Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

[HEBAHAN] HASIF HAMSYARI LIVE 2016

6:35:00 PTG Hasif Hamsyari 2 Comments Category :


You read it right, people!

Memang mula-mula macam tak percaya jugak, sebab koordinator program saya yang cadangkan nama saya. Dan sejujurnya saya sendiri mula-mula banyak tertanya-tanya, mampukah saya bawa program sebesar ini?
Ya, memang Hasif Hadir 2016 mendapat sambutan yang cukup sukses. Saya serius berpuas hati. Cuma kali ini, tempatnya di UiTM, tempat studi saya sendiri!


Tapi, setelah diyakinkan koordinator saya, saya cuma tergerak dalam hati, "Why not give it a try?"

Lagipun, ini tahun akhir saya di UiTM, jadi mungkin ini boleh menjadi penanda aras sekali gus memori yang cukup bermakna untuk saya sebagai siswazah di sini. Kan?

Jadi, saya dengan penuh rendah diri dan berbesar hati nak ajak korang ikut saya dalam program ni! Slot saya ialah pada 9 pagi hingga 12 tengah hari di Dewan Annex, UiTM Shah Alam pada 19 November 2016 (Sabtu)!

Antara pengisian slot saya, sama macam program Hasif Hadir 2016, iaitu perkongsian pengalaman sebagai Tokoh NILAM 2006, 2007 dan 2012, novelis muda (seawal 14 tahun), blogger dan pelajar kewartawanan. Selain itu, ada bengkel penulisan kreatif jugak untuk saya kongsikan barang sedikit ilmu berkaitan penulisan yang saya tahu.

Walaupun slot saya tamat jam 12 tengah hari, akan ada banyak lagi program yang korang boleh ikut serta selepas tu! Antaranya,
  • Bicara Akademik Penerbitan
  • Pelancaran MasscTv
  • Jualan buku
  • Food truck
  • Pameran akademik untuk lebih mengenali MASSCOMM
Ha, memang sesiapa pun boleh datang dan kenali MASSCOMM lagi-lagi untuk pelajar sekolah yang tengah tercari-cari bidang pengajian yang sesuai untuk sambung belajar.

Sebab tu, kalau berminat untuk datang satu sekolah, boleh berdaftar dengan yuran RM200 je untuk SATU SEKOLAH (dengan maksimum 50 pelajar) tau. Bukan ikut kepala! Memang sangat berbaloi! Boleh terus hubungi Puan Azlinawati - 013-3300079 untuk berbincang dan daftar.

Untuk anda yang masih baru mengenali saya, boleh KLIK SINI untuk profil saya, KLIK SINI untuk sebarang mengenai saya yang tersiar di media (akhbar dan radio) atau KLIK SINI untuk video.

Kalau lapang, sila-silakanlah datang ya! Kita jumpa nanti, Insya-ALLAH!

RELATED POSTS

2 komen

  1. Hasif, all the best. I'm sure you'll do great for it.
    Proud as always. Keep up the momentum ya :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih! Insya-ALLAH, mudah-mudahan. :D

    BalasPadam

Comment