Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Semburan Deodoran ROMANO: Pelengkap Keyakinan Lelaki Urban

2:23:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :

Kerja saya banyak memerlukan saya berjumpa dengan ramai orang hampir setiap hari. Nak buat review, hadiri majlis atau memberi ceramah mahupun sewaktu melancong. Seronok memang seronok tapi untuk kebanyakannya terdedah dengan matahari yang bahang boleh buat rasa tak selesa kerana peluh.

Jadi bila Kit Semburan Deodaran ROMANO yang terbaharu sampai ke pintu rumah, saya betul-betul teruja. Manakan tak, ini memang saya perlukan!

ROMANO tanpa perlu saya perkenalkan lagi ialah jenama dandanan lelaki urban yang cukup terkenal dan dipercayai. Dengan formula khusus yang memberi ciri maskulin memang menjadi pelengkap ultimate pada keyakinan saya!

Satu ciri pada deodoran ni yang saya suka ialah ia antibakteria yang jelas membantu saya daripada berasa tak selesa dengan bau yang kurang menyenangkan. Ia juga memberikan kesegaran berpanjangan - iaitu selama 24 jam! Sebabnya, dalam deodoran yang diperbaharui ini, ada peningkatan 20 peratus tahap kekuatan harumannya.


Nah, dengan haruman yang pastinya memukau dan berpanjangan, sebotol deodoran ni memberikan saya kepuasan dengan harga yang cukup berpatutan.

Didatangkan dengan empat jenis pilihan iaitu ROMANO Metro Pulse, ROMANO Prestige, ROMANO Classic dan ROMANO Urban Attitude.Wah, selain boleh pilih ikut pilihan saya sendiri, keempat-empat ni boleh menepati kehendak saya mengikut kesesuaian aktiviti atau majlis yang saya hadiri!

ROMANO Metro Pulse
Adunan citrusy, aqueous, pudina dan sage yang cukup menyegarkan. Bauannya lebih menonjol ciri maskulin, sesuai dikenakan ketika melakukan aktiviti yang lasak.

ROMANO Prestige
Ini antara favourite saya! Sebab bauannya menarik, ada sentuhan 'misteri' camtu. Ia menggabungkan black pepper, citrus dan kemewahan wangian lavender dan sage selain bauan memukau amber woody. Sesuai dengan namanya, sangat sesuai untuk saya kenakan ke majlis-majlis keramaian dan formal.

ROMANO Classic
Berteraskan wangian woody dengan campuran minyak pokok nilam dan cendana. Hasilnya, wangian yang menonjolkan gaya maskuliniti yang klasik, bergaya!

ROMANO Urbane Attitude 
Haruman fougere daripada lavender ini serius cukup memukau! Ia turut dilengkapkan dengan percikan Bergamot dan perahan lemon yang membuatkan baunya betul-betul wangi, ada kelas tersendiri dan menarik! Bahkan, ada esen buah-buahan macam nanas dan cassis, kesturi dan woody yang cukup menampilkan gaya karismatik.
ROMANO Urban Attitude ialah antara pilihan ultimate saya!
Hanya RM14.90 sebotol dengan kuantiti 150ml. Berbaloikan?! Jadi, jangan lupa dapatkan mana-mana pilihan korang di pasaran!

RELATED POSTS

0 komen

Comment