Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Makanan Western Halal di Floyds Kitchen!

6:52:00 PTG Hasif Hamsyari 4 Comments Category : ,


Kalau korang tercari-cari lokasi makanan Barat yang halal di Melaka, mungkin boleh fikirkan untuk singgah ke Floyds Kitchen. Lokasi ni terletak di Taman 1-Lagenda, di tengah bandar Melaka. Lokasinya cukup mudah diakses.

Saya sempat berborak dengan salah seorang pemilik kafe yang sangat cool ni. Kak Izi namanya. Menurut Kak Izi, kafe ni diusahakan dengan suami dan seorang lagi partner. Dalam menjelaskan konsep kafe ni, saya jadi teruja sebab inilah kali pertama saya masuk ke kafe dengan bertemakan kumpulan band.


Seperti namanya, kafe ni adalah diinspirasikan daripada kumpulan legenda muzik London, Pink Floyd yang popular dengan lagu-lagu seperti Wish You Were Here, Comfortably Numb, Shine On You Crazy Diamond, Time dan Echoes. Mengimbas kembali sejarah kumpulan muzik ni, memang tak boleh dinafikan dan tak hairanlah satu penghormatan seperti diabadikan sebagai nama sebuah kafe bukan setakat layak untuk mereka, bahkan peminat mereka jugak!

Berbalik kepada cerita kafe ini, konsepnya kalau dilihat tak terlalu hipster tapi masih mengekalkan ciri-ciri tu. Apalagi dengan tata rias ruang yang cukup minimalis dan dekorasi serta hiasan dinding yang pasti sukar dilepaskan bagi para Instagrammers untuk bergambar.
Welcome drink sebagai meraikan korang yang datang ke kafe ni.
Bahagian kaunter ada juga disediakan pencuci mulut.
Salah satu ruang santai yang tampak sangat hipster.
Lagi ruang makan berdepan dengan kaunter.
Susun atur dan pilihan perabot juga memainkan peranan penting mewujudkan mood santai.
Antara ruang yang sarat tema Pink Floyd dengan logo dua tukul.
Lagi ruang yang terdapat di kafe ini.
Sebagai sebuah kafe yang bertemakan Pink Floyd, ada hidangannya dinamakan sama ada bersempena nama ahli mahupun nama lagu-lagu terkenal diorang. Bahkan, kebanyakan lagu yang dipasang di kafe ni pun adalah daripada Pink Floyd tau.

Makanya, bagi peminat Pink Floyd, kafe ni mesti akan jadi kafe favourite korang. Sambil makan, dapat korang lebih menghayati dan menghargai muzik 'emas' diorang.

Aktif dengan banyak acara muda-mudi, selain ada live band setiap Sabtu malam, kafe ni pun menjadi pilihan keluarga untuk datang dan adakan bonding time bersama-sama tau!

Masanya untuk tengok menu pilihan saya pulak.

Cheezy Nachos
Cheezy Nachos yang sangat popular di kafe ni!
Sebagai appetizer, saya dicadangkan untuk merasai sendiri Cheezy Nachos. Padanlah dengan komen-komen positif berkenaan Cheeze Nachos kat sini di media-media sosial, memang sedap!

Ia datang dengan kerepek tortilla yang rangup, semestinya, dan keju yang menggoda, selain toppings termasuk kacang yang melengkapkan hidangan snek ini.

Rasanya memang saling melengkapi menjadikan hidangan ni pun sesuai je nak bawak balik dan menjadi pengganti pop corn sambil melayan midnight movies. Ha, gitu!

Tapi, serius cakap, kalau korang datang ke sini, wajib cuba dulu Cheezy Nachos diorang. Terbaik!
Menu wajib cuba kalau singgah ke sini.
Spaghetti Meatball Bolognese
Spaghetti Meatball Bolognese yang sangat menggiurkan!
Kalau singgah ke mana-mana restoran, pilihan pertama saya mestilah yang menjadi highlight atau signature dekat sini. Dan salah satunya ialah Spaghetti Meatball Bolognese.

Seperti namanya, hidangan spaghetti dengan bebola daging ni memang cukup sedap lagi-lagi dengan spaghetti yang memang empuk. Makan pun terasa sedap-sedap dikunyah. Soal sos bolognese yang memang hidangan wajib, memang tak perlu dipersoalkan. Sedap!

Barangkali di tangan chef Floyds Kitchen sendiri yang sememangnya diiktiraf seni kulinarinya dengan selera ala hotel, pastinya selera spaghetti ini pun terasa high class!
Tak hairanlah ini antara best-seller dekat sini!
Chicken Grilled
Chicken Grilled yang cukup menarik presentation dia.
Istimewanya menu ini ialah ayamnya diperap dengan sos khas daripada diorang tau. Ayam pun dipanggang dengan sempurna selain turut dilengkapkan dengan sos black pepper yang cukup membuka selera selain kacang panggang, mashed potato dan tentunya, salad.

Paranoid Eyes
Minuman ini sebenarnya ialah Soda Herbs.
Macam saya katakan tadi, ada antara hidangan di sini dinamakan bersempena nama ahli atau nama lagu kumpulan muzik ni. Minuman Paranoid Eyes ni sebenarnya ialah Soda Herbs. Minuman yang unik ni adalah campuran soda dengan tumbuhan herba yang menyihatkan tau. Ini termasuklah pudina, serai dan buah laici!

See Saw
Minuman strawberry lemonade yang tak kurang keenakannya!
See Saw pun ialah salah satu lagu Pink Floyd. Nama lain minuman ini ialah strawberry lemonade. Maknanya, hidangan ini sebenarnya ialah air strawberi dengan perahan lemon. Sedap!

Itulah antara menu yang sempat saya rasa di kafe ni. Tapi, memahami selera pelanggan kadang-kadang berbeza, menu tempatan pun ada tau.
Menu yang saya cuba untuk tengah hari itu.
Haruslah bergambar kat sudut yang menarik ni! (Baju daripada Arteestique)
Kenyang... (Baju daripada Arteestique)
Saya sebetulnya memang teruja jugak sebab menurut Kak Izi, diorang rancang nak bukak enam cawangan dalam masa dua tahun. Masa saya singgah, kafe ni baru berusia lima bulan beroperasi dan saya dimaklumkan, setakat ni ada dua lokasi yang telah pasti iaitu di Ipoh dan Cyberjaya. Ini pasti berita gembira untuk korang yang berada di kedua-dua lokasi tu!

Memandangkan diorang ni aktif anjurkan aktiviti di kafe ni, korang kena selalu tengok updates diorang. Jadi, silalah follow diorang di media sosial!

Berikut ialah maklumat kafe ni:

FLOYDS KITCHEN,
No. 5, Jalan Lagenda 3,
Taman 1-Lagenda,
75400 Melaka.

Waktu Perkhidmatan:
Selasa hingga Ahad
12.30 tengah hari - 11 malam

Facebook: KLIK SINI
Instagram: KLIK SINI

Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada Floyds Kitchen. Terima kasih! 

RELATED POSTS

4 komen

Comment