Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Philea Resort & Spa: Mendamaikan, Ekslusif!

2:36:00 PTG Hasif Hamsyari 1 Comments Category :

Kedudukannya betul-betul di sebelah Tol Ayer Keroh, Melaka. Dikelilingi hutan yang merimbun, orang luar mungkin tak tahu pun bahawa di sebalik tu ada sebuah resort mewah yang serba lengkap lagi selesa.

Apabila aku pertama kali melangkah masuk, aku kagum dengan konsep alam semulajadi kat sini. Kalau dikelilingi pokok-pokok dah menjadi kebiasaan bagi mana-mana eco resort, mungkin fakta seterusnya ini akan buat korang lebih tertarik. Philea Resort & Spa ni diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai resort balak (log resort) yang pertama di Malaysia dan Asia!

Seawal melangkap ke ruang lobi lagi, tengoklah sendiri binaan yang cukup unik lagi luas yang menyambut aku. Semuanya menggunakan kayu balak jenis pine log berkualiti yang diimport daripada Rusia selain kayu daripada binaan kapal karam dan landasan kereta api.
Kaunter resepsionis yang cukup tersergam.
Salah satu ruang menunggu yang selesa.
Susur jalan ke bilik-bilik kat sini tak lekang dihiasi dengan struktur alam baik daripada dinding sampailah ke pokok-pokok hijau.
Ruangan tangga yang dibina dengan sentuhan cukup elegan.
Jadi janganlah korang terkejut pulak kalau tahu yang 70 peratus bangunan di sini memang menggunakan sumber kayu-kayan yang aku sebutkan tadi. Secara peribadi, aku suka dengan rumah berkonsepkan kayu-kayan ni. Sebab ada bau yang menenangkan yang menjadi terapi. Kenalah kalau korang datang untuk merehatkan diri barang sekejap daripada dunia luar.

Jom aku bawa korang antara bilik yang ditawarkan dekat sini.

PAVILLION ROOM
Pavilion Room sesuai untuk percutian santai dengan kawan-kawan atau famili.
Ada 180 unit penginapan jenis ni kat sini. Boleh memuatkan antara dua (double single bed) atau tiga (queen sized bed + single bed) orang. Yang penting, memang selesa betul bilik ni! Aku suka hampir setiap ruang dan pemandangan dari bilik ni - apalagi bilik aku berdekatan dengan kolam renang!

Pavilion Room ni pun ada kelengkapan yang serba cukup pada aku. Ada TV LCD, pendingin hawa dan kipas siling, bar mini, cerek elektrik, peti keselamatan, telefon, ada bathtub juga dan mestilah ada WiFi!
Rupa ruang tidur yang cukup selesa.
Ruang menulis yang classy!

PHILEA SUITE
Philea Suite cukup sesuai untuk penginapan bulan madu.
Mahu yang lebih mewah lagi, aku cadangkan korang cuba Philea Suite. Sebuah rumah ni memang ada kelengkapan yang cukup mengagumkan. Paling buat aku jatuh cinta ialah ruang tandas yang cukup besar lagi sofistikated. Tak cukup ada bathtub, ada TV dalam tandasnya lagi!

Bilik jenis ni sangat aku rekomen untuk korang yang mahu berbulan madu dengan pasangan korang. Sangat privasi.

Unit Philea Suite ni cuma ada 19 je kat sini.
Tandas ni bukan je luas, ekslusif!
Cool, kan bilik ni?!
ROYAL VILLA
Highlight untuk penginapan jenis ni ialah kolam renang yang cukup privasi!
Kalau mahu suasana yang lebih eksklusif dan selesa tahap teruk, korang pasti tak menyesal mencuba penginapan Royal Villa ni. Penginapan ni sangat aku cadangkan kalau korang nak datang dengan keluarga. Lagi best, bilik ini boleh memuatkan sehingga 10 orang tau. Jadi kalau nak buat gathering dengan member-member pun menarik jugak.
Pintu masuk ke Royal Villa yang dikelilingi pagar hijau, cukup privasi!
Ruang tamu yang sangat classy.
Antara jenis bilik yang terdapat di sini.
Ruang tandas yang luas dilengkap jakuzi dan TV!
Cuma ada dua unit je penginapan ni kat sini. Sangat limited! Selalunya, bilik inilah yang menjadi pilihan kenamaan dan antara yang aku boleh sebutkan pernah menginap sendiri kat sini ialah Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Shah Rukh Khan!

Selain memiliki balkoni, lagi best, ada kolam privasi di dalam kawasan villa ni sendiri. Fuh, mengancam!
Balkoni di Royal Villa.
KOLAM RENANG
Tengok gambar ni rasa rindu nak mandi kolam kat sini balik!
Setiap kali aku ke hotel atau resort, aku akan pastikan untuk melihat dan mencuba sendiri kolam renang. Dan di Philea Resort & Spa ni, aku boleh katakan yang kolam dia superb gila weyh!

