Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Glamping di Caravan Serai Exclusive Private Villas!

8:00:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category : ,


Glamping atau glamor camping ialah trend percutian yang makin mendapat perhatian tapi ramai antara kita masih belum tahu mengenainya. Dan kalau anda mahu berkenal-kenalan dengan apa sebenarnya glamping ini, saya mahu cadangkan satu tapak glamping yang terkenal dalam kalangan kaki glamping.

Kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur, tak ramai yang tahu bahawa terdapat sebuah tapak glamping di Bentong, Pahang. Dan tapak glamping itu dinamakan Caravan Serai Exclusive Private Villas!

KLIK SINI untuk tonton video travelog di  
Caravan Serai Exclusive Private Villas!

Kehadiran saya bersama dua orang lagi rakan disambut resepsionis yang sangat ramah sebelum Christie hadir sama.

Kebetulan, ada satu majlis sedang berlangsung ketika itu dan saya bersama-sama seorang lagi rakan bersetuju membantu Christie menangkap gambar sekitar majlis.

Selepas itu, barulah kitorang dapat berehat dan menikmati percutian glamping yang sangat istimewa ini. Manakan tidak, kitorang dimaklumkan hanya kami yang akan menginap di sini selama dua hari satu malam. Barangkali kerana saya memilih tarikh hari bekerja jadi memang kawasan ini sunyi sepi sebab tiada orang kecuali kitorang dan pekerja yang sentiasa manis melayan kitorang semua.

Perkara yang paling jelas membezakan glamping dan camping ialah dari segi keselesaan. Kalau konsep camping lebih kepada sekadar mendapatkan tempat tidur tanpa mempedulikan ruang yang sempit atau lantai tanah yang berlekuk-lekuk dan berhadapan risiko seperti khemah akan basah ketika hujan, runtuh bila angin kuat dan kemungkinan ada 'serangan' serangga menggelikan atau berbahaya, glamping adalah segala yang kontra!

Glamping mendefinisikan konsep percutian outdoor yang cukup selesa dengan khemah yang luas, katil yang empuk, sudut santai dengan kerusi dan meja, jauh dari apa-apa risiko termasuk serangga bahkan pada sesuatu kawasan glamping seperti di Caravan Serai Exclusive Private Villas ini, tandas yang bercantum dengan khemah juga ada!

Jom tengok apa yang ada di khemah saya.

Khemah saya dinamakan Deluxe Safari Tent. Seperti yang saya katakan, di khemah ini terdapat sebuah katil bersaiz queen untuk dua orang dan perkakas asas macam kerusi dan meja. Tapi yang menjadi highlight ialah, khemah saya turut dilengkapi dengan pendingin hawa dan jugak tandas bercantum!
Beginilah rupa khemah sebaik kaki melangkah masuk. Cantik, kan?!
Meja dan kerusi untuk bersantai. Hujung tu ada air-conditioning!
Ruang tandas yang luas dan selesa.
Lebih beruntung lagi, di hadapan khemah saya terdapat sebuah kolam renang yang bersaiz sederhana. Cukuplah untuk kami berempat bersantai. Apatah lagi, kolam ini bukan diisi dengan air paip sebaliknya air sungai!
Bergambar di hadapan khemah kami.
Apa aktiviti dekat sini?

Petang selepas kami sampai kat sini, kami cuma bersantai. Merendam kaki di tepi kolam sambil ada member yang mandi.

MAKAN MALAM STEAMBOAT DAN BARBECUE
Ada gaya chef selebriti tak? Ahahaha
Dalam pukul lapan malam, kami bersiap untuk makan malam. Ada dua jenis hidangan yang boleh dipilih iaitu steamboat atau BBQ. Memandangkan kami empat orang, jadi sepakatlah semua untuk memilih dua kepala untuk steamboat dan dua lagi untuk BBQ. Dapatlah rasa kedua-duanya sekali.

