Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Program Imarah Ramadan bersama Alam Flora 2016

12:47:00 PG Hasif Hamsyari 2 Comments Category :

Imarah Ramadan Alam Flora 2016
Saya terfikir juga untuk menyertai aktiviti-aktiviti kesukarelawanan dan keagamaan tambah-tambah di bulan Ramadan yang mulia ni. Sampailah saya mendapat jemputan menjadi duta kecil untuk Program Imarah Ramadan ini.

Selain saya, ada empat lagi blogger yang terpilih termasuklah Abang Mawardi Yunus, Abang Ahmad Fauzi Aryaan, Abang Potia dan Kak Diya Nadia.

Program Imarah Ramadan 2016 ni dianjurkan sebagai salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora). Ini adalah kali pertama majlis begini dianjurkan dan bakal diteruskan secara konsisten. Surau Ibrahimiah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur adalah lokasi yang dipilih. Kenapa? Sebab surau ni selalu menjadi kegunaan kakitangan Alam Flora yang kebetulan terletak berdekatan. Kira ini timbang balas jugalah.

Apa aktiviti yang dilakukan?

1. Gotong-royong
Petugas Alam Flora sedang membersihkan ruangan wuduk.
Sebagai sebuah badan korporat yang membawa imej penjagaan kebersihan alam sekitar, Alam Flora menekankan konsep 5S yang dipinjamkan daripada amalan mulia masyarakat Jepun iaitu:

  1. seiri (Melayu: sisih / English: sort)
  2. seiton (Melayu: susun / English: set in order)
  3. seiso (Melayu: sapu / English: shine)
  4. seiketsu (Melayu: seragam / English: standardize)
  5. shitsuke (melayu: sentiasa amal / English: sustain)

Saya difahamkan melalui program Imarah Ramadan ni, Surau Ibrahimiah telah menjadi surau pertama yang mengaplikasikan konsep 5S sepenuhnya, hasil gotong-royong kakitangan Alam Flora yang bertungkus-lumus, difahamkan sejak dua minggu sebelum lagi!

Apa je yang diorang tak buat? Kakitangan Alam Flora bukan je mengemas surau luar dan dalam, bahkan turut menyumbang beberapa perkakas dan alatan yang menambah keselesaan pengguna surau termasuklah permaidani, rehal, rak kasut, gas pemadam api, tabung kutipan derma masjid dan naskhah-naskhah al-Quran.
Mengecat ruangan parkir untuk motorsikal dan kereta.
Kata-kata nasihat dan panduan untuk pengguna surau juga disediakan.
Meja mengaji dan rehal jugak turut disumbangkan Alam Flora kepada masjid ini.
Bayangkanlah besarnya pahala di bulan puasa ni untuk semua yang bertungkus-lumus bergotong-royong. Surau ini digunakan secara aktif setiap hari, apalagi di bulan puasa dan barang sedikit daripada pahala sesiapa yang singgah, ada sahamnya buat mereka yang bersusah-payah memudahkan semua. Syabas, Alam Flora!

2. Agihan Bubur Lambuk
Datuk Haji Mohd Zain menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada orang kampung.
Bulan Ramadan memang selalu meriah dengan bubur lambuk. Sebab itu Alam Flora pun tidak ketinggalan menyediakan hidangan ni untuk sesiapa yang datang. Sudahlah percuma, sedap pulak tu! Tambah sentimental, ha, bekas yang digunakan tu ialah bekas yang berkualiti daripada IKEA tau. Haha.

Tambah bermakna lagi, sesi memasak bubur lambuk ini jugak dikendalikan secara bersama antara warga Alam Flora dengan AJK Surau Ibrahimiah. Betapa terlihat permuafakatan yang sangatlah wajar diraikan pada bulan yang lebih baik daripada seribu bulan ni.
AJK surau dan kakitangan Alam Flora sama-sama menyediakan bubur lambuk.
Agihan bubur lambuk ni menjadi makin meriah dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora sendiri, Datuk Haji Mohd Zain Haji Hassan. Beliau turut turun padang mengagihkan bubur lambuk kepada orang kampung.

Di samping penyerahan bubur lambuk ini juga, Alam Flora turut menyebarkan risalah SAS iaitu risalah yang menerangkan tentang penguatkuasaan di mana setiap premis wajib mengasingkan sisa pepejal termasuk di rumah-rumah.

Peraturan yang sangat bermanfaat demi masa depan ini dikuatkuasakan di semua  negeri yang menerimapakai Akta 672 iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Perlis.

3. Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Syamsul DEBAT
Ustaz Syamsul Debat adalah antara nama yang makin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia disebabkan gaya ceramah beliau yang cukup santai, kelakar tetapi padat dengan ilmu bermanfaat. Jujur, saya dan rakan-rakan blogger lain berasa sangat bertuah kerana mendapat peluang untuk mendengar sendiri ceramah beliau bertajuk "Kebersihan dan Pembaziran Sempena Menyambut Aidilfitri".

