Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Jom Santai @ Pendeta Coffee House !

11:05:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category : ,

Lapan menu utama yang diperkenalkan.
Selalu kita bayangkan kalau makan dekat restoran hotel, mesti makan mahal-mahal. Tapi sekarang, dengan harga makanan bermula cuma RM6.90, setakat nak melepak di restoran hotel pun dah tak mustahil dah!

Saya dan beberapa lagi blogger berpeluang ke majlis pengenalan hidangan minum petang (hi-tea) di Pendeta Coffee House, INTEKMA Resort Convention Centre. Ha, kira dekat sangatlah dengan tempat studi saya, UiTM Shah Alam.
Live cooking daripada chef di Pendeta Coffee House sendiri dengan masakan Char Kuey Teow!
Set hi-tea di Jom Santai @ Pendeta Coffee House ini menawarkan beberapa jenis masakan yang selalu kita boleh dapat di warung-warung tapi dengan suasana yang lebih selesa dan mendamaikan. Antara hidangannya ialah roti telur, cucur udang, goreng pisang, mi rebus, laksa, murtabak, mi goreng mamak dan char kuey teow.

Memang berselera juga kami makan petang tu sebab masakannya pun sedap!
Mi goreng mamak - RM9.90
Laksa - RM8.90
Mi rebus - RM8.90
Murtabak - RM9.90
Char Kuey Teow (atas) - RM9.90 dan Roti Telur - RM6.90.
Cucur Udang - RM6.90
Pisang goreng - RM6.90
Kalau tanya mana satu favourite saya, semestinya mi rebus. Kenapa? Sebab kuahnya pekat dan memang sedap!

Kalau korang singgah dan makan di sini jugak, korang boleh dapatkan minuman percuma dengan dua pilihan sama ada nescafe tarik/ais atau teh tarik/ais. Ha, kira berbaloi tau!
Hiburan lagu-lagu membuai perasaan sambil minum petang.
Sambil korang menjamu selera, pasti minum petang korang akan lebih menyeronokkan dengan iringan lagu rentak jazz oleh kugiran yang akan sama-sama menemani korang.

Kemudahan lain untuk pelanggan yang singgah ke sini termasuklah ruangan solat bagi lelaki dan perempuan, parking kenderaan yang banyak dan kemudahan servis buggy!
Dengan kawan baik, Hawa Rizwana.
Pendeta Coffee House di INTEKMA Resort & Convention Centre.
Set Jom Santai @ Pendeta Coffee House ni bermula jam 4 petang hingga 10.30 malam setiap hari tau.

Ha, kalau korang mahu pekena minum petang kat sini, bolehlah singgah dengan maklumat tertera. Boleh jugak terjah selalu media sosial diorang untuk promosi-promosi semasa!

ALAMAT:
INTEKMA Resort & Convention Centre
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

NO. TELEFON:
03-5522 5009 / 5000

LAMAN WEB:

MEDIA SOSIAL:

Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada pihak Intekma Resort & Convention Centre. Terima kasih!

RELATED POSTS

0 komen

Comment