Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Kembara Ilmu Cakna Kewartawanan (KICK)

12:33:00 PTG Hasif Hamsyari 6 Comments Category :


Pada 8, 9 dan 10 April 2016 lalu, saya berkesempatan menyertai kem Kembara Ilmu Cakna Kewartawanan (KICK) anjuran Journalism Society (JSoc), UiTM Shah Alam. Sangat sukar untuk tidak menyertai kem ni sebab ia kali pertama JSoc menganjurkan aktiviti luar untuk ahlinya, dan tempatnya bukan calang-calang - Cameron Highland!

Lokasi perkhemahan kami ialah di Kem Sungai Pauh yang terletak tak jauh daripada Kampung Taman Sedia iaitu perkampungan kecil dekat Tanah Rata.

Saya rasa inilah cuti saya untuk cuti mid-semester ni sebab lepas ni akan siapkan esaimen yang berlambak kemudian akan mula sibuk dengan latihan brassband pulak. Sibuk tak sibuk. Haha

HARI PERTAMA (8 APRIL 2016)

Saya sebenarnya selsema dan macam nak demam tapi tetap degil nak pergi atas sebab-sebab yang saya dah sebut sebelum ni. Apalagi sebagai pelajar Kewartawanan, kenalah sokong program-program macam ni! 

Kami bertolak dari UiTM Shah Alam dekat pukul 11 juga dan kami berhenti solat Jumaat di salah sebuah masjid dalam perjalanan.

Sampai je, kami dirikan khemah. Santai. Kemudian, kami diberi ucapan alu-aluan daripada Presiden JSoc, Syaz, Penasihat, Sir Nizam dan Encik Zarul yang akan mengendalikan kami kat sini khususnya daripada aspek bimbingan dan keselamatan.
Done setup khemah.
Khemah lelaki.
Khemah para gadis.
Encik Zarul tengah briefing aktiviti sepanjang kat Kem Sungai Pauh ni.
Kami turut dibahagikan kumpulan yang mana aku termasuk dalam kumpulan merah. Haha.

Dalam pukul lima petang macam tu, aktiviti memasak dah bermula. Potong-potong bawang, sayur, ayam. Itulah yang agak unik sebenarnya. Makanan disediakan oleh pelajar sendiri! Hebat gila diorang ni. Makanan pun sedap jugak! Tapi bantuan daripada pakar macam Sir Nizam dan Sir Abu Yamin pun membantu sebenarnya. Sebab mereka semua nilah, maka makan malam kami sangat menyelerakan.
Bertungkus-lumus semuanya membanting tulang memasak. haha
Kari ayam hasil air tangan pelajar dan pensyarah. Haha. Terliur ke tidak?
Menjelang petang, suasana jadi sejuk bukan main! Sampai bila-bila pun saya takkan lupakan mandi dekat sini. Airnya sejuk macam baru keluar peti ais. Kira macam menyahut cabaran Ice Bucket Challenge pulak. Sumpah tak tipu.

Pemandangan Maghrib yang cantik ya ampun!

Kami solat jamak Maghrib dan Isyak berjemaah dan malam itu, dengan ditemani unggun api hasil kayu api yang kami semua cari, sesi ilmiah santai bermula. Undangan malam itu pulak bukan calang-calang orang. Pemenang Anugerah Kajai 2014 dan lebih 15 anugerah kewartawanan lain di bawah namanya. Dialah Wan Noor Hayati Wan Alias, wartawan prolifik daripada Berita Harian.

Satu perkongsian yang saya sifatkan cukup bermakna dan kagum kerana dia ialah bukti masih ada wartawan yang telus, berani dan berprinsip dalam mengetengahkan sesuatu perkara. Mendengar kegigihan beliau yang selesa digelar Kak Wanti ni sangat memberi inspirasi kepada kami semua sebagai journalist-to-be. Lagi bagus, Kak Wanti yang juga alumni merangkap super senior kami ni sangat baik dan tak lokek ilmu. SOP yang dia bawakan dengan rela hati diberikan kepada kami.

Kalau Kak Wanti membaca catatan ini, terima kasih daun keladi dan moga akak terus sukses. Moga kita berjumpa lagi satu hari nanti dan doakan kami, junior-junior akak ni akan menjadi wartawan berkaliber seperti akak. :)

Lepas tu, kitorang dikejutkan dengan aktiviti Night Walk jenis solo drop yang mana setiap antara kami akan dilepaskan satu demi satu dalam satu jarak yang agak jauh juga. Sejujurnya tak ada masalah pun walaupun adalah jugak baca-baca sebagai tanda bertawakal, kan? Riak dan condifent confident sangat pun tak boleh jugak. Haha. Kali terakhir saya ikut solo drop macam ni ialah semasa Tingkatan 3 kalau tak silap di Gunung Pulai, Johor.

Malam tu, kami tidur dalam cuaca yang sangat sejuk. Nasib baik saya bawak sleeping bag dan itu pun tidur dengan baju berlapis-lapis. Bhahaha.

HARI KEDUA (9 APRIL 2016)

Bangun! Hari ini akan jadi hari yang paling lasak. Seawal enam pagi, kami bangun dan solat Subuh. Yang bahagian memasak mula menyiapkan sarapan pagi. Dalam sejuk embun pagi, terpukau dengan keadaan kawasan kem yang berkabus. Sangat cantik!

Dalam pukul lapan pagi, kami berjoging dalam 600 meter pergi dan balik dari Kem Sungai Pauh ke kawasan berdekatan. Kenapa kena berjoging? Sebab ia sebagai warm-up untuk kami mendaki gunung kejap lagi!

