Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Menu Awesome Fusion Tradisi+Barat di Jaman Tory Resepi!

9:47:00 PG Hasif Hamsyari 2 Comments Category : ,


Kalau singgah ke mana-mana tempat, tak sah kalau tak rasa masakan yang menjadi sebut-sebutan kat situ. Sebab tu dalam persinggahan saya ke Kuantan, baru-baru ni, saya singgah ke Jaman Tory Resepi. Apa yang membuatkan restoran ni unik bukan setakat pada makanan tradisionalnya yang asli, bahkan makanan fusion yang cukup unik lagi mengujakan!

Apa agaknya menu yang saya maksudkan?

Ha, sebelum tu, saya nak bawak korang jalan-jalan di sekitar Jaman Tory Resepi yang tak kurang mengancam ni. Konsepnya macam sebuah suasana kampung, dengan barang-barang antik menjadi props. Kalau sebuah restoran hipster didefinisikan sebagai restoran yang kaya dengan spot-spot terbaik untuk bergambar, maka inilah lokasinya!
Ruang menampilkan antara siaran media mengenai Jaman Tory Resepi.
Antara ruang makan di tingkat bawah.
Bahagian minuman yang tak kurang menarik.
Tangga ke tingkat atas yang dihiasi mural sejarah tertubuhnya Jaman Tory Resepi yang ikonik!
Barangan antik sememangnya menjadi nadi kepada dekorasi di Jaman Tory Resepi.
Ruang makan di tingkat atas.
Untuk lebih privasi, ada beberapa bilik makan disediakan.
Bilik ni pulak sesuai untuk diadakan mesyuarat dalam suasana yang santai.
Ruang dapur di bahagian atas.
Salah satu ruang untuk korang bergambar kenangan.


Dengan menu klasik dan unik serta dekorasi yang kaya tradisi, tak hairanlah restoran ni dinamakan Jaman Tory Resepi.

'Jaman Tory' maksudnya ialah zaman dahulu kala. Sebutan asalnya dengan loghat Pahang ialah 'Jaman Toghi' tapi diberi sentuhan komersil dengan digantikan 'Toghi' kepada 'Tory'.

Kalau korang nak buat meeting santai atau gathering dengan famili atau kawan-kawan pun sesuai. Tempahan dengan menu semua boleh kawtim dengan pemiliknya. Nombor telefon tersedia di hujung entri ni.

Siapa sangka, restoran yang dibuka sekitar 2006 ni mula-mula cuma menggunakan meja lipat dan payung je. Tapi hari ni, Jaman Tory Resepi cukup gah terutama dalam kalangan orang Kuantan. Pelanggannya bukan setakat meliputi orang biasa macam saya atau orang-orang kenamaan, bahkan pilihan santapan diraja!

Maka tak hairanlah kalau saya katakan, menu kat sini memang betul-betul mendefinisikan pepatah inggeris - fit-for-a-king!

Saya tahu korang pun dah tak sabar dan inilah antara menu yang saya dan rakan media cuba.

Smoke beef rib yang cukup mengundang walaupun dengan aromanya saja.
Daging salai masak lemak antara menu laku keras kat sini!
Set ikan patin stim dengan ulam-ulaman pasti membuat korang terimbau air tangan mak. Sedap!
Ikan patin tempoyak stim yang power! Memang saya tak boleh lupa dengan menu tempoyak!
Spagetti ikan patin. Eh? Ha... inilah antara menu yang korang wajib cuba. Unik dan memang tak mengecewakan saya!
Kanyor yang merupakan campuran kopi dan buah lemon. Yup, korang tak salah baca. Tapi rasanya memang sedap!
Nyor putor yang menjadi sebut-sebutan sebagai coconut shake terbaik di Kuantan!
Encik Affandire Ahmad, pemilik Jaman Tory Resepi dengan makanan-makanan antara yang menjadi kegilaan pelanggan ke sini.
Okay, lepas ni kalau korang ke Kuantan, korang dah tahu dah mana nak singgah. Untuk lebih maklumat, ini dia.

Alamat:
JAMAN TORI RESEPI,
No. A15, 2/3 Indera Mahkota 2,
Bandar Indera Mahkota,
Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Waktu Perkhidmatan:
12pm - 10.30 pm

No. Telefon:
019-9988212

Sosial Media:

Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada Jaman Tory Resepi dan Tourism Malaysia Pahang. Ayuh sokong Tahun Melawat Pahang 2017!

RELATED POSTS

2 komen

  1. I learned that Kuantan is a food haven. Macam-macam jenis cafe ada kat sana. Not bad! And this one, the ambiance nampak best. Decoration pun cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. How i wish boleh stay a few more days and discover more cafes or restaurants Kuantan has to offer!

      Padam

Comment