Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Taste of India di Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur!

8:31:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category : ,


Kalau korang tercari-cari makanan asli daripada India, ini mungkin entri khas untuk korang. Dan bersempena promosi Taste of India di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur baru-baru ni, saya berpeluang merasai sekali gus mengenali sendiri masakan original daripada India Utara!

Kenapa saya katakan original? Sebab bersempena dengan promosi ini jugak, ada chef jemputan yang diterbangkan khas dari The Westin Pune Koregaon Park iaitu Chef Harpal Singh. Beliau terkenal sebagai chef profesional versatil dan keistimewaannya sudah tentulah daripada masakan India Utara!

Buat korang yang belum kenal Latest Recipe, ia merupakan restoran yang terdapat di dalam Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur. Menu di sini kebiasaannya memang pelbagai daripada hidangan selera Melayu, Cina, India, Jepun dan Barat semuanya ada di restoran cukup eksklusif ini. Cuma bersempena Deepavali yang baru lepas, maka bermula 7 hingga 13 November lalu, promosi Taste of India diperkenalkan.
Pintu masuk ke Latest Recipe yang disambut 'kolam' merak sebagai menepati tema promosi.
Antara ruang yang terdapat di dalam restoran yang luas dan eksklusif ini.
Sudut bahagian makanan yang menjadi menu promosi Taste of India.
Chef Harpal Singh berkongsi pengalaman sebagai chef profesional.

TASTE OF INDIA
Kolam merak yang dihias cantik.
Salad 
Aloo Channa Chaat
Padanan kacang kuda dengan kentang yang diperap dengan asam jawa dan sos ketumbar.
Aloo Channa Chaat.
Dahi Balla
Resipi dumpling kacang merah tapi dimasak dengan yogurt dan tangy mango powder.
Dahi Balla.
Starter
Ruang hidangan makanan starter yang cukup membuka selera.
Amritsari Pudine Paneer Tikka
Seperti namanya, hidangan ni daripada Amritsar yang mengandungi cottage cheese dengan sos mint.
Amritsari Pudine Paneer Tikka.
Bahan untuk menambah rasa pada masakan ini.
Tandoori Chicken
Tanpa perlu saya perkenalkan lagi, masakan ni memang mudah dapat di Malaysia. Cuma yang ini, dijamin keasliannya tau! Dengan sentuhan masakan daripada India Utara, Tandoori Chicken ini terasa lebih pedas sikit tapi sedap!
Tandoori Chicken.
Tawa Masala Macchi
Resipi ini sebenarnya ialah ikan goreng yang dipadankan dengan kunyit, serbuk cili merah, pes bawang putih halia biji ketumbar dan minyak sawi.
Tawa Masala Macchi.
Main
Antara sudut makanan utama.
Matta Paneer
Cottage cheese dimasak dengan kuah tomato.
Matta paneer.
Lauki Ke Kofte
Dumpling labu yang dimasak dengan kacang gajus dan curd gravy.
Lauki ke Kofte.
Dal Makhani
Padanan kacang merah dengan sos tomato serta mentega dan cili merah.
Dal Makhani.
Amritsari Choley
Kacang kuda yang dimasak bersama campuran rempah India yang dikisar. 
Amritsari Choley.
Roti
Masala Naan
Hmph! Semua yang baca ni saya yakin tahu apa itu Masala Naan. Roti yang dicampur dengan pelbagai rempah India ni memang cukup sedap. Apatah lagi dibakar dalam oven tanah liat (clay oven)! 
Masala naan.
Plain Naan
Pada yang tak gemarkan campuran rempah India, mungkin ini alternatif untuk anda. 
Plain naan.
Garlic Naan
Roti yang sama seperti masalah naan cuma mengandungi rempah bawang putih lebih. 
Garlic naan.
Pencuci Mulut
Shahi Tukra
Potongan roti dengan yang dicecah dengan sirap gula dan diletakkan susu kurang manis. Sedap! 
Shahi Tukra.
Zaffrani Aur Gulkand Ki Phirni
Beras semolina yang dihancurkan dalam susu dan dimasak dengan jam kelopak ros dan susu kurang manis. 
Zaffrani Aur Gulkand Ki Phirni.
Minuman
Chai Tea
Chai Tea ialah minuman herba rempah yang dicampurkan. Hasilnya, minuman ini menjadi satu hidangan yang cukup menyihatkan dan menjadi salah satu bahan yang melengkapkan proses 'pemulihan' dalam perubatan Ayurveda. Bayangkan, minuman turun-temurun ni cukup terkenal sejak 5 ribu tahun lalu!

Saya dah rasa sendiri Chai Tea dan secara terus terang, bukan selera saya. Haha. Tapi yang penting, saya dah merasai sendiri!
Chai Tea.
Selain tu, ada juga bahan-bahan yang boleh korang tambah sebagai pelengkap hidangan.
Antara pelengkap hidangan macam keropok dan papadom.
Hidangan rempah India yang juga boleh menjadikan satu-satu hidangan lebih sempurna.
Antara hidangan utama yang saya nikmati dengan nasi Sukhe Matter Ka Pulao.
Hadiah daripada Chef Harpal Singh!

Wah! Saya dan rakan-rakan media yang lain gembira bukan kepalang sebab kitorang bukan setakat balik dengan perut yang kenyang, bahkan dapat bawa balik sebekas 'Magic Masala Powder' hasil air tangan Chef Harpal Singh sendiri tau!
Magic Masala Powder daripada air tangan Chef Harpal Singh.
Itulah antara menu dan pengalaman saya dalam promosi Taste of India ni. Bermula RM138 pada hari biasa dan RM150 pada hujung minggu, kanak-kanak walau bagaimanapun diberikan diskaun 50 peratus tau! Ingat, tarikh promosi ni cuma berlangsung 7 hingga 13 November je tau. Jadi kalau masih sempat, tempah tempat korang cepat-cepat!

Dan promosi ini juga hanya akan bermula 6.30 malam hingga 10.30 malam sepanjang tempoh tadi.

Terlepas promosi ni? Tak payah susah hati sebab Latest Recipe memang sentiasa ada promosi. Korang cuma kena peka dengan promosi terkini dengan media sosial diorang yang pastinya memberikan menu-menu istimewa dan menarik!

Berikut ialah butiran lokasi ini.


LATEST RECIPE,
 Le Meridien Kuala Lumpur, 
2, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 
50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Untuk tempahan:
Melalui telefon: +603 - 2263 7434
 Melalui emel: dining.lmkl@lemeridien.com

Waktu Perkhidmatan:
 Buffet sarapan:
 6am - 10.30am (Isnin-Jumaat)
6am - 11am (Sabtu dan Ahad)

Buffet makan tengah hari
12pm - 2.30pm (kecuali Sabtu)

Buffet makan malam
6.30pm - 10.30pm

*Menu a la carte boleh juga didapati setiap hari 6am - 12am.

Laman Web:

Media Sosial:
Facebook: KLIK SINI
Instagram: KLIK SINI
Twitter: KLIK SINI
YouTube: KLIK SINI

Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur. Terima kasih! 

RELATED POSTS

0 komen

Comment