Apa yang saya boleh katakan, memang portion dia banyak gila. Kenyang yang amat! Sebenarnya, korang pun boleh pilih sama ada nak makan kat ruangan terbuka macam yang kami pilih ini atau di Keratong Riverside Restaurant diorang. Kami pilih ruangan terbuka sebab ada BBQ port dan lagi satu esok pagi pun kami akan minum pagi di Keratong Riverside Restaurant tu.
Makanan untuk steamboat. Hehe..
Makanan banyak buat kami tidur dengan lena gila malam tu!
BERBASIKAL

Sebenarnya berbasikal ialah aktiviti yang disediakan untuk waktu siang hari. Cuma sementara kami bersantai dengan pekerja di situ, kami pun ambil lah kesempatan untuk turut berbasikal. Itu pun sekejap saja. Sekadar merasa.

Tenang gila berbasikal dekat sini walaupun sekadar di kawasan dalam Caravan Serai Exclusive Private Villas ni. Kalau waktu malam pun dah rasa sangat santai lagi tenang, mesti kalau waktu pagi jauh lebih best.

Dan kemudian kami masuk khemah, layan satu filem daripada komputer riba saya sebelum tidur.

NATURE WALK
Kalau morning walk ni, korang kena nikmati juga pemandangan sekeliling, jangan asyik pandang bawah je. Haha.
Paginya, dalam pukul lapan, kami bersiap untuk aktiviti nature walk. Konsepnya sama macam night walk cuma nature walk ini waktunya pagi.

Aktivitinya tak berat sangat. Sangat sesuai dijadikan aktiviti berkeluarga. Laluannya pun tak terlalu susah. Kami dibawa mendaki bukit dan menikmati pemandangan yang tak kurang awesome dari situ. Kemudian dalam perjalanan menuruni bukit, kami diberi pengalaman menoreh getah dan meredah sungai (river-crossing). Pasal kasut korang tak perlu risau. But kuning pun disediakan sebelum korang memulakan morning walk ni.

Tapi walaupun aktiviti ni tak mencabar sangat, adalah dinasihatkan untuk tetap korang buat aktiviti memanaskan badan. Pada sesetengah orang, akan cepat mengah juga walaupun part mendaki tu taklah tinggi sangat.
Bergaya bangun tidur dengan kasut Phua Chu Kang. Haha
Pemandangan yang mengagumkan bila sampai ke puncak.
Pertama kali belajar menoreh getah. Haha
 SARAPAN PAGI
Bersedia untuk mengisi perut!
Sarapan kami yang simple tapi sangat tempting!
Kemudian, kami dipelawa untuk bersarapan. Sarapannya simple saja; cuma nasi goreng dengan sosej dan nugget ayam tapi sedap jugak! Mungkin sebab pagi tu semua tengah kebulur, maka dengan berseleranya kami semua habiskan sarapan.

AKTIVITI LAIN

Mahu rasanya kami tidur untuk satu malam lagi di sini. Tapi disebabkan faktor tugasan lain yang perlu kami lakukan balik rumah masing-masing nanti, maka memang tak ada pilihan lain. Rugi juga sebab ada banyak lagi aktiviti best yang boleh dibuat kat sini? Apa dia? Nah:
  • Karaoke
  • ATV Ride
  • Tele-match
  • Volleyball
  • Ping Pong
  • Paintball
Exciting kan aktiviti dekat sini?!

KEMUDAHAN LAIN

Terdapat 13 unit Deluxe Safari Tent dekat sini dan selain tu, ada juga Caravan Suite. Caravan Suite ni lebih macam rumah kecil yang agak mewah di dalam kawasan yang dekat dengan hutan.

Surau untuk lelaki dan perempuan juga turut disediakan jadi korang tak perlu risau tercari-cari tempat untuk bersolat atau tertanya-tanya dekat mana arah kiblat. Bahkan kalau korang mahu rasa selesa, boleh sahaja bersolat di khemah masing-masing memandangkan khemah tu sangatlah luas.

Airbed yang selesa!
Kalau korang rasa mahu sewa satu khemah sahaja yang pada asalnya cuma muat dua orang, korang masih boleh ajak yang dua orang lagi tidur dalam khemah sama. Kan dah kata, khemah ini sangat luas! Tapi tak bermaknalah korang tanpa hati perut biarkan yang dua lagi tidur atas lantai karpet tu. Haha. Demi memaksimakan keselesaan untuk semua, korang boleh minta katil angin (air-bed) daripada pihak Caravan Serai Exclusive Private Villas sendiri. Jadi semua akan menikmati tidur yang sangat lena.

