Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Bufet Ramadhan: Lambaian Desa Raja Alang yang Berbaloi!

7:25:00 PTG Hasif Hamsyari 2 Comments Category :

Sampan besar dengan makanan berupa buah-buahan termasuk kurma dan kuih-muih menyambut pelanggan.
Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, tentunya menjadikan Market Front Coffee Terrace di The Regency Hotel pilihan yang sangat strategik untuk menjamu selera, apalagi di kala seluruh negara menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang ditunggu!

Dengan tema Lambaian Desa Raja Alang, juadah berbuka puasa yang dijamin halal pastinya akan mengembalikan kenangan korang dengan masakan kampung yang cukup menggamit rasa.

Saya berpeluang menghadiri preview untuk bufet Ramadhan di sini dan harus saya katakan, dengan bayaran bermula hanya RM60 untuk dewasa, RM35 untuk kanak-kanak dan warga emas, berbuka di di sini tentunya pilihan yang sangat tepat!

Itu belum dikira diskaun 15% bagi pelanggan yang menginap di hotel!

Apa antara masakan dan minuman yang ditawarkan? Tengok ni!
Serasa tak sah kalau pada bulan puasa ni tak ada daging kambing kalau makan di mana-mana yang berkonsepkan bufet!
Nasi minyak.
Ayam masak merah.
Siakap tiga rasa.
Sayur londeh.
Ayam perchik.
Sayur goreng.
Sambal udang.
Daka sayur campur.
Pajeri nenas.
Daging masak hitam kayu manis.
Ruang ulam-ulaman dan aneka sambal.
Ruang celup-celup.
Aneka buah-buahan dan kuih-muih.
Sirap bandung, jus tembikai susu, jagung dan jus buah naga.
Roselle, Anggur, Keladi dan Jus Kurma.
Ha, itulah antara menu yang ditawarkan. Ada banyak lagi tau! Kalau nak tau, korang kena datang dan rasa sendiri.

Sambil menikmati makanan yang disediakan, korang jugak akan dihiburkan dengan kugiran yang memainkan lagu-lagu nostalgia.
Kumpulan kugiran yang menggamit kenangan lagu-lagu nostalgia.
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan sebab pelanggan bukan je dapat menikmati pelbagai jenis hidangan sampai saya sendiri jadi rambang mata untuk memilih, bahkan yang penting, sangat sedap lagi mengenyangkan.

Mana taknya, juadahnya ialah air tangan Ezam Chef yang sangat prolifik dengan kejayaan tersendiri antaranya termasuklah kembara solo ke banyak negara luar memperkenalkan masakan Malaysia!
Saya (paling kanan) bergambar bersama (dari kiri), Kak Puteri daripada Gaya Travel dan orang hebat di dapur The Regency Hotel, Ezam Chef.
Kalau korang mahu menikmati sendiri masakan yang sangat istimewa ni, jangan lupa singgah ke sini dari 11 Jun hingga 3 Julai ini. Masa hari pertama saya pergi, full house tau! Jadi kalau korang mahu cop tempat awal-awal, hubungilah maklumat tertera.

Kalau korang mencari-cari surau, jangan bimbang. Ada surau disediakan di Tingkat 5. Jadi bolehlah korang menunaikan solat dengan tenang di hotel ni!

HOTEL: 
The Regency Hotel Kuala Lumpur
No. 3, Jalan Raja Alang, 
50300 Kuala Lumpur.

TEMPAHAN:
03-2262 2000

LAMAN WEB:
Klik Sini
  

RELATED POSTS

2 komen

Comment