Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Makan dan Lepak di Restoran Cafaeyen + bersama Aeril Zafrel

8:55:00 PG Hasif Hamsyari 3 Comments Category :

Sebut je nama Aeril Zafrel, satu Malaya mesti kenal. Hero Nahu Rindu ni pun memang antara jejaka idaman Malaya! Sekalipun dah mendirikan rumah tangga dengan pasangan sama padannya, Wawa Zainal, penangan Aeril Zafrel tak pernah berkurang! Aku ada bukti bilamana Aeril Zafrel menyediakan sendiri teh untuk peminat-peminatnya di Restoran Cafaeyen +, IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ni!

Program yang bermula jam 3 petang pada 4 Mac lalu boleh tahan menarik. Memandangkan restoran berasaskan masakan Thai, Cafaeyen + pun masih dikira baru, memang sesuai mengundang Aeril Zafrel yang kuat pengaruhnya ni. Apatah lagi, drama hitnya masih sedang ditayangkan.

Keadaan di Cafaeyen + kecoh sebentar bilamana Aeril Zafrel menyarung apron pada badannya sebelum melayan peminat, macam biasa, rata-rata daripada kalangan kaum perempuan. Dahlah dikurniakan wajah yang tampan, badan yang sasa, satu lagi bonus Aeril Zafrel ni, tak pernah lekang dengan senyuman.

Aih! Tengok jelah gambar-gambar ni!
Aeril dibantu staf untuk mengenakan mikrofon.
Selepas mengenakan apron.
Sedia menanti pesanan untuk membuat teh.
Melayan peminat.
Blogger Penaberkala bergambar dengan Aeril Zafrel.
Blogger Dikbee turut tak lepaskan peluang bergambar dengan Aeril.
Haruslah bergambar kenangan!
Makan dan lepak dengan Aeril Zafrel weyh!
Aku dan media blogger sangat beruntung sebab seusai acara, kami dan Aeril Zafrel duduk semeja. Sambil berborak-borak santai mengenali hati budi Aeril Zafrel, kami menjamu selera dengan banyak gila menu best-best dekat Cafaeyen + ni.

Restoran ni cuma lot kedai di dalam sebuah pusat membeli-belah jadi janganlah expect ruangan yang besar-besar. Tapi masih selesa dan dekorasinya jugak diberi sentuhan antarabangsa dengan serapan gaya kontemporari.
Dekorasi dengan konsep papan tanda jalan di Thailand.
Salah satu sudut di bahagian dalam.
Tahu, kan, aku ni blogger makanan juga? Jadi sambil-sambil tu, lihatlah ruang-ruang aku menjamah setiap menu dan lensa kamera aku pun tetap mahu mengambil gambar makanan dan minuman yang kami nikmati.

Nak tahu apa menunya untuk hari itu? Ini dia.

Khao Pad Sab Pra Rod (RM19.90)
Pineapple fried rice with seafood.

Tom Yum Kung Mor Fire (RM38.90)
Creamy and spicy tom yam soup with seafood.

Pad Sab Pra Rod Piaw Wan (RM19.90)
Pineapple fried prawn with cashewnuts.

Seafood Pad Pong Karee (RM25.90)
Stir-fried seafood with curry powder.

Keang Keaw Wan Gai (RM16.90)
Thai green curry chicken.

Pla Kra Phong Lad Prik Sam Rod (RM49.90)
Deep fried seabass topped with thai chili sauce.

Pla Krapong Nun Manow (RM49.90)
Steam seabass in lime sauce.

Kai Yang (RM13.90)
Grilled chicken.

Som Tam (RM12.90)
Thai salad served with fresh green papaya, carrot and crunchy peanut.

Tub Tim Kob (RM8.90)
Water chestnut with coconut milk.

Mango Sticky Rice (RM16.90)
Fresh mango and glutinous rice topped with creamy coconut milk.

Fruity Coke (RM14.90)
Coke blend with mix berries.

Fruity Sprite (RM14.90)
Sprite blend with fruity jelly.
  
Aneka Minuman lain (RM5.90 ke RM8.00)
Dari kiri: Soda, Signature Tea, Green Tea, Coffee dan Roselle.

Nah, kecur air liur bila tengok semula gambar-gambar ni.

Komen aku, makanannya memang terbaik! Rempah dan rasa pada setiap menu kat atas tadi ni memang kena dengan selera aku. Lagi satu, aku dapat tahu yang Cafaeyen + ni memang asalnya daripada Thailand dan baru berkembang di Malaysia.

Apa yang aku nak katakan ialah, korang boleh yakin rasa yang diorang tawarkan memang rasa asli masakan Thai.

Jadi korang dah tahu dekat mana nak cari restoran masakan Thai terbaik di Kuala Lumpur. Siap-siaplah. Kejap lagi lepas Maghrib boleh pergi. Haha. Ini maklumatnya.

Alamat:
Cafaeyen +,
LG-36, IOI City Mall, Lebuh IRC, 
IOI Resort City, 
62502 Putrajaya, Malaysia
 
Waktu Perkhidmatan:
Daily: 10am - 10pm

No. Telefon:
03-9054 3193

Social Media:
INSTAGRAM

Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada Restoran Cafaeyen. Terima kasih!

RELATED POSTS

3 komen

  1. kena pegi ni sbb memang minat mknan thai. so yummy

    BalasPadam
  2. Memang best makan2 n lepak2 ngan Aeril... Tapi Kak LeYa time korang bergambar dah xde.. sbb kene laju shoot event seterusnya

    BalasPadam

Comment