Wi-Fi? Harap maaf, ya. Dekat sini tiada wi-fi dan signal pun susah dapat. Tapi apa salahnya untuk betul-betul menghabiskan masa dengan orang tersayang dengan sepenuhnya dan menjauhkan diri buat seketika dari dunia luar? Manfaat masa yang ada semaksima mungkin!

Kedai serbaneka pun ada jugak dekat sini. Kalau korang nak beli snek sambil bersantai tepi kolam atau water gun untuk main air pun ada jugak. Pendek cerita, korang boleh enjoy percutian glamping ni pada tahap paling maksima weyh!

Selain tu, kalau korang rasa nak buat gathering ke, reunion ke, team building ke, Caravan Serai Exclusive Private Villas ni sangat sesuai. Segala kemudahan seperti yang saya dah katakan. Sebagai tambahan, kat sini pun jugak ada camp fire tau!
Kalau pada waktu malam, mesti akan lagi hidup ruangan camp fire ni. Tambah-tambah ada gitar. Pergh!
Lokasi wajib bergambar sebagai kenangan!

Saya dah rasai sendiri pengalaman glamping buat pertama kali. Kalau korang sendiri nak rasa, cepat-cepat hubungi nombor pada maklumat yang tertera!

ALAMAT:
Caravan Serai Exclusive Private Villas
Lot 3159& 3160, 12 3/4 Mile Jalan Tras,
28700 Bentong, Pahang Darul Makmur,
Malaysia

KEDUDUKAN:
Latitude: 3.623948 Longitude: 101.873007

NOMBOR TELEFON
03-7972 3655 / 016-213 7387

FACEBOOK
KLIK SINI 

==================================================
Berikut ialah kadar harga dekat sini. Korang bolehlah buat pilihan mengikut bajet masing-masing. Apa yang pasti, memang sangat berbaloi!

*Promosi yang dinyatakan boleh juga didapati di Groupon.my . Update: 14 Ogos 2016

PAKEJ PROMOSI UNTUK 2 HARI 1 MALAM (2D1N)

Hari biasa (Isnin-Khamis) termasuk sarapan pagi dan aktiviti 'Nature Walk' untuk dua (2) orang
  • RM198 - 1 unit Deluxe Safari Tent dengan pendingin hawa dan katil bersaiz queen 
  • RM188 - 1 unit Deluxe Safari Tent dengan kipas (standing fan) dan katil single twin-sharing

Hari biasa (Isnin-Khamis) termasuk sarapan pagi, aktiviti 'Nature Walk' dan steamboat untuk empat (4) orang
  • RM518 - 2 unit Deluxe Safari Tent dengan kipas (standing fan) dan katil single twin-sharing

Hari biasa pada waktu puncak (Isnin-Khamis) termasuk sarapan pagi dan aktiviti 'Nature Walk' untuk dua (2) orang
  • RM308 - 1 unit Deluxe Safari Tent dengan pendingin hawa dan katil bersaiz queen 
  • RM298 - 1 unit Deluxe Safari Tent dengan kipas (standing fan) dan katil single twin-sharing

Hari biasa pada waktu puncak (Isnin-Khamis) termasuk sarapan pagi, aktiviti 'Nature Walk' dan steamboat untuk empat (4) orang
  • RM718 - 2 unit Deluxe Safari Tent dengan kipas (standing fan) dan katil single twin-sharing

Hujung minggu biasa (Jumaat-Ahad) termasuk sarapan pagi dan aktiviti Nature Walk untuk dua (2) orang
  • RM288 - 1 unit Deluxe Safari Tent dengan pendingin hawa / kipas (standing fan) dan katil saiz queen / single twin-sharing

Hujung minggu pada waktu puncak (Jumaat-Ahad) termasuk sarapan pagi, aktiviti Nature Walk untuk dua (2) orang
  • RM358 - 1 unit Deluxe Safari Tent dengan pendingin hawa / kipas (standing fan) dan katil saiz queen / single twin-sharing
===========================================================
A picture to end this entry!
Terima kasih Caravan Serai Exclusive Private Villas!
================================================================
Artikel tulisan saya mengenai Caravan Serai Exclusive Private Villas turut diterbitkan dalam Majalah BackPackerz Vol.09. Dapatkan!

RELATED POSTS

0 komen

Comment