Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Hotel Kapsul Ini Betul-betul Macam Kapal UFO - di Kuala Lumpur!

1:03:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :


Dari pintu masuk, barangkali nampak macam hotel biasa je. Hotelnya pun taklah segah hotel-hotel lain yang tersergam di Kuala Lumpur tapi percaya atau tak, pada aku hotel yang kecil ini ada daya keunikan yang tak ada pada mana-mana hotel. Sebab selepas bermalam kat sini, aku boleh katakan yang aku rasa aku dah tahu bagaimana keadaannya tidur di dalam sebuah tiub kapal angkasa. Woohoo!

Lokasi yang aku mahu cadangkan kali ini namanya Riccarton Capsule Hotel yang terletak di Jalan Pahang, Titiwangsa, Kuala Lumpur.
___________________________________________
*Keterangan berkenaan gambar viral ni kat hujung entri ni ya!*
___________________________________________


Sesuai dengan slogan hotel ni, 'Stay Differently' (Diami Secara Berbeza), sememangnya aku rasa 'berbeza' bermalam kat sini. Aku tak pernah tidur di mana-mana hotel kapsul tapi cukup teruja sebab akhirnya dapat peluang bermalam kat sini.

Jadi ini dia lima keterujaan aku bermalam kat sini.

1. Ruang yang selesa dan selamat
Beginilah lebih kurang rupa dalam bilik kapsul ni.
Sudah nama pun kapsul, jadi sila hadam betul-betul yang ini bukanlah bilik hotel seperti kebiasaan yang luas dan ada tandas sendiri bagai. Ia memang direka untuk pengembara yang sukakan adventure cuma kali ini lebih moden. Tapi kat sini pun memang ada bilik konvensional kalau itu pilihan korang.

Cuma entri ini aku nak highlightkan bilik kapsul kat sini sebab ini memang susah nak cari kat Malaysia - kalau ada pun tak sama dengan yang di Riccarton Capsule Hotel ni.

Ada 100 bilik kapsul yang ditawarkan. Konsepnya macam dorm yang mana dalam satu dorm ada 12 bilik kapsul. Pada aku, ruangnya selesa. Bergantung jugak pada saiz badan masing-masing. Macam kapsul aku ialah daripada jenis Capsule Single. Memang hanya muat seorang.

Ada satu lagi jenis iaitu Capsule Double yang boleh memuatkan dua orang atau seorang jika berbadan besar.

Dari segi keselamatan, korang tak perlu risau sebab bilik kapsul korang boleh dikunci. Bahkan, di luar dorm ada peti untuk korang simpan barangan macam beg baju korang supaya taklah sempit sangat bilik kapsul korang nanti.

Tandasnya pulak berkongsi tau tapi wajiblah berlainan untuk lelaki dan perempuan. Tandasnya dah siap didatangkan dengan syampu dan sabun cecair badan. Pengering rambut pun ada sekali.
Kaunter resepsi yang berdekatan dengan peti simpanan kasut.
Rupa tandas lelaki.

2. Desain Bilik Macam Kapal UFO!

Aku tau rata-rata tertarik sebab desain dalaman bilik kapsul ni yang awesome gila. Aku tak pernah tengok dalaman sebuah kapal angkasa (kecuali dalam filem - contoh klise mestilah Star Wars) tapi berada kat sini, aku rasa aku boleh relate.

Jadi kalau korang penggemar cerita-cerita sains fiksyen ke, memang wajiblah untuk korang mencuba sendiri. Memang berbaloi! Bergambarlah puas-puas di sini.
Sekadar bermalas-malasan je pun sempoi jugak.
3. Panel Kawalan yang Canggih
Rupa panel kawalan yang cukup menimbulkan keterujaan dalam diri. Haha.
Salah satu yang buat aku kagum ialah panel kawalan (control panel) bilik ni yang dah macam papan kawalan kapal angkasa. Masukkan je kad akses dan semua akan berfungsi automatik. Yang lebih futuristik, tak ada butang-butang nak tekan untuk kawalan lampu warna putih, lampu warna biru, mode pembacaan (reading mode) dan suhu pendingin hawa sebaliknya korang cuma lalukan (swipe) je jari. Cool, kan?

Untuk fungsi berbutang ialah macam masa nak lock pintu bilik, nak hidupkan TV dan jugak nak padam terus semua lampu dalam bilik. Sangat praktikal.

Plug dan USB pun disediakan jugak untuk mengecas apa-apa yang patut atau pasang video dan muzik. Untuk keselesaan pengunjung lain, korang kena pakai earphone. Kalau tak bawak, diorang memang sediakan dekat kaunter resepsi.

4. Smart TV dalam bilik kapsul? Seriuslah!
Menziarah sambil layan movie ke bilik Abang Momi daripada jenis Capsule Double.
Seriuslah ni! Setiap bilik memang ada TV. Sebab tu ada ruang USB untuk cucuk pendrive ke yang mana korang boleh layan muzik mahupun filem yang korang nak sendiri. Atau kalau lupa bawak pendrive, pilih je apa yang ada kat TV tu. Bukan setakat saluran TV biasa, korang boleh pilih jugak filem atau drama yang dalam koleksi diorang!


