Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Eksplorasi Taman Negara Pahang [PART 2]

1:45:00 PTG Hasif Hamsyari 2 Comments Category :


Hari kedua kami di Taman Negara. Yang pasti, hari ini akan menjadi lebih mencabar berbanding aktiviti rapid shooting, melawat orang asli mahupun night jungle walk. Kenapa? Sebab hari ini penuh dengan aktiviti hutan!

Nak ke Taman Negara, korang kena menyeberang sungai dulu. Bayarannya sekali hantar RM1 je tapi kalau ada pemandu pelancong kira masuk dalam pakej tau. Dah menyeberang sungai, korang akan melalui Mutiara Taman Negara, resort yang paling mahal kat sini tapi lebih selesa dan cantiklah. Kenalah dengan harganya.

Wajib tau korang bergambar kat sini!

Dalam bot menyeberang sungai ke Taman Negara.
Mendaki Bukit Teresek
Dari sinilah korang akan mulakan perjalanan korang ke Bukit Teresek atau ke titian kanopi!


Laluan masuk ke Bukit Teresek.
Dalam pukul 9 pagi, kami masuk ke dalam kawasan Taman Negara. Sebelum aktiviti mendaki ke Bukit Teresek dimulakan, kami dapatkan tiket masuk dan pas kamera.

Kalau malam tadi kami banyak belajar dan mengenali tentang kehidupan fauna pada waktu malam, sekarang pulak kami melihat dan belajar tentang flora di Taman Negara. 130 juta tahun usia Taman Negara, pastinya kat sini banyak pokok-pokok yang besar dan berusia mencecah ratusan tahun!

Jadi, sepanjang perjalanan ke Bukit Teresek, Abang Eddy perkenalkan kami dengan banyak pokok-pokok dari sebesar-besar pokok mengkudu sampailah sekecil-kecil cendawan.
Abang Eddy (paling kiri) bergambar dengan kami dekat akar banir pokok mengkudu yang juga dikenali sebagai pokok selfie dalam kalangan pengunjung.
Lagi selfie.
Kalau korang sampai kat sini, jangan lepaskan peluang untuk bergambarpada pokok yang dipercayai ratusan tahun ni!
Tinggi gila pokok mengkudu ni!
Pokok ni kalau korang goyang-goyangkan akan nampak warna berbeza. Nampak macam semalu tapi dia bukannya pemalu pun.

Pendakian ke Bukit Teresek mempunyai trek yang sangat memudahkan pengunjung. Ikut je trek yang disediakan, insya-ALLAH takkan sesat. Apalagi dengan bantuan papan-papan tanda sepanjang jalan. Korang boleh berlenggang pada lebih kurang 400 meter yang pertama sebab jalannya rata. Tapi selepas tu, bermulalah perjalanan yang akan menguji ketahanan fizikal dan mental korang. Haha. Mendaki tangga.

Trek permulaan yang tenang je.

Sebenarnya, kalau korang jenis fit, mental tak mudah koyak dan memang sukakan aktiviti lasak, korang mesti tak ada masalah. Lainlah kalau korang yang ada masalah kesihatan macam asma atau mudah semput. Nasihat saya, bersarapanlah dengan sederhana. Bawak air mineral, itu gila punya penting.

Throwback kejap masa kitorang bersarapan. Lain tengah tunggu makanan tu.

Mula-mula, adalah juga kawan-kawan saya yang semput dan ada yang rasa nak pitam. Bukit Teresek sebenarnya lebih tinggi berbanding nak ke titian kanopi. Tapi saya dan beberapa lagi merasakan rugi kalau dah daki sejauh ni tapi tak singgah ke Bukit Teresek. Pada kala diorang berdepan dengan waktu 'getir' macam ni, apalagi yang diperlukan selain semangat dan motivasi. Hahaha. Langkah diperlahan dan pendakian diteruskan.

Keseluruhan perjalanan memakan jarak 1.7 kilometer dari Kuala Tahan. Sepanjang perjalanan, ada baiknya korang banyakkan melihat pokok-pokok menghijau daripada melihat tangga-tangga yang tinggi. Peluh dingin dengan udara segar akan sentiasa menemani korang. Tak ada nyamuk atau serangga pun yang akan ganggu korang sebab menurut Abang Eddy kawasan ini tidak sesuai untuk kehidupan nyamuk.

Perasaan bila sampai ke atas bukit tu, seronok bukan main! Lagi-lagi bila kawan-kawan saya yang semput dan nak pitam tadi pun akhirnya sampai ke atas. Apalagi, kitorang pun rehatkan diri dan rileks menikmati panorama yang sangat cantik!

Ada dua lokasi sebenarnya untuk menikmati panorama dari Bukit Teresek. Pertama ialah lokasi pertama yang korang akan sampai lepas mendaki tangga-tangga tadi. Di sini terdapat batu-batu besar. Dari sini, korang boleh nampak Sungai Tembeling dan bukit-bukit. Waktu kami sampai, agak banyak juga pelancong yang ada.

