Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Raya Aidilfitri 2016!

8:37:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :

Tengah berkemas sebenarnya untuk trip tajaan ke pulau-pulau di Mersing, kemudian terfikir, "Entri raya tak buat lagi ni." Jadi, inilah dia entri raya saya sebelum bertolak ke Mersing dan kemudian ke Bentong, Pahang.

Raya saya tahun ni disambut sederhana saja. Masih lagi setia dengan baju AaronAzizXJakel cuma kali ini warna ungu. Tahun lepas merah dekat nak pink.

Macam biasa, pagi raya pergi bersolat raya dengan abah dan adik-adik. Bersalaman dan bermaaf-maafan antara kami sekeluarga, termasuklah adik-beradik. Paling tak boleh blah, adik saya paling bongsu. Aidil, 9 tahun. Haha.

Sebagai paling bongsu, dialah yang kena salam dan minta maaf daripada semua ahli keluarga yang lebih tua, termasuklah abang dia, Aiman, 11 tahun. Itu okey lagi. Membudayakan budaya maaf-bermaafan memang cukup bagus sedari di usia begini. Cuma dari tahun lepas lagi, Aidil jenis tak reti nak buka mulut hatta untuk satu perkataan maaf pun. Dia macam terkelu lidah sebab terlalu hiba. Haha.

Adik oh adik.

Tapi memang rasa keikhlasan dia dan nampak jelas kat muka dia seolah-olah sedar diri sendiri 'aku banyak buat dosa'. Haha.
Keluarga Mohd Jelani.
Wajah kesayangan hamba, Aini Musa dan Mohd Jelani Yusop. :D
Adik-beradik. Dari kiri: Hazman Aidil, Hanisah, Hamizan, saya dan Hanif Aiman.
Tak tahu nak cakap banyak sebab rutinnya saya jamin lebih kurang sama dengan korang jugak. Ziarah rumah datuk dan nenek saya yang hanya lebih kurang 5 minit kalau ke sebelah mak, dan 20 minit ke sebelah abah. Kampung saya dua-dua di Melaka. Dan tak sangka rupanya sekampung dengan blogger Kak Diya Nadia di Pokok Mangga, Melaka! Haha. Mesti ada bau-bau bacang ke apa ni.

Memang bercadang nak buat rumah terbuka macam tahun-tahun sebelumnya tapi sebab agak sibuk jugak pergi rumah terbuka sana, rumah terbuka sini dan kemudian saya pun balik asrama. Almaklumlah, budak-budak UiTM beraya dengan buku sebab ada peperiksaan akhir lepas raya, bukan dengan ketupat rendang sila nikmati, penat dimasak malam ke pagi.

Ha! Terfikir pulak pasal duit raya. Alhamdulillah, masih lagi menerima duit raya di usia 21 tahun. Terima kasihlah yang memahami betapa mahasiswa hari ini lebih perlukan duit daripada adik-adik sekolah yang mahu beli bunga api. Hehehe. Jahat tidak.

Apapun, saya dengan ini nak mengucapkan jugak Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Maafkan keterlanjuran saya dalam apa jua cara, dan salam kosong-kosong!

Here's a picture to end this entry! 
:)

RELATED POSTS

0 komen

Comment