Apa yang pasti, semua hadirin jelas sangat bersenang hati. 30 minit sementara menunggu waktu berbuka terasa sangat sekejap kala mendengar ceramah beliau.
Ustaz Syamsul Debat ketika menyampaikan tazkirah.
4. Sumbangan kepada Anak Yatim dan Asnaf
Datuk Haji Mohd Zain (tengah, berbaju Melayu merah) bergambar kenangan bersama anak-anak yatim dan asnaf yang menerima sumbangan raya.
Pada Ayat 9-10 Surah ad-Dhuha, Allah menyebut, "Pada anak yatim itu ada penawar yang menyembuhkan. Pada anak yatim itu juga ada racun yang sangat menyakitkan. Sekiranya hatimu sanggup dan rela dengan kesusahan mereka ertinya kau lupa dengan pesan Allah ini. Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berkasar, dan terhadap pengemis janganlah kau herdik."

Betapalah hati saya luluh lihat kanak-kanak seawal usia tiga tahun tiada ayah dan tiada berbapa sampai terpasang impian, kalaulah saya ini berharta dan berjaya, mahu saya membela barang seorang dua anak yatim ini. Cukup untuk meletakkan diri kita di tempat mereka, pasti ia bukan sesuatu yang mudah.

Ayuh kita renung ayat yang diriwayatkan oleh Sahl bin Saad r.a. yang katanya: Nabi Muhammad SAW telah bersabda : "Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini - sambil Baginda menunjuk dengan kedua-dua jarinya - jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya, sebagai isyarat rapatnya mereka dan duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga). (Hadis Riwayat Bukhari). Subhanallah!

Alam Flora menerusi Datuk Haji Mohd Zain telah menyampaikan sumbangan ini kepada 19 anak yatim dan 11 asnaf. Kata-kata Datuk sangat terkesan pada saya betapa dengan penuh rendah diri, beliau mengingatkan bahawa sumbangan ini adalah pulangan semula atas tanggungjawab daripada Allah SWT.

Sungguh, pengisian ini antara yang menjadikan kehadiran saya menyertai program ini terasa amat bererti.
5. Berbuka Puasa Bersama-sama
Keberkatan bulan Ramadan tentunya lebih dirasai jika kita beriftar beramai-ramai. Alhamdulillah, saya turut gembira apabila dapat berbuka puasa bersama-sama dengan orang kampung, anak-anak yatim dan asnaf, warga Alam Flora dan rakan-rakan blogger. Apalagi dengan juadah enak yang disediakan, pastinya iftar kali ini sangat bermakna buat semua.

6. Solat Berjemaah

Program yang sangat bermanfaat ni disudahi dengan Solat Maghrib, Isyak dan Terawih bersama-sama. Demikianlah bagai diperingatkan Ustaz Syamsul Debat, solat berjemaah ini lebih baik daripada solat bersendirian dengan 27 darjat. 

Alhamdulillah, terisi juga Ramadan saya dengan aktiviti cukup bermakna begini. Saya mahu ucapkan jutaan terima kasih kepada Alam Flora atas kepercayaan menjadikan saya sebagai duta kecil untuk program ini.

KLIK SINI untuk lihat video yang saya sediakan sepanjang program ini berlangsung.

Kepada korang yang nak sertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan macam ni, jangan lupa follow Alam Flora di FACEBOOK dan INSTAGRAM atau selalulah jenguk laman web diorang di www.alamflora.com.my .

KENALI ALAM FLORA

Ditubuhkan pada tahun kelahiran saya, 1995, anak syarikat DRB-Hicom ni ialah salah sebuah syarikat pengurusan alam sekitar yang terbesar di Malaysia. Secara umumnya, tanggungjawab hakikinya sudah semestinya mengurus alam sekitar. Ini termasuklah menyediakan perkhidmatan kutipan sisa termasuk domestik selain secara aktif menganjurkan pelbagai aktiviti kesedaran dan kemasyarakatan berkaitan kebersihan. Antara projek yang sudah terlaksana termasuklah kempen 'Love Food, Hate Waste' dan Program Imarah Ramadan ini.

Baru-baru ini, Alam Flora turut mengambil bahagian dalam Royal Floria Putrajaya sebagai salah satu pempamer.

BACA: Eat, Travel, Doodle 2016 dan Royal Floria Putrajaya 

Alam Flora turut menyediakan perkhidmatan pembersihan tempat-tempat awam, pemotongan rumput, pembersihan tempat pembuangan sampah, pengkomposan sisa makanan, perkhidmatan landskap dan banyak lagi.

RELATED POSTS

2 komen

  1. seronokkan hari tu..first time jmpa hasif..sekali org melaka jg huhu..hi org kg lolss

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok2! haha. selamat beraya kak. gembira jugak jumpa dan kenal akak! :D

      Padam

Comment