Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Pengalaman Menaiki Melaka River Cruise 2017

12:05:00 PTG Hasif Hamsyari 3 Comments Category :


Kalau korang belum pernah ke Melaka, atau dah lama tak ke Melaka, ketahuilah yang Melaka memang ada banyak tarikan yang korang kena datang dan cuba pengalaman yang berbeza-beza. Salah satu cara terbaik untuk korang kenal Melaka ialah dengan menaiki Melaka River Cruise!

Melaka River Cruise ni dah beroperasi sejak 2005 lagi tapi percaya atau tak, aku sendiri sebagai orang Melaka tak pernah naik sebelum ni. Haha. Tipikal, kan? Jalan jauh-jauh tapi negeri sendiri tak habis teroka. Isy.. Isy..

Satu kontroversi yang selalu menghantui orang nak naik bot river cruise ni ialah katanya bau air di Sungai Melaka ni tak berapa 'mesra pelancong' macam tu. Kalau dalam bahasa direct, Sungai Melaka ni busuk. Betul ke?

Okey, mungkin tak adil kalau aku nak bandingkan tapi sebagai rakyat Melaka, sekalipun tak pernah naik bot river cruise masa awal-awal dibuka dulu, memang aku akui yang Sungai Melaka agak busuk lagi-lagi bila air surut. Sebab aku pun pernah jalan-jalan sekitar Sungai Melaka jugak. Sampaikan dulu selalu dengar orang syorkan - 'sila naik waktu air pasang' - sebab nak elakkan bau yang sesetengah orang sifatkan meloyakan tekak.

Tapi itu dulu! Sebab tu entri ni aku letak '2017' kat hujung. Dalam erti kata lain, aku nak kisahkan keadaan terbaru tentang river cruise ni.

Masa sebelum aku dan rakan-rakan naik bot, aku sempat tanya dulu dekat dua tiga orang antara diorang. Yang pasti diorang bukan orang Melaka, dan ada yang pertama kali naik. Ada bau busuk ke? Dan semuanya kata tak ada pun. Dan aku pun tak bau apa-apa yang tak menyenangkan. Aku tanya diorang setakat nak mintaklah pandangan, kot-kot hidung aku tak berfungsi dengan baik kan. Dan memang terbukti pun, tak berbau dah.

Dan kalau korang perasan, warna air sungai ni pun dah berubah. Kalau dulu hitam legam, memang serupa parit yang menggelikan. Tapi sekarang dah menghijau sikit. Bersih.
Dengan selebriti dan rakan media.
Hampir semua yang join trip kali ni. We really had fun!
Aku sendiri ada buat kajian dengan baca blog pengunjung asing yang naik river cruise ni. Surprisingly, sejak 2015 tak sepatah pun ada perkataan macam 'busuk' atau 'geli'. Nampak tak? Agak menyedihkan jugaklah bila rata-rata orang kita sendiri macam tak menyokong sedangkan orang luar teruja dengan adanya Melaka River Cruise ni.

Itu belum korang baca review macam dekat TripAdvisor ni. 

Sepanjang menaiki river cruise kira-kira 45 minit dari Taman Rempah Ratus tu, kami semua leka dengan pemandangan-pemandangan yang cukup mempesonakan. Jarak perjalanannya kira-kira 9km. Isu bau memang tak timbul dah dan masing-masing leka dengan kamera, baik tangkap gambar panorama mahupun selfie.

Tak sekadar memberikan pemandangan menarik, korang harus jugak dengar penerangan tour guide yang mengemudi bot korang. Sebab dia akan terangkan antara lokasi-lokasi menarik sekali dengan kisah di sebaliknya, termasuk sejarah. Jadi, taklah kosong sangat pengisian menaiki bot ni.

Kerana kebanyakannya ialah belakang rumah kedai, sekarang dah dihias dengan mural-mural gergasi tau. Sebab tu ramai yang cadangkan pergi waktu malam sebab muralnya akan lebih 'hidup' bawah cahaya lampu di sepanjang Sungai Melaka.
Mural di sini banyak berkisarkan kebudayaan, sejarah dan seni.
Naik river cruise ni macam masuk relung masa - boleh nampak bangunan-bangunan sejarah dan moden yang harmoni.
Aku pergi waktu tu matahari nak terbenam. Tapi pemandangannya pun tak kurang awesome! Lagi-lagi bila dah dekat ke jeti Muara Sungai Melaka tu sebab lebih jelas nampak matahari terbenam. Subhanallah, terpegun kejap.

Selain tu, di kebanyakan bangunan kiri dan kanan Sungai Melaka ni dah jadi kafe, bar dan restoran. Logik fikir, takkanlah pengusaha-pengusaha ni sanggup nak buka kedai tepi sungai yang berbau, kan? Pelanggan pun cukup ramai, baik dari dalam mahupun luar negara.

Aku pernah singgah ke salah satu kafe hipster halal betul-betul di tepi laluan Sungai Melaka ni. Namanya The Street Kitchen. Nak baca review dan lihat gambarnya, KLIK SINI.
Momen cantik yang tak boleh lepas untuk selfie!
Kalau dari arah ini, di kiri dikatakan bahagian restoran halal dan kanan pula non-halal.
Hampir di sepanjang perjalanan ada sahaja yang menjadi tumpuan lensa kamera. Macam tak cukup masa je rasanya. Haha
Keadaan di jeti dekat Jalan Laksama waktu matahari terbenam. Sangat sentimental beb!

Dari sini je dah boleh nampak dah yang ada perkembangan positif yang cukup ketara. Sungai Melaka memang dah menjadi satu tarikan yang selayaknya sejak awal dibuka lagi. Walaupun memakan masa, setidak-tidaknya nampaklah usaha kerajaan negeri dah berhasil.

Dan untuk korang yang mungkin pernah singgah waktu sungai ni busuk, masanya dah sampai untuk datang sekali lagi dan alami sendiri untuk tahun 2017. Haha.

Untuk maklumat lanjut, ini butirnya.

Alamat:
Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia
(bersebelahan Muzium Maritim)

atau

Taman Rempah, Jalan Tun Mutahir, Melaka, Malaysia

GPS Koordinat:

No. Telefon:
06-2814322

Kadar Harga 2017:
Warganegara: RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak)
Bukan warganegara: RM15 (dewasa) dan RM7 (kanak-kanak)

Entri ini terlaskana dengan kerjasama daripada The Settlement Hotel dan Gaya Travel Magazine untuk program #SettlementStory. Terima kasih!

RELATED POSTS

3 komen

  1. Syoknya, pemandangan sekeliling dia pun cantik kan. Ada mural semua memang tak lepas kamera dari tangan jawabnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu! sesuai sangat untuk photo traveller.

      Padam
  2. Cruise tu ada berapa buah ya? Queue panjang tak masa nak naik tu?

    BalasPadam

Comment