Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Mahligai Brasserie, Melaka: Fine Dining dengan Menu Antarabangsa!

8:27:00 PTG Hasif Hamsyari 3 Comments Category :

Kalau korang gemarkan suasana sebuah restoran hotel atau restoran berkonsepkan fine dining, serta menghidangkan pelbagai menu antarabangsa, ada satu lokasi yang mahu aku cadangkan kali ni. Mesti korang teruja sebab barangkali inilah restoran yang korang dah lama cari!

Terletak di Taman 1 Lagenda, Melaka, restoran yang saya maksudkan ialah Mahligai Brasserie.

Restorannya memang luas sebab ambil dua buah rumah kedai tau. Jadi kalau rasa nak datang ramai-ramai pun, tak perlu fikir dua kali. Banyak ruang makan tersedia, baik yang tertutup dengan ditemani pengdingin hawa ataupun ruang terbuka. Apa yang lagi best, mana-mana ruang pun dihias dengan sentuhan yang cukup cantik lagi eksklusif.

Mahligai Brasserie jugak selalu menjadi pilihan untuk adakan event baik yang tertutup mahupun terbuka. Dari sekecil-kecil candle light dinner atau parti hari jadi sampailah ke sebesar-besar acara termasuk majlis perkahwinan, semuanya pernah dibuat kat sini!
Muka depan Mahligai Brasserie.
Salah satu ruang terbuka dengan konsep taman. Cantik!
Ini pula ruangan tertutup dengan kemudahan pendingin hawa. Di sini nampak lebih sofistikated.
Lagi ruangan makan yang terbuka.
Kalau nak tahu macam mana nak uruskan majlis-majlis ni, kejap lagi bolehlah korang hubungi sendiri Mahligai Brasserie dengan nombornya aku dah sediakan di hujung entri ni.

Sementara tu, aku nak perkenalkan antara menu yang patut korang cuba kalau pertama kali sampai ke sini dulu.

SET TOMYAM JEBAT DERHAKA (RM39.90)
Set Tomyam Jebat Derhaka.
Ha, dengar nama pun dah menarik, kan?! Menu untuk dua orang ni menghidangkan nasi putih dengan tomyam, semestinya. Tomyam yang dihidangkan ialah jenis tomyam putih dengan isi ayam. Saya tahu sesetengah orang sukakan tomyam putih berbanding tomyam merah jadi kalau korang dalam kumpulan tu, bolehlah cuba tomyam putih kat Mahligai Brasserie ni.

Rasanya tak pedas sangat pun berbanding tomyam merah. Sebab tu menu ni sesuai dihidangkan untuk korang yang tak sukakan pedas atau kanak-kanak. Dan tomyam ni jugak kurang berminyak. Nah, satu lagi sebab kalau mencari tomyam yang lebih sihat. Haaa...

Set tomyam ni didatangkang jugak dengan telur dadar, kangkung goreng belacan dan feveret ultimate saya, sambal belacan! Makanlah dengan nasi panas yang dihidangkan, memang rasanya terangkat tahap 'derhaka'! Minuman pun tersedia dalam set ni iaitu teh 'o' ais.

Nak tau 'derhaka' atau tak, kenalah datang dan cuba sendiri!
SET NASI ARAB (RM12.90)
Menu Nasi Arab yang menggiurkan!
Menu ni pulak ialah menu Timur Tengah. Aku sendiri memang penggemar nasi Arab sebab pada aku menu ni sedap dengan ramuan rempahnya dan yang lagi best, ayam yang diperap tu kalau kena perapannya, pergh! Nama lain bagi Nasi Arab ialah Nasi Mandy.

Hidangan Nasi Arab di Mahligai Brasserie ni pun tak kurang sedap jugak. Nasinya lembut dan yang aku suka lagi ialah ayam Mandynya pun lembut. Campuran herba pada perapan istimewa chef dekat sini sendiri cukup menyempurnakan menu ni.

Dalam set ni jugak ada kuah kari dan yang menjadi lawannya, sudah semestinya kuah sup! Kuah sup ni ialah air rebusan daging kambing. Selain tu, ada jugak dihidangkan sahwa. Sahwa ni kalau dalam bahasa mudah ialah macam 'sambal belacan' tapi dalam masakan Nasi Arab. Haha. Senang faham, kan?
Nasi Arab ni antara menu yang laku keras kat sini!

SIZZLING BEEF TERIYAKI (RM19.90)
Inilah rupa Sizzling Beef Teriyaki yang menggoda!
Menu yang seterusnya ni pulak ialah menu Barat dengan sentuhan rasa Jepun. Ha, kan dah kata ini restoran dengan pelbagai rasa antarabangsa.


Sizzling Beef Teriyaki ni menggunakan daging yang disalai dengan perapan yang istimewa selain ada kentang goreng dan sayuran jugak. Tapi yang menjadikan menu ni istimewa mestilah sos teriyaki yang cukup menggamit deria rasa korang sebaik daging yang dicicah masuk ke mulut!
Dengan daging empuk dan sos teriyaki yang sedap, pastikan korang rasa menu ni kalau ke sini!
BREADED CHICKEN CHOP (RM13.90)
Dada ayam yang crispy!
Kalau korang penggemar Chicken Chop, jangan risau! Kat sini pun ada. Yang saya cuba ni ialah Breaded Chicken Chop. Hidangan dada ayam yang diperap dengan perapan istimewa chef kat sini sebelum disalut tepung rangup. Macam biasalah, sepinggan menu ini turut ada kentang goreng, salad dan jugak coleslaw.

CHOCOLATE MILKSHAKE (RM12.00)
Chocolate Milkshake yang istimewa!
Jangan tak tau, saya penggemar coklat jugak! Sebab tu untuk minuman, saya pilih Chocolate Milkshake ni. Memang rasa coklat dan susunya pekat menjadikan hidangan sebagai pemanis mulut yang cukup enak. Dengan krim dan taburan coklat sebagai pelengkap, korang kena cuba menu ni jugak.

STRAWBERRY DAIQUIRI (RM10.00)
Segelas Strawberry Daiquiri yang sedap!
Kalau korang penggemar minuman sejuk yang lain daripada yang lain, cubalah Strawberry Daiquiri ni pulak! Rasa dia masam-masam manis dengan campuran gula, soda, limau dan pastinya strawberi. Pastikan korang cuba sendiri menu ni. Mesti tak rugi!

Demikianlah ulasan aku untuk Mahligai Brasserie. Amacam? Tertarik nak mencuba? Kalau ya, bolehlah hubungi Mahligai Brasserie atau terus je singgah. Yang penting, bersedialah menikmati makanan lazat dalam suasana yang cukup eksklusif!

Alamat:
MAHLIGAI BRASSERIE,
No. 8 & 10, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda
Melaka 75400

No. Telefon:
06-288 0253

Waktu Perkhidmatan:
Isnin-Khamis: 12 tengah hari - 10 malam
Jumaat-Ahad: 10 pagi - 11 malam

E-mel:
 mahligaibrasserie@gmail.com

Media Sosial:
Ingat gambar ni untuk mudah cari!
Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada Mahligai Brasserie. Terima kasih! 

RELATED POSTS

3 komen

Comment