Tapi, joging je tak cukup! Encik Zarul berikan kami exercise yang agak menyakitkan juga, meregang-regangkan otot supaya tiada masalah untuk mendaki gunung yang penuh cabaran ni.

Oleh sebab mendaki gunung ini juga antara aktiviti riadah maka artikel untuk pendakian ni diasingkan di bawah label Hasif Libur. Kalau nak baca, lihat video dan gambar, KLIK SINI (link belum tersedia).

Alhamdulillah, pendakian Gunung Berembun berjalan lancar untuk kesemua kami. Hanya dua orang tercedera di tangan dan kaki. Senang cerita, semuanya masih balik in one piece.

Sepatutnya kami ada satu lagi aktiviti dinamakan Relay Media, ala-ala Explorace tapi dibatalkan sebab melihatkan keadaan kami yang dah macam separuh mati semuanya. Haha. Jadi petang itu semua dibenarkan berehat sahaja sampailah waktu Maghrib.

Usai solat semua, mula semula aktiviti ringan. BBQ! Cukup menyelerakan dengan ayam, sosej, marshmallow, jagung, kentang BBQ semuanya. Berketul-ketul ayam juga saya makan semuanya sebab air tangan magis mereka-mereka yang pandai memasak termasuklah pensyarah-pensyarah saya macam Madam Azlinawati Ngainon, Sir Khairun Nizam Mohammad Yusof dan Sir Abuyamin Salam.

Sambil-sambil tu, aktiviti riadah kami macam kem-kem biasa. Sesi berkenal-kenalan antara pelajar Kewartawanan berlainan semester yang sebelum ni buat tak tahu je kalau jumpa dekat fakulti. Ada game 'Goreng Pisang' yang gramatically salah tapi kekal popular jugak game 2-truths-1-lie. Boleh nampaklah havoc budak MASSCOMM macam mana sedangkan di kawasan perkhemahan lain ada jugak orang. Apapun, keseronokan nilah yang menggambarkan betapa bonding kami mula terbentuk. Moga kekal bukan setakat di fakulti bahkan selamanya. Cewah.

Cukup semuanya, tak ada alasan untuk menjadikan tidur kami tidak nyenyak melainkan kesejukan yang nampaknya kurang sikit berbanding semalam.

HARI KETIGA (10 APRIL 2016)

It's the day to wrap up our camptrip. Lepas sarapan dengan roti sandwich dan berpakaian t-shirt rasmi program ni, kami berkumpul untuk majlis perasmian penutupan. Tak sangka ada hadiah-hadiah rupanya. Jom tengok senarai pemenang.

Kumpulan Paling Kepoh: Biru
Kumpulan Bahasa Jiwa Bangsa: Merah
Kumpulan Seiring Sejalan: Emas
Kumpulan Tak Pandai Tipu: Ungu
Kumpulan Sama-Sama Naik: Hitam
Kumpulan Juara Nyanyian Pisang: Merah Jambu

Pelik-pelik, kan? Kumpulan saya yang warna Merah. Alasannya sebab kumpulan saya paling sopan dan baik tingkah lakunya. Tak tahulah sebagai sindiran atau pujian sebenarnya. Haha.

Lepas tu sesi bergambar semuanya sebelum mula kemas khemah.
Teman dua malam; Barr, Wared dan Syahir. Haha
Scenic view. Macam dalam filem Twilight pun ada.
Sebab cantik sangat, kenalah selfie. Haha.
Ada sebatang sungai yang jernih airnya, sejuk macam air batu.
Favourite shot!
Dengan Jijah dan Hawa.
Dah jom balik!
Sebelum balik ke Shah Alam, kami singgah dulu ke Kampung Taman Sedia yang sangat berdekatan. Dekat sini ada banyak kedai-kedai dan kebun-kebun kecil strawberry. Iyalah, tidak sah kalau tak bawak turun strawberry kalau singgah ke Cameron Highland. Ingatkan nak masuk kebun dan petik sendiri tapi tak cukup masa.
Persinggahan dekat Kampung Taman Sedia, Starzy, RZ Agro Farm.
Dengan Hawa Rizwana.

Jom makan!
Tapi cukuplah untuk menikmati buahnya dan desserts berasaskan strawberry yang sangat sedap ni!
Menu menyelerakan yang semuanya berasaskan strawberry.
Pilihan saya - strawberry sundae! RM6.
Waffle strawberry ice cream. RM6.50.
The famous strawberry chocolate. 1 batang RM2. 3 batang RM5.

Ladang strawberry yang segar!
Alif tak lekang dengan kamera di tangan.
 Kudos to Journalism Society (JSoc), UiTM Shah Alam atas usaha penganjuran kem ni. Dari kaca mata peserta, saya rasakan ia berjaya dan apa-apa kelemahan itu biasa. Untuk penganjuran kali pertama semestinya sudah dikira berjaya. Moga JSoc akan terus maju dan insya-ALLAH, saya akan terus menyokong!

Tahniah juga kepada rakan-rakan lain yang hadir walaupun pada ketika ramai balik kampung sebab cuti mid-sem dah bermula. Moga keluarga Journalism UiTM Shah Alam terus padu dan #journpower !

RELATED POSTS

6 komen

  1. seronoknya ... jadikan kenangan. nanti dah masuk kerja, pasti rindu zaman study :)

    BalasPadam
  2. dah lama x dpt peluang berkhemah, sejak dr zaman matrik dulu lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti Projek Travel buatlah cuti perkhemahan mana-mana. hehe. Nak join jugak. :D

      Padam

Comment