Kalau tak jumpa, bukak je YouTube kat TV tu. Habis cerita. YouTube pun tak jumpa? Eh, bukak jelah browser dan Google sendiri segala apa yang kau nak. Memang ada potensi tak tidur malam nanti sebab leka layan filem atau layari internet dalam bilik kapsul.

Wi-Fi diorang boleh tahan laju. Oh! Dan Wi-Fi percuma ni pun korang boleh guna pada gajet yang korang bawak.

5. Meja Kecil untuk Alas Laptop/Buku
Untuk flashpacker atau travel writer yang banyak memerlukan kerja on-the-go, bilik ni pun sangat sesuai.
Kalau tengah bercuti lepas tu tiba-tiba terdetik dalam hati 'Eh! Assignment Hidayah Daebaking tak siap lagi ni. Macam mana ni?'. Haaa... Tarik pintu bilik, kunci dan tarik keluar meja yang melekat kat dinding tu. Keluar laptop, cas sekali kalau pergi dekat panel kawalan lepas tu sila siapkan dengan tenang.

Sambil layan Daebaking dekat TV tu pun tak apa. Rilek sikit.

6. Ruang Kerja yang Lebih Selesa + WiFi Percuma
Ruang yang simple untuk bereskan kerja ke apa.
Ada satu di ruang yang mana korang boleh selesaikan kerja dengan lebih selesa dalam suasana yang menenangkan. Ruang ini terletak di laluan ke bilik kapsul, berkongsi. Wi-Fi pun disediakan jugak. Percuma!

7. Ada Roof Garden Cafe! (Akan Datang)
Pemandangan malam dari rooftop hotel ini.
Aku dengan member blogger ada menjenguk kejap kat tingkat paling atas (rooftop) kat hotel ni. Sayangnya, masih kosong lagi.

Tapi aku sangat teruja bila dapat tau yang ruang kosong ni nanti akan dibina kafe! Cerita dia, memang sangat awesome lah kalau dapat minum ringan kat atas ni sambil bersantai dengan kawan-kawan! Tak percaya? Cuba klik dekat website Riccarton Capsule Hotel ni sendiri!

8. Persekitaran yang Bersih lagi Terjaga

Seawal korang mendaftar masuk, korang akan dapat satu beg berisi selipar, tuala mandi dan alat kawalan TV (remote). Yang aku faham, diorang sememangnya menitikberatkan soal kebersihan jadi kasut korang yang sudah bernoda tak dibenarkan masuk. Ada satu peti berkunci dekat kaunter resepsi yang korang boleh simpan kasut tu elok-elok dengan selamat.

Lepas tu korang tak boleh terus ke bilik. Kena mandi dulu untuk pastikan badan korang segar dan selesa. Hanya lepas tu korang dibenarkan masuk bilik.

9. Shuttle Service dan Lokasi Berdekatan
Shuttle van pun tersedia untuk kemudahan korang.
Hotel ni dekat dengan Tasik Titiwangsa. Kalau cari kedai makanan, McDonald Titiwangsa mungkin yang terdekat. Betul-betul bertentangan dengan hotel ni. Selain tu, stesyen minyak Petron dan Shell pun dekat.

Kalau cari lokasi berhibur, jangan risau. Sunway Putra Mall dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) cuma 1.5 kilometer je. Naik Uber atau Grab dalam RM5 je. Dan 2.5 kilometer ke KLCC.

Sebenarnya, hotel ni pun cukup dekat dengan tiga hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tawakal dan Institut Jantung Negara (IJN). Kemudahan shuttle percuma untuk ke hospital-hospital ni.

10. RM37.50 satu malam? Biar betul?!
Kad akses dan panduan yang diberi sebaik tiba di kaunter.
Berikut senarai harga terkini.
  • Capsule Single (Max: 1 pax): RM75/malam
  • Capsule Double (Max: 2 pax): RM140/malam
Nak dengar tawaran lagi murah? Sekarang ni ada promosi. Separuh harga untuk sepanjang hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) sampai 25 Mei 2017. Maksudnya, harga Capsule Single tu jadi RM37.50 je! Ada baiknya korang hubungi Riccarton Capsule Hotel ni dan booking cepat.
___________________________________
 Berkenaan gambar:
Ramai terkejut dekat gambar ketiga tu, kenapa refleksi aku dekat cermin tu lain. Cerita, aku guna panorama mode di telefon Oppo aku. Ahaha.

Dalam erti kata lain, memang di Riccarton Capsule Hotel ni, korang boleh mencabar kreativiti dan imaginasi korang untuk dapatkan gambar yang menarik! Datanglah sendiri!
___________________________________
Alamat:
Riccarton Capsule Hotel,
No. G-1, Wisma Q Titiwangsa, 
Persiaran Titiwangsa 1, 
Jalan Pahang, 
53000 Kuala Lumpur

Nombor Telefon:
+603-4031 5000

Faks:
 +603-4032 3138

E-Mel:
Laman Web:

Media Sosial:
 
Entri ini terhasil dengan kerjasama daripada Riccarton Capsule Hotel. Terima kasih!

RELATED POSTS

0 komen

Comment