sekitar kawasan Hotel Ambassador untuk membeli apa-apa buah tangan untuk dibawa balik. Tapi malangnya kebanyakan kedai tutup. Dengan hampa, kami kembali ke hotel.

Sempatlah kami mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan dan delegasi-delegasi negara yang lain yang berlepas awal.

Kalau diikutkan, penerbangan kami ke Malaysia adalah pada pukul 3 petang tapi kenderaan disediakan penganjur menghantar kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muaeng adalah pada 10.30.

Jadi, kami pun tiada pilihan dan berkemas untuk bergerak pulang. Check out dalam pukul 10.30 pagi dan kemudian kami bertolak ke lapangan terbang.

Fulamak! Orang punyalah ramai menyebabkan kami terpaksa menunggu lebih sejam untuk drop luggage. System down katanya. Lepas tu kami makan lagi dan mula masuk ke balai berlepas. Penerbangan kami ditunda ke 3.40 petang dan kami tiada pilihan selain berjalan-jalan lagi sekitar kawasan lapangan terbang.

Dalam pukul enam, akhirnya kami sampai ke Malaysia dengan selamatnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Apa sekali kekurangan yang terlihat sebenarnya masih dikira sedikit berbanding pengalaman dan pengetahuan yang kami bawa balik.

Sangat seronok dalam berkenalan dengan kawan-kawan negara lain. Moga-moga ikatan ni kekal sampai bila-bila. Insya-ALLAH.

Makanan tak menjadi masalah sebab penganjur sediakan makanan halal. Sedap gila! Cuma pilihan kalau kami nak makan mana-mana tempat lain selain yang disediakan. Cuma di McDonald atau Subway. Itupun elakkan daging. 

Harus saya berterima kasih kepada pihak penganjur yang menanggung kos pengangkutan domestik, makanan dan penginapan kami di Bangkok serta KBS yang menanggung kos penerbangan pergi dan balik kami.

Untuk sebuah penerbangan pertama saya ke luar negara dan menggalas misi sebagai wakil Malaysia, saya tak dapat menolak untuk berasa cukup bangga dan bersyukur. Sudah pastinya pengalaman ini menyimpan nilai sentimental tersendiri untuk saya. Alhamdulillah.

RELATED POSTS

0 komen

Comment