Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Kejutan Hari Jadi ke-22 dan Ulang Tahun ke-8 sebagai Novelis di SK Kampong Gelam!

3:42:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category : ,


27 Februari lepas, aku memenuhi undangan sebagai perasmi di SK Kampong Gelam (SKKG), Melaka, bekas sekolah aku daripada Darjah 1 sampai Darjah 6 (2002-2007). Alhamdulillah, program NILAM selamat dilancarkan. Tapi yang lagi aku tak boleh lupakan ialah kejutan yang cikgu-cikgu SKKG dah persiapkan untuk aku!

Program bermula jam 8 pagi di Dataran Gemilang, SKKG. Sebaik sampai, memang rasa macam kembali ke zaman sekolah rendah balik. Iyalah, aku disambut bekas cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku. Memang rasa cukup bertuah sebab masih sempat menjenguk mereka di sekolah yang menjadi saksi semuanya bermula.

Aku menuntut kat sekolah ni sejak 2002 sampai 2007 (Darjah 1 hingga Darjah 6). Dan dekat sinilah aku mula-mula mendapat gelaran Tokoh NILAM tahun 2006 dan 2007 sebelum sekali lagi dibawa sebagai Tokoh NILAM 2011/2012 di SMK Seri Tanjong.

Kali terakhir aku ke sini ialah pada 2009 yang mana aku hadir merasmikan novel pertama aku. Dan kalau dikira-dikira, dah 10 tahun aku meninggalkan sekolah ni. Sekejap saja rasanya masa berlalu.

Memang banyak kenangan kat sini. Tapi yang lebih penting, masa menyampaikan ucapan perasmian, aku banyak selitkan kepentingan membaca dan yang pasti menghargai guru-guru ini.
Aku banyak mengimbas kenangan di SKKG dalam ucapan. Haruslah, kan? Haha.
Antara murid yang hadir.
Sewaktu pelancaran.
Gimik pelancaran NILAM dengan dua novel pertama aku, Bagaikan Mimpi dan Bagaikan Mimpi: Srikandi Cintaku.
Selesai pelancaran, aku dikejutkan dengan kek dan pulut kuning yang diiring dengan pelajar-pelajar membawa belon. Rupa-rupanya ada kejutan hari jadi untuk aku yang ke-22 tahun dan sambutan ulang tahun ke-8 sebagai novelis. Hahaha. Terharu! Tambah terharu, pulut kuning ialah hasil tangan cikgu Bahasa Inggeris saya, Cikgu Yusmahani dan kek pula disponsor juga cikgu Bahasa Inggeris saya, Cikgu Fariza.
Antara persembahan pelajar yang cukup menggamit kenangan aku. Haha.
Sementara itu, Cikgu Yusmahani dengan murid-murid bersiap untuk membuat kejutan.
Upacara memotong kek. Haha.
Lagi memotong kek!
Cikgu Abdullah mengambil sedikit kek...
... dan menyuapkan aku!
Cikgu Abdullah antara yang lejen di sekolah ini. Setiap murid mesti akan ingat kena rotan setiap pagi tak hafal sifir sampaikan berhutang! (Ehem.. termasuk aku!)
Terima kasih atas sambutan yang cukup meriah ini!
Sempat juga merakamkan kenangan dengan guru-guru di sini tapi yang lagi buat aku jadi segan, kena menyanyi lagu Sudirman, Pelangi Petang. Ini antara lagu yang cukup sentimental buat aku sebab pernah buat aku jadi johan nyanyian sekolah waktu di sekolah rendah ni. Ini pun atas memenuhi permintaan guru muzik yang menjadi tulang belakang 'kerjaya nyanyian' aku zaman sekolah rendah, Cikgu Murni
Alahai... waktu ni disuruh sambung menyanyi Pelangi Petang sambil bergambar!
Lagi bergambar kenangan.
Aku dan kakak (sebelah aku, berbaju biru turqoise) merakam kenangan dengan antara cikgu yang pernah mengajar aku.
Ditahan sebelum meninggalkan Dataran Gemilang untuk memberikan tanda tangan.
Sedikit sebanyak aku harap dapat memberikan inspirasi untuk adik-adik SKKG. Terima kasih Cikgu Zarina yang menguruskan undangan ini dan terima kasih untuk semua warga SKKG! Panjang umur, kita jumpa lagi!

Kredit gambar: Facebook SKKG dan hani_kerr

RELATED POSTS

0 komen

Comment