Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Selera Pelbagai Rasa di The Square, Novotel Melaka

8:11:00 PTG Hasif Hamsyari 2 Comments Category :

Kaunter resepsion sebelum masuk ke The Square.
Ketika menginap di Novotel Melaka baru-baru ni, saya sempat makan malam dan bersarapan di restoran eksklusif hotel ini sendiri yang dinamakan The Square. Terletak berdekatan dengan lobi hotel, The Square memberikan pengalaman kulinari yang cukup menarik dengan variasi menu tersedia baik untuk makan malam mahupun bersarapan.


Sebelum kita tinjau makanan yang ditawarkan, apakata tengok dulu sekitar kawasan restoran yang sangat luas ni.

Dekorasi dan penataan gaya di The Square ni cukup elegan dan tampak eksklusif. Dari hidangan makanan hinggalah ke tempat makan, ruang yang luas diguna dengan cukup bijak dalam memberi keselesaan untuk tetamu-tetamunya.
Salah satu ruang buffet.
Lihatlah sendiri ruangan buffet yang besar dan cantik ni! Selain tu, ada satu ruang dengan hiasan keMelayuan menyerupai sebuah gerai minuman dengan atap nipah dikhaskan untuk minuman yang ditawarkan.
Ruang minuman dengan konsep sebuah warung kedai.
Terdapat beberapa ruang untuk makan yang disediakan dengan gaya berbeza-beza tapi semuanya memang dihias dengan pilihan warna dan perabot yang cantik dan eksklusif. Malah, kalau tidak selesa untuk makan di dalam, korang boleh juga makan di ruang luar restoran bagi yang mahu makan secara alfresco.
Salah satu ruang makan dengan penataan warna merah hati yang cukup elegan.
Lagi ruang makanan dengan warna biru pulak.
Meja makan eksklusif.
Ruang makan Al-Fresco untuk korang yang mahu makan malam sambil menikmati angin malam.

MAKAN MALAM

Soal makan malam di The Square, korang tak perlu risau sebab memang harga buffet yang ditawarkan sangat berpatutan dengan selera tempatan yang cukup menyelerakan dan pelbagai! Set Jonker's Kitchen Buffet pun ada jugak. Jom cuci mata dengan makanan yang ada.
Santapan saya dengan nasi dhal, rendang daging padang, lauk sotong, sup kambing dan buah-buahan dengan air strawberry.
Nasi dhal!
Sayur ulam yang jadi hidangan wajib dalam menu tradisi.
Lagi sayuran segar sebagai ulam. Sedap ni...
'Lawan' untuk ulam-ulaman sudah semestinya sambal belacan! Tengok betapa beranekanya kat sini!
Campuran sayuran yang menyelerakan!
Antara pencuci mulut yang sangat menggiurkan.
Variasi kuih baba nyonya pun ada jugak.
Aneka kacang.
Tauhu sumbat dengan kuah kacang pun antara menu yang patut rasa jugak.
Aneka hirisan daging halal.
Jangan terlepas menikmati daging kambing yang disediakan di ruang Al-Fresco!
Sebagai penggemar daging kambing, saya sangat cadangkan ni untuk korang!
Stesyen sate dengan pilihan ayam dan daging.
Wahhh... Aneka aiskrim!
Cendol pun antara highlight yang mesti cuba!
Chocolate fountain untuk menyedapkan hidangan buah-buahan segar.
Tara! Buah-buahan dan marshmallow yang dah dicelup dalam chocolate fountain tadi.
Jeli strawberi yang sangat mengancam!

SARAPAN PAGI

Di The Square tersedia aneka makanan sarapan pagi yang biasa dinikmati macam telur separuh masak, sosej, kacang bakar, waffle, pancakes, bubur, bijiran sarapan, yogurt, buah-buahan segar dan banyak lagi. Satu ruang untuk roti bakar dengan pelbagai jenis pilihan jem pun ada jugak.

Air pun banyak pilihan. Dari minuman panas macam teh dan kopi sampailah ke jus epal dan susu soya, korang cuma pilih je ikut perut masing-masing.

Aneka roti yang sangat tempting!
Roti bakar dengan aneka jem.
Pai dengan pelbagai pilihan jem.

Nampak sedap, kan?!
Tapi kalau sudah perut orang Melayu, saya tetap mahu makan nasi lemak jugak. Haha. Kalau nasi lemak, macam biasalah. Ada sambal, ikan bilis, kacang goreng dan timun. Saya tambah sikit lauk rendang daging padang dengan bertemankan air susu soya. Sedap!
Nasi lemak dengan daging rendang padang dan air susu soya.

Kemudian saya makan bijirin sarapan pagi dengan susu segar, buah-buahan segar dan jugak yogurt. Kali ini saya cuba air jus epal. Hidangan pencuci mulut yang cukup menyegarkan untuk memulakan hari!
Sarapan pagi 2. Haha.
Harus saya katakan yang saya betul-betul menikmati sarapan saya pagi tu.

GOURMET BAR
Bar di Gourmet Bar yang sangat classy.
Berdekatan dengan The Square jugak ada Gourmet Bar. Di ruang yang santai ni menyediakan minuman yang beraneka dari wain, mahupun kopi.

LAIN KEMUDAHAN MAKANAN
Menu ayam pongteh dengan turut disediakan keropok.

Melalui panggilan room service, korang boleh jugak pesan makanan untuk terus dihantar ke bilik korang tau! Sebab sebagai sebuah hotel yang cukup menitikberatkan keselesaan tetamu, korang boleh menikmati apa-apa makanan yang disediakan, pada bila-bila masa dan di mana-mana jugak - termasuk di bilik.

Jadi, saya turut ambil kesempatan ni untuk turut menggunakan servis ni. Dengan menu nasi putih dengan ayam pongteh, sangat berselera saya menikmati makanan di bilik saya!
Menu nasi putih dan ayam pongteh yang sedap!
Set makan bermula dengan harga yang cukup reasonable, apalagi kalau diambil kira sebuah restoran hotel yang sangat moden, cantik dan selesa! Korang boleh selalu menjengukkan diri ke Facebook Novotel Melaka untuk sebarang informasi terkini mengenai set buffet yang ditawarkan.

Kalau singgah ke Melaka, bolehlah mencuba restoran ni!

Alamat:
NOVOTEL MELAKA,
No. 1A, Jalan Melaka Raya 2,
Taman Melaka Raya,
75000 Melaka, Malaysia.
GPS Coordinate:
N 2° 11' 16.44" E 102° 15' 13.72"
2.187900, 102.253811
Nombor Telefon:
06-289 8222
E-mel:
H8155@accor.com
Website:
Media Sosial:

RELATED POSTS

2 komen

Comment