Dahlah luas, ada air terjun buatan yang cukup cantik lagi, dengan banyak ruang rehat serta bar yang tersedia, dikelilingi kawasan hutan pulak tu. Eh, serba cukuplah bagi sebuah kolam renang yang sempurna bagi aku!

Baik siang mahupun malam, pemandangan kolam renang ni mesti akan buat korang terpegun.
Memang puas betul aku dan member aku berenang kat sini.

TANJUNG WELLNESS SPA

Untuk sebuah resort spa, tak lengkap rasanya kalau tak mencuba spa dekat sini. Aku mencuba sendiri spa dekat sini dan memang cukup melegakan. Ada banyak pilihan jenis urutan tapi aku pilih Balinese sebab urutan Bali ni lebih bertujuan merelakskan badan.

Kalau korang memang lenguh-lenguh badan, boleh cuba signature massage diorang sendiri iaitu Tanjung Signature Massage. Urutan Melayu yang boleh meregang dan mengembalikan kecergasan korang.

PUSAT GYM
Tak perlu risau nak tinggalkan rutin kesihatan korang!
Aku tau, satu kemusykilan pada yang suka bersenam waktu nak bercuti ialah nak cari lokasi sesuai untuk melakukan rutin korang. Di Philea Resort & Spa ni, tak perlu risau dah. Gym pun diorang sediakan dah.

Kelengkapan yang ditawarkan jugak lengkap jugak. Di pusat gym ni jugak terdapat sauna tau. Boleh tahan luas jugak!

Dengan suasana menghijau dan alatan yang cukup untuk setiap senaman badan, tentu waktu bersenam korang akan jadi lebih menyegarkan.
Ruang gym yang luas dengan cermin kaca pemandangan pokok-pokok hijau.
Sauna di dalam gym ini.

CRAVO-CRAVO

Melengkapkan sebuah staycation mestilah makanan dan minuman yang sedap-sedap! Tak perlu risau dekat Philea Resort & Spa ni sebab korang boleh dapatkan makanan dan minuman yang lazat di Cravo-Cravo.

Aku dah mencuba sendiri untuk makan tengah hari dan sarapan dekat sini. Memang cukup berbaloi!

Cravo-Cravo terletak berdekatan ruang lobi resort ni je. Ruang makan pun agak banyak, baik di bahagian dalam mahupun santai di bahagian luar. Sambil aku menikmati makanan, memang tak jemu meliarkan mata ke sekelilingnya sebab serba menghijau dan mendamaikan.


BAYU CABANA
Steamboat dinner yang lazat!
Bayu Cabana ni pulak terletak berdekatan dengan kolam renang. Dekat sinilah aku menjamu makan malam!

Apa yang specialnya dekat sini yang korang boleh cuba ialah steamboat diorang. Memang mewah betul! Pilihan sup dan tomyam, seafood, bebola dan sayuran yang pelbagai dan aneka dessert lagi. Makan malam korang dengan pemandangan kolam yang cukup menarik, pasti korang susah nak lupakan!

Selain Cravo-Cravo dan Bayu Cabana, ada beberapa lagi pilihan restoran korang boleh jugak cuba antaranya Tropics Lounge, Nusantara dan Chill Out Bar. Nah, tak timbul isu laparlah kat sini!

Philea Resort & Spa secara rasminya menjadi antara resort terbaik pernah aku inap. Hampir tak ada sebab aku tak sukakan tempat ni! Berbaloi dengan harganya, semua dekat sini serba lengkap dan servisnya pun terbaik.

Lagi membuatkan aku jatuh hati ialah keramahan staf dekat sini. Hampir setiap staf yang aku jumpa mesti akan tundukkan kepala sambil tersenyum dengan tangan tersemat di dada.

Di sini jugak ada perkhidmatan buggy yang boleh bawak korang kot-kot kalau korang malas sangat nak berjalan kan. Haha. 

Nak rasai sendiri pengalaman macam aku lalui? Nah, ini maklumat Phila Resort & Spa. Hubungi terus diorang kalau ada apa-apa pertanyaan bermain kat minda korang tu!

Alamat:
PHILEA RESORT & SPA,
Lot 2940, Jalan Ayer Keroh,
Off Jalan Plaza Tol,
75450 Ayer Keroh,
Melaka, Malaysia.

Telefon: 06-2893399

Faks: 06-2332299

Laman Web:

Media Sosial:

Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada Philea Resort & Spa, Melaka. Terima kasih!

RELATED POSTS

1 komen

  1. cantiknya ! ekslusif sangat terngin nak menginap hotel mcm ni. mesti harga pn boleh tahan

    BalasPadam

Comment