Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Sam Tsui & Kurt Hugo Schneider Live in Kuala Lumpur 2016

2:04:00 PTG Hasif Hamsyari 2 Comments Category :

Siapa yang tak kenal dengan dua penyanyi YouTube 'gergasi', Sam Tsui dan Kurt Hugo Schneider (KHS)! Dengan lebih satu bilion penonton dan hampir 10 juta pengikut di YouTube sekali gus meletakkan diorang ni sebagai antara artis kelahiran YouTube yang paling berpengaruh di dunia!

Siap sangka, dari hanya melalui menyanyikan semula lagu-lagu popular, hari ini dua bintang ini menjadi sebutan di seluruh dunia!

Dan saya berasa cukup bertuah kerana dalam sesi jelajah dunia mereka yang salah satu persinggahannya ialah di Kuala Lumpur, saya terpilih untuk menyaksikan sendiri persembahan yang cukup mengujakan daripada duo yang cukup lincah beraksi.

Bertempat di Avenue K Rooftop, Kuala Lumpur, konsert ini dibawakan oleh Creon Asia dan rakan media yang membawakan saya ke konsert ini ialah iM4U FM.
Bercakap soal lokasi, ini kali pertama saya singgah ke Avenue K Rooftop ni dan... pergh! Pemandangannya cukup menakjubkan. Pentas betul-betul membelakangkan bangunan KLCC yang gah tersergam. Cuma agak cacat sedikit dengan pembinaan bangunan di sebelah. Haisy. Nasib baik tak menjejaskan sangat tumpuan mendengar lagu-lagu yang dipersembahkan.
Juanita and Sheikh during the show.
Pembuka tirai malam itu ialah daripada kumpulan DVATHEDUO yang dianggotai oleh Juanita Ramayah dan Sheikh. You heard it right, people! Kalau korang penonton tegar saluran GoAsean 730, nama Juanita Ramayah memang tak asing lagi. I must admit that she is one of my favourite GoAsean hosts and here she is, singing in front of me!
 
Grup ni masih terlalu baru jadi pastinya lepas ni ramai akan menantikan perkembangan diorang dan saya salah seorang daripadanya!
Tiffany Alvord during the show.
Kemudian muncul seorang lagi penyanyi yang bermula dari YouTube, si manis Tiffany Alvord! Dengan lebih 500 juta penonton dan 2.8 juta pengikut di YouTube, dia mendendangkan beberapa buah lagu termasuk medley lagu cinta dan pastinya yang menarik perhatian ialah cover lagu 'No' oleh Meghan Trainor. I must say, she is very lovely!

KHS membuat 'teaser' apabila mengiringi persembahan Tiffany Alvord untuk satu lagu dan selepas itu, barulah pentas mula hangat sepenuhnya!

Sam Tsui, yang paling dinantikan menghangatkan pentas seawal lagu pertama lagi. Dan satu pujian wajar diberikan sebab tenaganya sangat bertahan dari awal sampai habis! Dengan diiringi duonya yang tak asing lagi, KHS, persembahan hampir dua jam ternyata menggamatkan suasana!
Sam Tsui sangat lincah seawal persembahan pembukaannya sampai tamat acara!
Antara skill yang dipamerkan, membuktikan betapa unik dan berbakatnya duo ni, bukan semata-mata di dalam video bahkan secara LIVE!
Setiap lagu turut dinyanyikan bersama peminat.

Antara lagu yang dibawakan termasuklah cover dan mashup lagu-lagu popular seperti When I'm Gone, Send My Love, This is What You Came For, Stressed Out, Love Yourself termasuklah lagu-lagu karya mereka sendiri seperti Secret dan Grey Area. Kalau tanya lagu mereka yang paling mendapat perhatian saya, Perfect Storm! Malah ada lagu yang belum pun diterbitkan di mana-mana dan dipentaskan buat pertama kali di sini!
Dan yang menggamit suasana menjadi agak sayu adalah apabila duo ini membuat tribute istimewa untuk mendiang Christina Grimmie, bintang The Voice yang juga penyanyi YouTube yang meninggal dunia ketika konsertnya bulan lepas. Suasana menjadi sangat sentimental dengan alunan lagu popularnya yang pernah dinyanyikan secara bersama dengan Sam Tsui dan KHS lima tahun lalu, 'Just A Dream'.

Dari pukul 8 malam sampai 11 malam, show ni dikira berjaya untuk Sam Tsui dan KHS. Tapi bagi penganjur, ada kelemahan yang boleh dibaiki. Tu jelah nak cakap. Haha.
Hope to see you again someday, Sam Tsui and KHS!
As for me, I really enjoyed the concert. And of course I'll be looking forward for Sam Tsui and KHS next, promising show here in Kuala Lumpur again! 

Sekali lagi, terima kasih iM4U FM dan Creon Asia!

p/s: Gambar dan video mungkin kurang kualiti sebab kamera DSLR dan GoPro tak dibenarkan. Pheww...

RELATED POSTS

2 komen

  1. Ruginya lahaii camera tak dibenarkan :(
    Apa pun, tetap enjoy the night!
    nice video, nanti upload ya yang full version :)

    BalasPadam
  2. Kann... Betul tu, nasib baik persembahan malam tu memang terbaik! Video cuma di instagram tu je kak. Tak cukup bahan nak letak di channel YouTube. hihi

    BalasPadam

Comment