Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Inap dalam Suasana Moden-Tradisional di The Rucksack Caratel

1:59:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :

Lokasi penginapan yang saya mahu kongsikan kali ini memang agak tersorok. Ia terletak di hujung Jalan Banda Kaba yang sebenarnya sibuk dengan kereta yang lalu-lalang. Tapi tak ramai yang tahu di sinilah terletaknya sebuah rumah penginapan yang cukup bergaya dengan kombinasi moden dan tradisional malah diiktiraf sebagai antara penginapan terbaik di Melaka di gomelaka.com !

Walaupun agak tersorok, sebenarnya lokasi ini sangat strategik juga sebab betul-betul di tengah bandaraya Melaka. Banyak sangat tarikan yang berdekatan, cukup dengan sekadar berjalan kaki atau berbasikal pun boleh.

Jom ikuti pengalaman saya bermalam di The Rucksack Caratel!


LOBI
Kaunter resepsi yang akan menyambut korang.
Lupakan sekejap bayangan sebuah lobi hotel yang selalunya tampak elegan dan eksklusif sebab di The Rucksack Caratel ni, yang akan menyambut korang adalah sebuah lobi dengan penataan gaya yang kuat dengan gaya hipster. Sebab tu kawasan lobi ini jugak cukup mesra untuk pengguna Instagram. Ha, faham-fahamlah kenapa. Haha.

Air mineral dengan perahan limau untuk menghilangkan dahaga korang berdekatan kaunter.
Selain tu, di ruang lobi yang agak luas ini juga mementingkan ruang untuk pelawatnya bersosial dengan banyak ruang untuk bersantai dengan kerusi dan meja yang ada menggunakan bahan terpakai, selain ruang untuk permainan meja foosball.

Di sini juga ada televisyen dan pada waktu tertentu seperti tayangan perlawanan bola sepak atau badminton, skrin LCD akan diturunkan untuk memberi pengalaman menonton perlawanan dengan lebih maksima. Apalagi, sambil-sambil tu boleh berkenalan dengan pengunjung lain yang berkongsi minat sama.

Basikal lama dan tayar antara elemen yang menjadikan ruang lobi di sini agak lari daripada kebiasaan.
Antara sudut santai yang memenuhi ruang lobi.
Ruang kreatif dengan poster negara-negara yang menguatkan elemen hipster.
Meja foosball untuk korang bersantai di ruang lobi.
Wefie jap.
Di luar kawasan lobi juga memang ditatarias dengan cukup kreatif, dari sentuhan perabot kayu hinggalah barang terpakai termasuk tong.
Ruang alfresco. Bolehlah bersantai atau bersarapan di sini jugak.
Sudut santai daripada tong terpakai menjadi ruang yang sangat cantik!

BILIK
Bilik saya - Deluxe King.
Terdapat jenis bilik yang ditawarkan mengikut kategori seperti Standard Twin, Deluxe Twin, Superior King, Deluxe King, Premier Deluxe King, Garden Suite dengan jakuzi, Family Deluxe dan Caravan Deluxe. Harga berbeza bukan setakat kerana keluasan dan kemudahan, bahkan kerana pemandangan jugak tau. Dekat sini, anda boleh pilih sama ada nak pemandangan jalan belakang, kolam atau taman.

Bilik yang selalu menjadi pilihan yang mana saya juga bermalam ialah di bilik jenis Deluxe King dengan pemandangan taman dengan nama bilik Lavender 118.
Lavender 118.
Menariknya, dari bilik saya ni, bukan sekadar dapat lihat pemandangan taman yang biasa-biasa tau. Maksud saya, tamannya ialah taman daripada Istana Kesultanan Melayu Melaka. Sebab tu, bangunan Istana Kesultanan Melayu Melaka yang cukup ikonik tu pun boleh nampak daripada bilik ni!