Ni gambar-gambar kat lokasi pertama.
Kepuasan fasa satu.

Berehat-rehat sambil menikmati pemandangan indah Bukit Teresek.
Selfie satu kali!

Lagi satu lokasi korang kena jalan lagi dalam 15 ke 20 minit. Kami pergi dan akhirnya sampai ke sini. Panorama yang ditawarkan kat sini pulak sebenarnya lagi best. Korang akan nampak pemandangan arah utara yang mana ada banyak bukit-bukit dan tanah rendah, Sungai Tahan, Gunung Perlis, Gua Besar di Lembah Keniam dan juga pemandangan Gunung Tahan.

Dalam perjalanan ke lokasi kedua.
 Ni pulak gambar-gambar kat lokasi kedua.
Keterujaan bila korang sampai kat sini sangat tak terkata!
Look at the view!

Terus terang, saya suka dengan aktiviti macam ni sebab saya rasa lebih dekat alam semula jadi. And, i'll never get bored or tired of them. :D

Titian Kanopi Terpanjang di Dunia!

Pengalaman kedua sejak lebih enam tahun lalu tak datang sini.

Salah satu tarikan yang utama di Taman Negara Pahang ni mestilah titian kanopi! Istimewanya, titian kanopi kat sini dilabelkan sebagai yang terpanjang di dunia! Berapa panjang? 510 meter. Platform yang tertinggi mencecah 45 meter.

Istimewanya titian kanopi ni, ia dibina tanpa menggunakan sebatang paku pun pada pokok-pokok. Menurut penjaga di sini, ia demi menjaga keaslian Taman Negara serta mengelak daripada mencederakan pokok-pokok kat sini.
Platform tertinggi di sini ialah setinggi 45 meter!

Dengan hanya RM5, sangat berbaloi kalau korang singgah ke sini. Kalau korang jenis takut tinggi mungkin korang akan rasa gayat. Kalau tak macam saya, korang akan nikmati pemandangan bawah kanopi yang menakjubkan! Luangkan masa tengok keliling. Kalau bernasib baik dapatlah lihat haiwan-haiwan hutan yang di bawah mahupun bergayutan di pokok. Bagi pencinta burung mungkin boleh bawak binokular sekali.

Bila korang dah sampai ke penghujungnya, korang akan nampak macam ada rumah kecil. Dah turun nanti, akan ada tandas disediakan. Mungkin untuk korang yang rasa gayat dan nak terkencing meniti titian kanopi atau juga disebut titian silara ni. Haha.

Saya tak dapat tengok banyak haiwan. Monyet dah biasa. Tapi ada satu di bandar Kuala Tahan, ada seekor slow loris. Sesat mungkin. Tak sempat nak rakam gambar sebab agak teruja juga. Dalam bahasa Melayunya, slow loris ialah kongkang. Comel! Tak tau apa tu slow loris? KLIK SINI jap.

Kami dah merentasi jambatan gantung terpanjang di dunia. Korang bila lagi?
Puteri Izzati tengah posing maut. Kenapa puteri? Biarlah menjadi rahsia antara kami. haha
Makan Malam di Restoran Terapung Sungai Tembeling
Inilah restoran pilihan kami.

Di Sungai Tembeling ada banyak restoran terapung. Haruslah rasa untuk makan kat sini.

Harganya standard di tempat-tempat pelancongan tapi tak adalah mahal mana. Ikut menu pilihan korang. Biasanya yang akan cecah puluh-puluh ringgit ialah menu ikan-ikan segar macam patin atau tilapia.
Order!
 Aktiviti Lain

Demikianlah lebih kurang aktiviti yang kami lakukan di Taman Negara untuk pakej RM120. Kalau termasuk penginapan RM20 satu malam (dua malam RM40) jadi kesemuanya lebih kurang RM160 tak termasuk makan minum. Sebenarnya ada banyak lagi yang korang boleh buat termasuklah melawat Kelah Sanctuary yang mana korang boleh bermain dengan ikan kelah jinak. Bermandi manda di Lata Berkoh. Tambahan untuk dua aktiviti ni cuma RM45.

Tapi yang saya terkilan adalah sebab tak boleh ke Gua Telinga yang dah ditutup atas faktor keselamatan. Rugi betul. 

Tapi, demi mengubat kekecewaan ini, saya dan kawan-kawan memilih untuk ke Gua Gelanggi. Ia bukan dalam kawasan Taman Negara jadi entri untuk pengalaman eksplorasi gua ni, nantikan entri khasnya.

RELATED POSTS

2 komen

  1. Dah merasa ke sni. Hiking ke bukit terisek tu mmg mencabar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. 2 kawan saya semput dan hampir give up but bila sampai dekat puncak, berseri-seri muka masing-masing. Haha. kepuasan tak tergambar!

      Padam

Comment