Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Bengkel Penulis Muda 2016: Sejenak Bersama Hasif Hamsyari

8:16:00 PTG Hasif Hamsyari 1 Comments Category :



'I feel like home here.' Itu yang saya rasa sebaik menjejakkan kaki ke sekolah ni, semula. 

Luar biasa! Selepas lebih empat tahun meninggalkan SMK Seri Tanjong (SMKST), hari ini saya kembali semula sebagai penceramah untuk bengkel penulisan ni. Gila tak gemuruh bila kembali balik ke sekolah yang sangatlah kaya dengan nilai sentimental untuk saya. Di atas pentas yang sama tujuh tahun lalu, di sinilah saya dulu mula-mula bergelar seorang penulis pada usia 14 tahun!

Ceramah saya berjalan lancar. Nampaknya ramai jugak yang minat dunia penulisan. Saya kurangkan konsep berbengkel tapi lebih pada perkongsian pengalaman sebab dalam jumlah pelajar yang ramai ni, tak semua yang minat menulis. Jadi ada baiknya pada saya dimulakan dengan menimbulkan minat dulu sambil menyelitkan tips-tips penulisan dalam ceramah.

Poster rasmi
I truly had so much fun! Tak menang tangan nak tandatangan buku, bergambar dan berbual dengan cikgu-cikgu yang masih mengingati saya. Kerumunan orang sangat ramai sampai habis dah buku yang saya bawak untuk jualan. Lagi dahsyat, yang tak dapat beli buku bawak kertas A4, buku nota dan diari untuk ditandatangani. Fuh! Dah agak lama jugak tak menghadapi situasi meriah macam ni.

Kalau saya mampu memberikan inspirasi untuk mereka berjaya, saya memandang ke hadapan untuk terus mendengar khabar daripada mereka. Selamat maju jaya, terima kasih dan jumpa lagi!

Bersama ahli kelab penganjur, Persatuan Pusat Sumber Sekolah SMKST.
Bersama guru-guru yang pernah mengajar saya kat sini.
Lagi guru-guru yang saya rindu. Terutama sebelah saya. :D
Sesi ramah mesra dan autograf.
Sungguh, tak menang tangan nak tandatangan satu-satu dan melayan pembaca-pembaca yang sporting gila!
Kena kerumun. Haha.
Bersama dengan pentabdir SMKST. Dari kiri Cikgu Sahreah, Cikgu Sahak, saya, Cikgu Khalid dan ayah saya.
Sesi perkongsian sedang bermula.
Cenderahati daripada pihak sekolah. Terima kasih daun keladi!
Antara pemenang kuiz!
Keadaan dewan. Terima kasih SMKST!
Kredit gambar: Cikgu Siti Nordiana, Cikgu Sahreah, dan pihak Persatuan Pusat Sumber SMKST.

RELATED POSTS

1 komen

Comment