Saya cukup suka dengan desain bilik ni yang sangat moden dengan penataan warna yang lembut. Dengan pemandangan taman yang menghijau, tak terasa pun sebenarnya saya sedang berada di tengah-tengah bandar. Tambah-tambah dengan ilustrasi hitam putih menyuntik elemen yang vintaj pada suasana yang menenangkan.
Penataan gaya menjadikan bilik ini tampak sangat selesa.
Beginilah rupa bilik saya.
Tandas dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk mandi dan membuang air. Kemudahan air panas disediakan. Manakala sinki pula terletak di luar tandas dan ia terpisah dengan satu partisyen panjang sebelah katil. Susun atur ini sekali gus memberi sentuhan gaya bilik moden tapi masih mengutamakan penggunaan ruang yang cukup simple.
Ruang mandi.
Ruang tandas.
Di partisyen ini terdapat kemudahan lain jugak macam pengering rambut, set mandian dan penjagaan diri yang lengkap, tuala mandi, tuala muka serta cerek, cawan dan beberapa uncang teh, kopi dan paket gula.
Set mandian dan penjagaan diri yang serba lengkap.
Dua air minuman, set cerek dan cawan dan uncang kopi dan teh.
Peti simpanan, tuala mandi, tuala muka dan selipar turut disediakan di partisyen ni.
Set televisyen jugak disediakan berhadapan dengan katil dan tempat penyangkut baju pun tersedia tapi bukan di dalam almari tau.

Secara keseluruhan, biliknya sangat simple dan menekankan konsep minimalis tapi cukup moden. Tapi apa yang lebih penting ialah keselesaan. Dengan harga satu malam yang berpatutan, di sinilah lokasi yang best kalau nak lari daripada hiruk-pikuk bandar di kawasan bandar sendiri.

Satu lagi signature The Rucksack Caratel ialah Caravan Suite. Di bilik-bilik yang terdapat di kawasan lobi ni lebih sesuai untuk korang yang mahu menginap dengan gaya backpackers sebab biliknya agak kecil dan dimuatkan dengan kemudahan asas sahaja, seolah-olah seperti di dalam sebuah caravan. Sebab itu reka bentuknya juga menyerupai sebuah caravan.
Caravan Suites dengan gaya seumpama sebuah caravan.
Begitupun, korang mesti akan tergamam sebab dengan interior yang dipersembahkan, setiap bilik tampak sangat unik, moden dan selesa.

Salah satu bilik daripada jenis Caravan Suites.
Walaupun ruangnya agak kecil, tapi semua kelengkapan tersedia.
Ruang tandas yang agak menarik.
Bilik-bilik jenis Caravan Suite ni pun dinamakan dengan nama-nama yang cukup nostalgik tau contohnya macam Marilyn Monroe, Elvis Presley dan Joon Jett. Sebab tu kesannya membuatkan ruang lobi tampak lebih hipster.

KOLAM RENANG
Ruang kolam renang yang sangat menenangkan.
I have always looking forward when visiting a resort/hotel's swimming pool. Di The Rucksack Caratel, saya boleh katakan yang kolamnya agak menyeronokkan jugak. Walaupun bersaiz sederhana besar, tapi sekitarnya terasa cukup mendamaikan. Apalagi dengan pemandangan taman Istana Kesultanan Melayu Melaka yang cukup menghijau.

Selain tu, ruangan kolam ni pun akan dipasangkan lagu-lagu yang cukup untuk menjadi terapi supaya korang mendapat suasana untuk istirehat yang berkualiti.
Seronok mandi-manda lagi-lagi di siang yang panas membahang!

SARAPAN PAGI
Sarapan saya.
Sebenarnya di sini tiada kafe tersedia pun. Tapi sarapan pagi memang disediakan di ruang lobi jugak. Hidangannya biasa-biasa saja - roti bakar dengan jem, nasi lemak, mihun goreng, kopi, teh. Tapi dengan ambiance hipster di sekitar kawasan lobi, terasa lain sebenarnya menikmati sarapan di sini.
Kenyang!
KEMUDAHAN LAIN 

Kalau korang rasa malas nak jalan kaki ke tarikan-tarikan yang berdekatan, The Rucksack Caratel menyediakan kemudahan untuk korang menyewa basikal tau. Di tengah kesibukan bandaraya Melaka, ada baiknya kalau korang naik basikal je.
Basikal yang tersedia.
The Rucksack Caratel selayaknya menjadi pilihan korang kalau mahu merehatkan diri selepas penat meneroka bumi Hang Tuah yang sangatlah kaya dengan tarikan ni. Dengan harga satu malam bermula hanya RM87.50 sahaja seorang, tak peliklah bahawa hotel ni pilihan super jimat!

Kalau nak tahu lanjut tentang harga bilik diorang, cuba dulu book DI SINI.

Saya dah rasai sendiri pengalaman bermalam di sini, dan tak syak lagi, saya memang tak salah memilih. Tak percaya? Datanglah!

Berikut ialah maklumat hotel ini.

Alamat: 
The Rucksack Caratel
107 Jalan Banda Kaba 75000 Melaka

Nombor Telefon:
 06-2922107

E-mel:

Laman Web:

Media Sosial:

RELATED POSTS

0 komen